Korang pernah jumpa Zombies tak sebelum ni... ala yang macam cerita movie tu... Zombies yang makan orang tu.. dah tu orang yang dia makan tu pun akan jadi zombies juga..
![]() |
| Yang ni Zombies Kampung Pisang |
![]() |
| Tiket Promosi 20% |
![]() |
| Yang ni Zombies Kampung Pisang |
![]() |
| Tiket Promosi 20% |
Salam semua,
Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan usia sehingga entry ini dipostkan… kurang dari 2 hari lagi.. bertambah lagi usia aku yang muda ni… (hahaha gelak jahat sikit).. Semoga terus diberi kekuatan dan kesihatan serta dimurahkan rezeki bersama-sama isteri dan anak tercinta.
Sebenarnya tarikh 31hb ni memang dah lama aku nanti-nantikan… bukan kerana sebab ada games badminton Axiata 2012 petang ni.. tetapi sebab aku nak meloncat tinggi-tinggi atas usaha keras aku selama beberapa bulan ni.. akhirnya berjaya aku mengumpulkan 4 angka untuk di cash-out hari melalui akaun Nuffnang..Alhamdulillah Syukur..
Kalau bukan kerana sokongan dari isteri tercinta.. rasanya mustahil untuk mencapai sasaran cash-out nuffnang 4 angka ni…(50% hasil cash-out dah janji nak bagi isteri tercinta.. hehehe)
Terima kasih juga aku ucapkan kepada nuffnang yang tak pernah kedekut dengan blog aku ni.. untuk di berikan beberapa tugasan advertorial .. sampaikan kekadang tu aku terpaksa update entri dalam kereta walaupun dalam keadaan tidak selesa.. hehehe.
Sebagai contoh semalam masa aku ontheway balik ke Johor.. last-last minit dapat email dari staff nuffnang.. kata ada tugasan yang kena buat dan perlu dihantar dengan segera.. apa lagi masa yang dia bagi tak sampai pun 3 jam untuk siapkan tugasan tu.. gelabah semacam jelah.. penyudahnya berenti dekat kawasan rehat lebuhraya di Ayer Keruh, Melaka dah tu terus update entri dalam kereta dengan gaya macam dekat bawah ni.. hahaha
Alhamdulillah dengan keadaan kelam kabut.. gelabah… panas dan macam-macam lagi akhirnya berjaya juga aku submit tugasan tu mengikut masa yang ditetapkan.. apa pon berbaloi-baloi dengan apa yang aku buat ni.. Terima kasih kepada Celcom broadband aku tu yang membantu kerja-kerja aku ni untuk online dimana-mana sahaja..(bodek-bodek celcom sikit.. hehehe).
Apa yang boleh aku cakap.. bukan mudah untuk mencapai sasaran yang ada sekarang ni.. kekadang tu cabaran yang datang mencabar minda dan emosi.. apa yang penting kena tabah dan terus berusaha dengan jayanya…
Tanpa usaha rezeki takkan datang bergolek.. dan sekarang aku dah percaya yang dengan berblog memang boleh buat duit.. tapi mesti kena dengan caranya.. So kalau korang nak belajar macam mana nak buat duit dengan berblog ni, korang boleh terjah blog blogger-blogger ni.. Tokey Unifi, Mat Tiger dan Duta Kicap.. (banyak lagi sebenarnya.. tapi cukup 3 contoh ni ye.. hehehe) korang rajin-rajin baca entri dia orang.. ada ilmu tersembunyi yang ada dalam penulisan dia orang.. apa yang penting rajin-rajinlah korang gali ilmu tu ye..
Tiada jalan mudah untuk berjaya.. semoga rakan-rakan blogger semua terus berjaya di masa-masa akan datang.. Cayoookkk..
