Salam semua,
Aik.. cik malarang dah ada 2 orang anak ke?
Salam semua,
Korang pernah bercinta & jatuh cinta? pernah ada perasaan marah… pernah rasa tertipu dan ditipu… pada masa tu apa yang korang akan buat bila korang tengah marah?
Adakah situasi yang sama ini korang akan lakukan?
Sebagai pasangan apa tindakkan yang korang akan ambil… biarkan saja.. atau bagaimana?
Salam semua,
Bermula minggu ni.. Harraz dah start bertukar pampers dari saiz S kepada saiz M.. dan kebetulan pack testing yang aku beli dekat Carrefour minggu lepas pun dia pakai ok.. dan kebetulan expo motherhood dekat KLCC hujung minggu lepas aku jadikan lokasi untuk borong pampers..
Selesanya tidurku dengan pampers yang baru…
Bila berat dah bertambah maka saiz pampers yang nak dipakai pun kenalah tukar untuk keselesaan betul tak.. cuba korang yang sekarang berat 80kg pakai seluar dalam yang saiz s boleh ke? memang boleh tapi memang tak tutup apalahkan.. hahaha.
Kalau dulu kami keluar shopping semua barang yang dibeli biasanya untuk aku dengan cik malarang.. tapi kali ni keluar shopping.. 100% barang yang dibawa pulang semua untuk si comel.. :-)
Paling cik malarang suka pergi expo ni adalah dapat banyak goodies.. korang tengok dekat atas tu semua dapat free atas kerajinan isteriku gi ronda semua kedai.. hehehe
Rasanya cukuplah kot stok untuk 2 bulan pampers si comel ni.. beli Drypers 3 paket dapat free t-shirt 3 helai untuk baby..
Mengikut pengalaman korang untuk sebulan berapa banyak anak korang guna pampers ni ye? ingat lepas ni nak cari lagi pampers jenama Whoopee tu.. sebab harga murah RM20 sahaja dan tengok dalam 2 ke 3 hari ni takda masalah ruam pada punggung si comel tu.. rasanya kira serasilah tu kot.
Nota : sayangilah keluarga anda.. jangan bagi sidia bersedih & merajuk ye..
Salam semua,
Sejak Denaihati keluarkan keputusan Top 10 Link Referrer dan Rakan Paling Mesra Januari 2012 semalam dah ada yang cuba bertanya dekat aku apa Tipsnya mendapatkan Link Referrer sebanyak tu?… hehehe sapa ye yang tanya tu.
Sebenarnya aku sendiri dapat tahu yang blog ikan bilis ni termasuk dalam senarai top 10 tu dari Mat Petak… petang semalam dia yang msg aku bagi tahu… sekali aku cakap dengan dia.. “Mana ada Bro? Siapa cakap. Jauh panggang dari api blog ayam serama ni.. hehehe” sekali dia cakap dengan aku.. yang dia baca post terbaru dari Denaihati..
Terus aku buka blog Denaihati & pastikan kesahihannya.. sekali aku tengok yelah memang betul.. gosok mata berkali2… cuba zoom screen.. sebab macam tak caya.. takut nama blog orang lainkan.. sekali aku dah tenang-tenangkan fikiran aku tengok balik.. yelah memang betul.. dalam hati “ALHAMDULILLAH rezeki anak bini ni”.. hehehe.
Saja sorok jumlah RM.. sebab nak suruh korang kira sendiri.. hehehe
Cuma aku cuba berfikir sejenak macam mana boleh jadi macam tu.. (hai sombong pulak budak ni.. orang nak bagi duit ambil jelah… dok fikir-fikir pulak… hahaha).. tak boleh beb kena fikir juga mana tahu silap sistem ke? atau kena spam ke.. betul tak.. sebab kalau rezeki tu bukan hak kita.. kita kena pulang semula pada yang berhak.. setuju tak? .. duit ni nak bagi anak bini makan.. kan jadi darah daging susah nanti tau.. (semoga dijauhkan)
Sekali aku baru teringat yang awal-awal tahun 2012 tu aku adalah pasang Banner Dari Denaihati tu dekat blog ni.. tapi tak lama lepas tu aku delete semula sebab masa tu status glitterati blog aku kena tarik dengan Nuffnang.. jadi aku sangkakan puncanya dari banner tulah.. sekali aku check dengan nuffnang katanya punca bukan dari banner tu.. tapi sebab akaun google aku kena disable yang menyebabkan blog aku down sehari.
