Demi Keselamatan Anak Keluarkan Belanja Sikit

1/07/2013 11:59:00 PTG , 7 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Hari ni memang agak sedikit sebuk & kelam kabut sebab terpaksa berkejar ke Mahkamah untuk mendengar kes seorang rakan dan seterusnya bergegar pulang untuk urusan temujanji pemasangan grill tingkap & pintu yang telah siap ditempah 2 minggu yang lalu.

Memandangkan Harraz semakin hari semakin ligat dan buas dengan pantang nampak benda yang boleh dipanjat semua nak dipanjatnya.. jadi kami telah memutuskan untuk awal tahun ni ada baiknya kami memasang grill tingkap dan pintu demi keselamatan si comel kami.

Family mertua pun dah berkali-kali sound.. bila nak pasang grill tingkap… sebab risau cucu dia orang terjatuh nanti.. hope bila mertua datang dia orang dah lega sebab kami dah pasang safety untuk cucu dia orang.. hehehe

Harraz Panjat 1

kan dah cakap tadi si harraz hobi baru dia suka memanjat…

Harraz Panjat 2

bila dah berjaya panjat mulalah buat muka seronok dan tak bersalah.. bertuah punya anak.. hehehe

Pasang Grill Pintu dan Tingkap 1

Setelah hampir 2 jam kontraktor ni menuunggu diluar pagar gara-gara prosedur yang ketat untuk masuk kekawasan perumahan aku ni akhirnya diaorang berjaya parking dekat depan rumah aku.

Dekat kawasan apartment aku ni kalau nak buat apa-apa renovation kena minta surat kebenaran dari pihat maintenance dahulu dan perlu bayar deposit 200 – 350 bergantung pada kerja-kerja apa yang dibuat.. bila kerja dah selesai duit deposit akan dipulangkan semula.

Kalau takda surat kebenaran memang pak sekuriti tak bagi masuk sampai bila-bila..

 

----- Di bawah menunjukkan gambar sebelum grill tingkap & pintu dipasang -----

Sebelum Pesangan grill Tingkap 3

tingkap 3 daun dibahagian ruang tamu

Sebelum Pesangan grill Tingkap 2

tingkap 2 daun dibilik utama dan bilik tetamu

Sebelum Pesangan grill Tingkap 1

tingkap 1 daun di bahagian bilik tetamu juga

Sebelum Pesangan grill pintu

satu-satunya pintu oren dekat block aku ni.. hehehe.. tulah rumah kami

 

----- Di bawah menunjukkan gambar selepas grill tingkap & pintu dipasang -----

Selepas Pesangan grill Tingkap 3

grill tingkap yang telah siap dipasangan yang mana bahagian tengah boleh dibuka sebagai laluan untuk keluar jika berlaku kecemasan

Selepas Pesangan grill Tingkap 2

Grill tingkap didalam bilik utama ni tiada pintu laluan kecemasan

Selepas Pesangan grill Tingkap 1

grill tingkap satu daun ini aku minta untuk dipasangkan juga dengan lalu kecemasan yang boleh dibuka.. lagi satu ada pokok bonzai yang aku tanam dekat bawah tingkap tu..hehehe.. tu yang aku minta grill tu boleh dibuka.

Selepas Pesangan grill pintu

Grill pintu yang baru siap dipasangan.. walaupun dah hampir 2 tahun menghuni rumah ni.. baru hari ni kami pasangkan dengan grill.. lepas ni kalau balik ke kampung boleh confident sikit tinggalkan rumah kosong.. semoga dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini…

Nota : Lain-Lain gambar untuk kerja-kerja pemangan grill tingkap & pintu akan diupdate diSini..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. gud...seriau gak tgk umah xde grill kt pintu n tingkap umah nie :)

    BalasPadam
  2. Bagus ada grill, bukan tak nak bagi Hariz keluar, tapi tak nak bagi tetamu tak diundang masuk juga.

    BalasPadam
  3. Duit habis untuk itu tak apa!
    keselamatan harus diutamakan...

    Duit boleh dicari.. Nyawa tiada pengganti...

    BalasPadam
  4. ha...dah rasa selamat sikit dah ada grill...dgn emergency exit! bhya kalau xde..
    cantik gak pintu oren.!

    BalasPadam
  5. bagus bro..amik langkah keselamatan sebelum sesuatu yang buruk terjadi..

    BalasPadam
  6. mmg patut pun pasang. seriau tgk baby berdiri kat tepi tingkap.. :-)

    BalasPadam
  7. takut plak dia pandai bukak pintu guna kunci nanti. hehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..