DAY | TIME | Team | Location |
| 31 March, Saturday | MAL 2pm | INA Rajawali vs MAL Leopards | Kuala Lumpur |
| 1 April, Sunday | MAL 8pm | INA Garuda vs MAL Tigers | Kuala Lumpur |
Salam semua,
Dah hujung-hujung baru nak join, apalah pemilik blog ni.. hehehe.. takpelah.. sekurang-kurangnya aku cuba juga join contest rakan kita ni.
Macam biasa siapa tak kenal dengan Eyriqazz.com nikan orang yang selalu bermurah hati membahagi-bahagikan hasil blogging beliau kepada rakan-rakan blogger melalui contest & giveaway.. sebab tu semakin hari semakin murah rezeki dia.. pendek kata.. bulan-bulan masyuk je… Alhamdulillah tu namanya rezekikan..
Okeylah cerita banyak tak guna.. dekat sini aku pertaruhkan 2 gambar semasa majlis kawin adik ipar aku 2 minggu yang lalu.. abaikan yang pakai baju warna putih tu ye.. fokus pada yang pakai baju pink je.. hehehe
Pengantin pink ni kalau tak silap aku tengah berhoneymoon di Pulau Langkawi.. :-)
** Kalau ada rezeki menang aku nak hadiahkan hadiah kemenangan tu kepada pengantin pink ni.. hehehe
" Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com danMadammondoq.com ditaja bersamaHazmanFadzil.Com , Alyzafisol.com , Blogr.my , Sharidawati.blogspot.com , Enveeus.Com dan Syokkahwin.Com"
"Artikal tajaan selama 24 jam. Scroll ke bawah untuk artikal terkini"
Salam semua,
Bila korang baca surat khabar ada perasan tak satu kod QR muncul pada helaian surat khabar tu baru-baru ni? Rasa-rasanya apa yang ada tersembunyi di sebalik kod QR tu ye?
Bila korang scan kod QR tu pulak, korang akan dapati ada 3 video yang menunjukkan kemungkinan kenapa seorang anak dara tengah marah sangat dengan teman lelaki dia.
Nak tahu apa yang berlaku semua jawapan dalam kod QR dekat bawah ni.
Sebenarnya kehidupan seharian kita memang tidak lari dari perasaan syak wasangka dan sangka buruk terhadap pasangan kita masing-masing.. untuk itu adalah baiknya kerap-kerapkanlah berhubungan dengan pasangan kita setiap masa.. buatlah panggilan sekerap mungkin.. kalau rasa-rasa ada perasaan semacam je.. cepat-cepat buat panggilan.. sekurang-kurangnya dapat mengelakkan dari sifat salah faham & salah anggap ni.
Video diatas boleh dijadikan panduan dan pengajaran buat kita semua.. yang mana jangan putus-putus membuat panggilan kepada yang tersayang.. jangan jadikan panggilan yang sebelumnya sebagai panggilan terakhir anda…
Sebagai penghargaan dan nilai membuat panggilan telefon, maka 31hb Mac telah dipilih sebagai "Make That Call Day". Ianya merupakan satu hari khas untuk menghargai orang yang istimewa dalam hidup kita dan ini boleh dicapai dengan satu panggilan telefon mudah untuk memberitahu mereka betapa istimewa mereka! ATAU mungkin menelefon seseorang yang istimewa, yang mana anda sentiasa malu untuk menelefonnya sebelum ini? Ini adalah hari khas yang mana mungkin hari itu akan mengubah hidup anda!
INGAT! 31hb Mac nanti (sabtu).. Jangan lupa buat panggilan kepada yang tersayang.. Paling tidak buatlah panggilan bertanya khabar kepada keluarga anda di kampung terutama Ibu & Bapa anda nanti.
Salam semua,
Sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger Tokey Unifi ni.. last-last minit aku cuba juga joint contest yang beliau anjurkan ni.. mana tahu ada rezeki leh menang salah satu hadiahkan.