So bila aku fikir balik mungkin tu kot puncanya.. selain dari tu aku memang dah lama follow Rakan Denaihati dan yang terakhir aku pasangan widget waktu solat dari Denaihati.. Setiap kali aku buat entri yang ada kaitan dengan denaihati macam contest ke, aku mesti bagi backlinks semula ke blog beliau… itu sahaja yang aku buat.
Takda tips yang lain aku guna selain dari benda-benda yang aku dah terangkan dekat atas tu.. Cuma apa yang aku nak pesan lepas ni kalau korang dah buat semua benda-benda tu.. tapi masih tak tersenarai dalam Top 10 tu .. jangan dakwa dan salahkan aku ye..hehehe.. sebab tu semua hanyalah usaha… selain dari tu Allah yang tentukan segalanya.
Apa yang penting jangan menipu sudahlah ye.. :-) mungkin bulan Januari rezeki aku.. bulan Februari siapa tahu rezeki korang pulakkan.. Doa-doa & teruskanlah usaha ye.. :-) .. Amin
Salam semua,
Semalam sempat aku menunaikan hasrat cik malarang untuk berkunjung ke Motherhood Expo 2012 di KLCC.. seawal jam 10.00 pagi kita orang bertiga dah sampai dekat tempat parking KLCC.. Alhamdulillah syukur dapat parking pulak betul2 depan lif, memang masa tu tak ramai lagi orang.. so tempat parking takda masalah..
Masuk lif terus tekan untuk ke ruangan expo di level G… keluar-keluar je dari lif.. mak ai punya ramai orang dah sampai rupanya.. semua tunggu depan pintu masuk je.. ada juga yang tengah beratur untuk register seterusnya dapatkan goodies dari pihak penaja expo.
Tepat Jam 10.30 pintu mula dibuka.. macam biasalah.. semua serbu macam anak ayam nak makan jagung.. hehehe.. termasuklah aku.. aku masuk dulu sebab nak bagi Harraz minum susu.. cik malarang beratur untuk dapatkan goodies.. walaupun kali ni penaja tak ramai.. dapat jugalah goodies kalau tak silap ubat nyamuk kot.. hehehe
Jom layan dulu gambar-gambar sepanjang aku dekat expo semalam..
Korang nampak tak gerai “Whoopee” tu.. tu gerai jual pampers yang aku rasa paling murah.. RM20 sahaja untuk semua jenis saiz… yang ni pun aku ambil satu paket juga untuk test… kalau Harraz serasi.. next expo boleh beli lagi..
Car seat dari jenama Graco.. memang terbaik.. tapi harga pun terbaik juga.. hehehe
Cik malarang tengah pilih toys untuk Harraz..
Cantik tak.. kebetulan aku dah minat dengan mainan ni.. tapi tinggal satu dan ada orang dah book.. so melepas aku nak belikan untuk Harraz.. huhu
ni pulak baju untuk baby.. borong-borong jangan tak borong
Ni pulak gerai lampin yang boleh cuci tu atau orang panggil CD (cloth diapers) ada orang kata jimat pakai ni..
Beli pampers saiz M dapat percuma satu T-shirt…
Niat utama datang ke expo ni adalah nak cari pampers.. sekali terpandang gerai Drypers ni.. dan tengok harga memang murah gila.. terus tak fikir panjang.. borong terus.. Si comel ni dah start pakai saiz “M” so kami borong saiz M je… harga RM33 untuk 84 keping.. sebelum ni kami tengok di pasaraya ada yang jual RM43 untuk 84 keping ni.. so dah jimat RM10.
Car seat dari jenama Ferrari… yang ni je aku tak beli lagi.. ada yang sponsor ke? hehehe
Gerai Philips Avent.. dipenuhi pengunjung untuk membeli barangan seperti botol susu, pump susu dan macam-macam lagi
Sempat meluangkan masa di gerai Nestle.. bagi mendengar penerangan makanan pertama baby setelah berusia 6 bulan.
Tikar baby ni selalu ada dijual diexpo pameran barangan baby ni.. cuma tak mampu nak beli lagi sebab harga lebih kurang RM3xx mengikut saiz
Jom shopping di gerai Pureen pulak..
Kebetulan tisu basah ni pun murah.. kami borong juga... untuk simpanan si Harraz ni..
Nilah hasil tangkapan kami bertiga sepanjang 3 jam dalam expo tu..hehehe.. rasa-rasanya berapa banyak kami beli pampers?
