Bukan Senang Nak Dapat Backlink Dari Blogger Popular

1/10/2013 10:40:00 PG , 11 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sesuatu yang menggembirakan hati dikalangan blogger apabila mendapat backlink dari rakan blogger terutama blogger yang telah ada nama dan dikenali ramai.. bukan senang nak dapat backlink ni.. dan kesan yang paling ketara bila kita mendapat backlink dari rakan blogger adalah trafik blog.. cerita pasal trafik ni mamat ni tak asing lagi dengan trafik blog yang ribu-ribu setiap hari.

Siapa yang tak terkejut bila buka je statistik dekat nuffnang pasal apa tetiba aku dapat banyak referrers dari entri “Qhaliff  tercekik tulang” ni? terus aku buka link tu dan aku tengok rupa-rupanya Blogger BenAshaari ada bagi backlink dekat blog aku.. ni semua gara-gara entri aku yang lama dijadikan rujukan bila anak beliau tercekik sesuatu masa makan.

Backlink dari Benashaari

walaupun entri tu ditulis semalam tapi kesan pada blog aku adalah pagi ni.. tengok tu top referrers adalah datang dari entri “Qhaliff tercekik tulang”.

Terima kasih bro sebab sudi bagi backlink dekat blog merapu ni.. inilah pentingnya hubungan network sesama blogger. rasa-rasanya kalau sampai petang ni.. berapa referrer boleh dapat dari blog beliau ni..

Pesanan buat diri sendiri…. jangan kedekut bagi backlink pada orang lain sebab insyaallah satu hari nanti pasti ada orang yang sudi juga bagi backlink pada blog kita juga..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

11 ulasan:

  1. hurm.. betul juga tu.. nanti den nak rajin letak backlink kat blogger lah..hehehe

    BalasPadam
  2. itu menunjukkan post entry blog nie sangat berguna dan informatif....sebab tu jadi rujukan....

    BalasPadam
  3. Salam.
    Tersangkut kat blog nih sbb byk info...
    nak exchange link, boleh?
    salam perkenalan dan semoga sudi beri tunjuk ajar... : )

    BalasPadam
  4. wah, untunglah dapat backlink dari blog popular. :)

    BalasPadam
  5. aku pun tersangkut kat sini tapi tak sangkut tulang... hehehee

    BalasPadam
  6. Ini yang sedang saya belajar ni..

    BalasPadam
  7. tahniah bro, memang senyum panjang bila dapat trafik dan backlink dari blogger yang mempunyai trafik tinggi. Paling penting sentiasa hargai network kita.

    BalasPadam
  8. wowwww backlink dari bro ben ashaari mmg best kot

    BalasPadam
  9. betul tu. bukan senang tu nak dapat backlink dari blogger besar ni..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..