Dengar khabarnya mamat ni semakin hari semakin masyuk.. mana tidaknya sampaikan kena teka beb berapa angka tersembunyi income beliau hasil dari blogging tu.. korang rasa boleh teka tak berapa yang dia dapat bulan lepas..
oklah bro aku cuba teka ye.. angka yang hang sembunyikan tu.. RM1,535.50… hahaha.. rasanya betul tak.. kalau betul bro.. jangan lupa pos hadiah Jersi bola tu dekat aku tau (berangan-rangan dulu)… hehehe
Hadiah-Hadiahnya :
Tempat Pertama :RM50 + Voucher JUSCO AEON + eBook SEO Ariff Shah
+ JERSI PANTHERA TEAM MALAYSIA
Tempat kedua : RM30 + Voucher JUSCO AEON + eBook SEO Ariff Shah
Tempat ketiga : RM20 + Voucher JUSCO AEON
Hadiah misteri : Barangan saguhati dari IKEA
” Contest ini dianjurkan oleh shakiddo.com bersama sponsor hazmanfadzil.com dan sharidawati.blogspot.com ”
Salam semua,
Sebut je nama tongkat ali mesti ramai yang dah terbayang dalam kepala tentang ubat kuat untuk tenaga batin… betul tak?.. hehehe.
Bagi akulah kalau aku dah mengantuk macam sekarang ni.. sememangnya aku akan gi meraba-raba dekat dapur kot-kot ada lagi ke aku punya Alicafe 3 in 1 tu.. sebab kekadang bila lepas minum je macam sekarang ni.. mata ada rasa segar sikit.. tapi BETUL ke boleh hilangkan mengantuk?
Kalau nak tahu kenalah cuba sendiri..
Mai pekena secawan…. niat hati memang nak tidur tapi ada job yang aku kena siapkan malam ni.. tu yang cuba tongkat mata tu dengan batang kayu tongkat ali ni.. hehehe..
Seperti kata Tokey Unifi tadi dalam mesej box wife aku.. “MASA dan SEMAKIN suntuk ni..”.. kata orang tu bila dah dipertanggungjawabkan untuk membuat sesuatu kerja tu kenalah buat dengan betul-betulkan.. takkan nak buat cincai-cincai je.. barulah orang tu akan rasa dihargai.
Mudah-mudahnya segala urusan aku dipermudahkan.. amin.
** Alhamdulillah rezeki bulan ni pun boleh buat aku tersenyum **
Salam semua,
Alhamdulillah rezeki bertambah lagi.. baru je aku baca berita tadi yang mengatakan Bank Rakyat dah umumkan Dividen kepada semua pemegang saham beliau..
Nak tahu berapa Dividen tahun ni? 20 Peratus beb… Alhamdulillah.. Syukur..
“Akhirnya Aku Memiliki Saham Bank Rakyat”
Walaupun saham aku taklah berjuta-juta dalam Bank rakyat tu.. tapi dapat juga aku merasa sikit sebagai pemegang saham yang kerdil ni…hehehe
Kepada yang dapat banyak keuntungan tu.. berjimat-jimatlah ye.. gunakan hasil keuntungan tu sebaiknya..
Berita lanjut boleh baca di BERNAMA
Salam semua,
foto : cilok dari FB Wife
“Disebabkan terpengaruh dengan adik aku,akhirnya aku beli juga buku ni....pengantin baru beli tak kn pengantin lama tak beli kn.aku dh beli jg la dik,hehe.....hbs la lps ni dh tak ada alasan nk mkn luar sbb resepi ni cukup untuk setahun...setahun tak yah fikir nk msk apa.....” – msg dr FB wife
Sayang isteri turut-turutkan.. sabtu lepas sempat bawa cik malarang gi tebus baucer buku 1Malaysia dia.. Sampai-sampai dekat kedai buku Popular terus dia cakap “nak beli buku nilah abg” Aku pun cakap beli je sayang lagi pun ada baucer tu.. guna je.. yang penting abg nak dibelikan majalah kereta ye.. hehehe.
