Daddy Yang Sakit, Harraz Yang Kena Suntik

1/18/2013 10:52:00 PTG , 2 Comments


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Disebabkan kesihatan masih belum pulih.. Blog juga terpaksa bercuti beberapa hari.. Ni pun gagahkan diri untuk tulis entri pendek je.. Walaupun mungkin terpanjang... He3

Check sebelum bagi suntikan vaksin Chicken Pox



Untuk pengetahuan semua.. Aku telah dijangkiti virus chicken pox.. Memang seksa derita... panas dan gatal satu badan.. Bermula dari kepala sekarang dah hampir satu badan semua keluar bintik merah berair macam kena minyak panas..

Aku tak ingat pulak masa kecik aku pernah kena atau tidak.. Sebab dah tua bangka ni baru pulak kena.. Huhu

Masa gi klinik ambil ubat terus doktor minta aku ambilkan Harraz vaksin untuk chicken pox... Jadi untuk pencegahan awal terus bawa si Harraz ke pakar kanak-kanak untuk dapatkan suntikkan vaksin tu.. Bayor jelah RM130 untuk satu suntikkan... Tapi doktor kata tak jamin 100% tak kena cuma kalau kena hanya sikit je..

Hope cepatlah sikit baik sakit aku ni.. Banyak benda tak boleh nak makan.. Paling teruk nak bergaul dengan orang pun susah sebab takut jangkitkan dengan orang lain pulak.

Sekarang ni aku dah sampai dirumah mertua jadi sementara tunggu virus ni baik aku dah ambil cuti sakit selama seminggu.. Kalau tak ok sambung lagilah jawabnya..

Doakan aku supaya cepat sembuh... Muka dah macam Alien dah... Bengkak dengan lebam sana sini.. Mungkin ini satu ujian dari Allah supaya aku sentiasa ingatkannya..

Oklah kawan-kawan.. Andai blog ni bersawang beberapa hari korang faham-faham jelah.. Wassalam..
posted from Bloggeroid

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. Sorry to hear that. Semoga cepat ok

    BalasPadam
  2. hoho..bolehlah qada' tidur buat masa ini. hehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..