Apa lagi terus dia beli buku 1 Hari 1 Resepi 365 Resepi istimewa Chef Hanieliza.. sampai je dekat rumah terus dia cakap.. “lepas ni abg cakap je nak makan apa, nanti sayang masakkan”.. wah ni yang best lepas ni takda peluang nak makan luar lagilah jawabnya.. sebab dah ada 365 hari untuk 1 resepi.. hehehe.
Bila boleh start request masakan ni sayang?
Salam semua,
-
-
-
-
Alhamdulillah si comel dah sihat dari demam.. cuma manjanya lebih sikit.. asik nak merengek je… yang jadi mangsa kena layan daddy dengan mamalah.. mungkin inilah cabaran untuk membesarkan anak.. semoga kau akan jadi anak yang baik & solleh bila besar nanti.. insyaallah.
Salam semua,
Dalam keadaan anak tak berapa sihat hari ni sempat juga aku selesaikan beberapa perkara yang penting dengan cik malarang.
Sebenarnya dah nak masuk usia 4 bulan anak aku baru hari ini dia dijangkiti sedikit demam panas yang aku rasa berpunca dari jangkitan demam anak pengasuh.
Memang dah 3 hari anak pengasuh tu demam dan semalam mak dia cakap dah bawa anak dia gi hospital.. tup-tup tengah malam jam 2 pagi anak aku tetiba badan dia rasa panas sangat dah tu gelisah tak mau tidur.. apa lagi terus check guna thermometer dan bacaan menunjukkan suhu badan si Harraz 37.5 - 37.9 darjah celcius .. nampak gayanya dia dah nak demam.. berjaga malamlah aku dengan cik malarang jaga si comel ni.
Cik Malarang dah cakap.. kalau suhu dia tak turun juga pepagi kita hantar dia gi klinik check.. so bila pagi aku check suhu badan dia dah turun.. cik malarang nak juga antar gi klinik.. so lepas sarapan je.. terus aku antar gi klinik area umah aku tu yang memang panel untuk insurans aku.
Alhamdulillah lepas doktor check katanya.. jangan risau.. demamnya sikit je.. jadi dia bagilah ubat demam untuk diminum..
Habis je urusan dekat klinik terus aku ke Lowyat untuk carikan adik aku laptop baru yang dikirim oleh mak aku dekat kampung.
Sampai-sampai je lowyat aku tak gi banyak kedai.. aku terus gi kedai yang selalu aku beli laptop dekat situ dulu.. lagi pun bukan nak beli laptop canggih.. ni jenis laptop biasa je.. lagi pun adik aku nak guna nanti bila ada rezeki masuk U..
Tawar-menawar diterukan dan penyudahnya laptop dari jenama ASUS menjadi pilihan.. Harga sekitar RM1,200 sahaja.(tak secanggih Toshiba Portege Z830 Ultrabook milik Denaihati)..
Habis urusan beli laptop terus bergegas ke klinik gigi pulak,… sebab cik malarang ada temujanji untuk tampal gigi beliau yang dah berlubang.
Habis je urusan di klinik gigi… cik malarang dah ingatkan yang dia nak gi tebus semua baucer buku 1Malaysia yang dia dapat beberapa bulan yang lalu..
Sebelum ni dah claim separuh dari baucer ni dekat MPH Mid Valley tapi malangnya masa tu majalah tak boleh dibeli guna baucer tu.. kata staff tu hanya buku SAHAJA.. dengan wajah kecewa aku pulangkan semua majalah yang aku dah beli tu..
Hasil tangkapan dari baucer buku 1Malaysia.
Lain cerita pulak dekat Kedai buku Popular.. sampai-sampai je aku dah cakap dengan cik malarang supaya pergi tanya dekat counter.. samada majalah boleh beli guna baucer atau tidak.. sekali budak casher tu cakap boleh dengan syarat ada beli buku sekali.. so bila dia kata boleh terus aku cilok beberapa buah majalah kereta,. hehehe.
Nota : kepada semua pelajar yang dapat baucer buku 1Malaysia tu cepat-cepat gi tebus baucer tu sebab tarikh tamat tebus adalah pada 31hb Mac 2012.
P/S : Doa-doakan ye semoga anak aku cepat sembuh dari demam panasnya.. sekarang asik nak nangis je.. huhu
Salam semua,
Salah satu cara yang aku buat sekarang kalau boring-boring atau tension-tension aku layan tengok video-video gelagat anak aku yang dekat rumah..
Kekadang comel juga tengok Harraz ni kalau nangis.. ni kira nangis-nangis manja.. Jom layan video 3 minit ni… Kalau korang boring tengok… pangkah je ye.. hehehe
Video diatas hanya untuk koleksi peribadi kami sekeluarga…


Salam semua,
Rasa-rasanya dah ramai pelajar yang dah ambil keputusan SPM 2011 tadi.. sempat juga aku call adik aku yang dekat kampung tadi.. tanya macam mana keputusan SPM beliau..
Tapi dengan nada sedih adik aku sorang lagi cakap keputusan SPM adik aku kali ini tak seperti yang dia harapkan.. mungkin dia ada target beberapa A+ tapi sasaran beliau tidak tercapai.. dan buat masa ni beliau sedikit kecewa dan tengah bersedih..(tunggu reda sikit baru aku call dia nanti… orang tengah sedih ni tak boleh kita cakap banyak2.. nanti makin tekanan.. huhu)
Apa pun tahniah kepada adik aku yang dah ambil keputusan tu.. Abg doakan semoga lepas ni boleh dapat tawaran sambung belajar di Matrikulasi atau di mana-mana Universiti di Malaysia ni.
P/S buat Adikku, jangan terlalu sedih “Donut”.. mungkin kali ni takda rezeki.. insyaallah nanti buat yang terbaik di Universiti… Amin
Petikan berita berkaitan keputusan SPM 2011
PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.
"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini hari ini.
Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.
-- BERNAMA
Persoalan : Rasa-rasanya SIAPAKAH Pelajar Cemerlang SPM untuk tahun 2011 ye?
Salam semua,
Korang rasa ada ke orang nak bagi duit free-free sebenarnya.. jawapannya memang ada.. tak percaya Klik Dekat Sini… Ganjaran wang tunai ni di tawarkan oleh pemilik blog BloggerWanita.com.
Jangan segan-segan & malu-malu.. join je.. bukan kena bayar pun… tak pun sekurang-kurangnya terupdatelah juga blog yang bersawang tu.. :-)
Salam semua,
Pastinya ramai pelajar lepasan SPM dan juga ibu bapa yang berdebar-debar pagi ini untuk mengambil keputusan SPM mereka.. mana tidaknya kurang dari 1 jam lagi keputusan SPM 2011 akan dikeluarkan di semua sekolah menengah seluruh Malaysia.
Tak terkecuali juga adik perempuan aku yang dekat kampung tu akan mengetahui keputusan beliau juga pagi ni.. hehehe.. Good luck ye “Donut” (abaikan nama adik aku tu… hehehe)
Keputusan SPM 2011 juga boleh disemak melalui sistem pesanan ringkas mySMS dengan mengikut arahan seperti dibawah ni..
Taip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak no angka giliran dan hantar ke 15888.. sistem pesanan ringkas ni akan mula diaktifkan pada 21hb Mac 2012 bermula pada jam 10.00 pagi.
Nota : Tak sabar menanti keputusan SPM adik aku dekat kampung ni… sebab kalau beliau berjaya mendapat 5A mak dah janjikan hadiah menarik untuk adik aku ni.. hehehe.. semoga adik aku dapat menerima keputusan SPM hari ini dengan hati yang tenang dan terbuka..

Salam semua,
Sungguh murni & mulia pengirim email ini sehingga sanggup meyumbangkan semua wang ringgitnya kepada aku sebanyak 2 Juta Pounds… cuma persoalannya kenapa aku yang dipilih kan lebih baik disedekahkan kepada rumah kebajikan atau rumah-rumah anak yatim di Malaysia ni.. lagi banyak pahalanya.
Cerita banyak tak guna… korang baca sendiri apa kandungan email dibawah ni.
Pesanan buat rakan pembaca semua, semoga korang tidak tertipu dan terpedaya dengan email serupa ini.. rasanya sebelum ni pun aku ada kongsikan kes2 sedemikian rupa.. tapi untuk peringatan semula aku kongsikan lagi.
Kata orang cukuplah hanya sekali aku dah pernah kena tipu dulu dengan email scam ni.. sebab tu aku belajar dari kesilapan yang lalu.
Sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara mara yang sering menggunakan perhidmatan email ni.. tidak mustahil dalam 1 juta penerima email serupa ini akan ada seorang yang akan terpedaya dengan tektik licik seperti ini..
Sebaikkannya kalau dapat email serupa ini.. abaikan sahaja atau tanda sahaja sebagai spam atau delete terus dari kotak inbox korang..
Sama-sama kita supaya saling ingat mengingatkan..
Salam semua,
Jangan risau entry ni tiada unsur kelucahan.. hanya sekadar pengkongsian gelagat si comel semasa tidur yang sempat aku rakam masa cuti dirumah mertua minggu lepas.
Pernah tengoh tak baby bermimpi hisap nenen.. kalau tak pernah cuba korang tengok video ni ye..
P/S : Abaikan suara-suara sumbang dibelakang video tu ye.. hehehe
Walaupun kena usik dengan anak-anak saudara.. si comel ni tetap cool dengan tidur lena.. macam nilah rupanya anak kalau dah penat.. kena kacau macam mana pun dia buat tak tahu je..
Note : Video ni sekadar suka-suka sahaja dan sebagai koleksi simpanan untuk tatapan si comel bila dah besar nanti.. ;-)
![]() |
| Lokasi terletak di Arena Cafe |
![]() |
| Jangan potong Q ye.. |
![]() |
| Macam takda harapan nak dapat je ni.. |
![]() |
| Nasi Lemak Ayam Berempah |
Salam semua,
Kini peluang korang untuk mendalami ilmu blogging melalui WordPress akan tercapai dengan satu lagi projek terbaru yang dianjurkan oleh Denaihati melalui SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI.
credit : akademi denaihati
Apa yang korang akan perolehi dengan menyertai Seminar Wordpressctersebut?
Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:
Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang WordPress kepada mereka yang belum mengenali apa itu blogging, mereka yang sudah mempunyai blog dan ingin berhijrah ke WordPress atau mereka yang sudah mempunyai blog WordPress dan ingin mendalami WordPress.
Maklumat lanjut berkenaan seminar tersebut boleh korang dapati dari blog Denaihati.
Salam semua,
Hujung minggu ni kalau tak keluar rumah bawah keluarga gi jalan-jalan atau shopping memang tak sah.. betul tak.. itu akulah.. korang hujung minggu ni buat apa?
Kebetulan aku memang dah plan dengan cik malarang nak gi beli barang dapur dekat Tesco Kepong yang tak jauh dari rumah aku sebelah petang.. tetiba cik malarang cakap sebelum nak gerak tu kata tesco tengah buat offer barang-barang murah selama 2 hari .. dia kata Pampers Drypers WeeWeeDRY saiz M,L & XL dijual dengan harga RM30.90.. aku cakap ”wah murah ni.. lagi murah dari expo dekat KLCC bulan lepas..” apa lagi terus aku cakap “kalau betul offer kita beli lagilah sayang..” hehehe.
Sekali aku sampai dekat tesco.. apa yang cik malarang cakap memang betul.. masuk-masuk dekat pintu utama je.. dah dihidangkan dengan tawaran dekat atas tu.. bukan setakat tawaran harga murah pampers drypers ni.. beli satu dapat free satu Drypers Drypants yang dalamnya ada 2 unit..
Jadi apa lagi…..
Si comel Harraz pun dah racun daddy dia kata tolonglah belikan lagi untuk stok 2 bulan.. dan demi untuk keselesaan anakku yang manja ni.. akhirnya..
bukan satu paket aku ambil.. tapi 3 beg Drypers WeeWeeDRY Saiz “M” telah ku borong… hahaha.. memang boleh buat katil dah pampers dekat rumah ni.. mana tidaknya sekarang semua dah ada 5 beg dekat rumah.
Beli 3 beg dapat percuma 3 paket DryPants saiz “L” (boleh pilih nak saiz apa).. bukan tu je ada lagi percuma “Head To Toe” (Shampoo rasanya kot)
Jadi korang yang ada baby & anak-anak yang masih kecil tu bolehlah ambil peluang ni untuk beli pampers time murah ni.. tawaran kalau tak silap aku sampai 18hb Mac 2012 je.. so cepat-cepat gi serbu tesco ye.. hehehe… Sebarang maklumat tentang promosi ini boleh terus layari laman webe TESCO
Nota : aku suka shopping time ada offer ni… korang macam mana pulak?
Salam semua,
Masa begitu pantas berlalu.. macam baru je semalam aku sambut kelahiran anak sulung aku “Muhammad Harraz Fahim” di KPJ Damansara, tau-tau tengok kalender yang aku pangkah tu dah cukup 100 hari anak comel aku hari ni.
Patutlah dua tiga hari ni manja sangat rupanya dah besar ye.. balik dari rumah pengasuh je mesti tak nak kena letak.. paling-paling kena dodoi-dodoi & riba dulu dalam 15 minit baru boleh letak dekat tilam dia.. kalau tak mau menangis macam kena cubit gayanya.. :-)
Tapi bila dia senyum, semua orang geram dekat pipi tu.. termasuklah mama & daddy dia.. macam nak gigit-gigit je.. hehehe
Hari ni juga merupakan hari ke-100 si comel ni minum susu dari mamanya 100 peratus tanpa dicampur dengan susu formula.. dan mungkin dari sebab tu jugalah dah 3 kali kena cucuk dekat klinik alhamdulillah tak demam.. mungkin tu salah satu kebaikkan susu ibu ni.
Semalam petang masa ontheway balik keje.. mama dia cakap “semoga mama berjaya bagi full Breast Feeding untuk si Harraz ni selama 6 bulan” Alhamdulillah buat masa ni susu yang dibekalkan masih memenuhi permintaan si comel ni disamping ada yang disimpan sebagai stok untuk akan datang.
Pengorbanan seorang ibu memang tak boleh dilupakan.. bila aku tengok kekadang cik malarang pump susu tu kesian aku tengok.. mana tidaknya nak pump susu ni kena ada disiplin dan kena ikut masa yang dah ditetapkan supaya susu dapat diproses semula selepas dipump.
Kalau dekat opis pun dia pump juga dalam waktu rehat & sebelum balik.. bila dekat rumah sebelum tidur dah pump dan kekadang jam 3.00 pagi bangun untuk pump lagi.. sungguh mulia pengorbanan seorang ibu ni.. semoga isteriku terus diberi kesihatan berpanjangan… amin.
Sebab itu apa sahaja keperluan yang cik malarang minta untuk membolehkan stok susu disimpan pastinya akan aku tunaikan bagi menjayakan penyusuan susu ibu 100 peratus.
Dibawah ni aku nak kongsikan sedikit info tentang Kebaikan Susu Ibu untuk perkongsian ibu-ibu yang bakal melahirkan cahaya mata nanti.
Untuk bayi :
• Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
- Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
- Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
• Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
- Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan
radang paru-paru.
• Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
• Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak.
- Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
• Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
• Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah
untuk disediakan.
• Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
• Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan
meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
• membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan
cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
• membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
• mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
• menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan :
• Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
• Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Nota : Hari 100 juga merupakan hari tamat berpantang untung cik malarang.. ;-)