So kalau korang ada kelapangan masa.. hari ini tinggal sehari lagi expo tu berlangsung untuk korang shopping barang-barang baby ni.. expo akan ditutup hari ni pada jam 9.00 malam.
Selamat bershopping semua…
Salam semua,
Tengah-tengah aku berfacebook tadi ternampak pulak sorang member sharekan satu video yang aku rasa nenek youtube tu bakal gugat kepopularan Artis Youtube Najwa Latif.. Korang tak percaya.. jom tengok dekat bawah ni..
Tu print screen yang aku ambil dari youtube tadi.. so sekarang dengarkan kehebatan nenek ni pulak.. jom layannnnnnnn..
Nota : Kaum Adam.. Jangan lupa gi Solat JUMAAT ye… berhibur-berhibur juga.. solat jangan tinggal.
Salam semua,
Mula-mula masa sampai satu bungkusan dekat atas meja aku tadi pagi, aku rasa pelik juga.. bila masanya aku ada order atau beli barang secara online ni.. lepas tu aku periksalah dia punya stem tu.. tengok cop pejabat pos dari Shah Alam.. aduh bertambah confius aku sebab aku memang takda order apa-apa barang sebenarnya.
Nilah dia bungkusan yang baru aku terima tadi.. kemas di bungkus.. sekali aku ingat-ingat balik oooo baru aku ingat nilah hadiah cenderahati dari Denaihati bagi peserta yang join contest Gadget idaman beberapa bulan lalu… Patutlah dia ada minta alamat hari tu.. rupanya dia nak pos barang rupanya..
Dan sekali aku buka.. nilah hadiahnya.. BUKU bertajuk “Khalifah GANTI Superman” yang ditulis oleh Muhammad Ali Hashim.. Buku setebal 409 muka surat ni pastinya banyak ilmu yang tersirat didalamnya.. dan insyaallah aku dah berazam nak habiskan baca buku ni nanti bila ada masa terluang.. walaupun aku sebenarnya jenis yang kurang membaca.. tapi kali ni perasaan ingin tahu apa yang ditulis oleh Usahawan hebat ni membuatkan aku nekat untuk membacanya.
Sedikit info tentang penulis buku ini:-
Tan Sri Muhammad Ali Hashim merupakan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) dan telah menjadi CEO selama lebih 28 tahun (semenjak 1 Januari 1982).
Dalam tempoh tersebut, hasil usaha gigih barisan Intrapreneur JCorp (atau Usahawan Amanah JCorp) telah memangkinkan Kumpulan JCorp berkembang sebagai salah sebuah badan korporat utama di Malaysia yang menerajui pasaran dalam beberapa bisnes strategik
Maklumat lanjut boleh dibaca di “MENGENAI TAN SRI MUHAMMAD ALI HASHIM”
Terima kasih kepada Denaihati yang baik hati hadiahkan buku yang penuh dengan ilmiah ni.. Semoga Allah membalas jasa baik anda.
Nota : Insyaallah selepas aku baca buku ni aku akan cuba kongsikan ilmu yang ada didalamnya.
Salam semua,
Ni semua gara-gara eyriqazz punya pasallah ni.. mana tidaknya pagi tadi aku baca entry yang dia tulis, sekali aku nak komen.. aku tengok pasal apa ruangan komen dia ada fungsi “Reply” disetiap komen.. lebih kurang macam blogger yang pakai platform Wordpress.
So apa lagi benda baru ni aku cubalah google.. sekali aku jumpalah beberapa blogger yang buat tutorial pasal “Threaded Comments” ni.. sekali aku cuba tak berjaya… maksudnya GAGAL..
Dalam pada masa yang sama aku tanya juga dengan Mat Tiger macam mana dia setting blog dia sampai keluar fungsi reply tu.. Tak lama tadi dia dah pecahkan lubang sapa yang ajar dia untuk keluarkan fungsi reply tu… Thank You Mat Tiger pecahkan lobang.. hehehe
Nilah bukti yang aku dah berjaya buat.. lepas ni insyallah setiap komen yang korang tinggalkan diblog ni akan aku jawab ye..
Korang yang masih tak tahu dan nak mencuba keluarkan fungsi reply tu.. korang boleh terjah di blog Makcik ni.. hehehe
Salam semua,
Hujung minggu lepas sempat aku singgah dekat Carrefor di Mid Valley semasa aku gi Pameran IT tu.. kebetulan masa tu cik malarang nak survey harga pampers mana yang murah untuk si Harraz ni.
Rasanya lepas ni Harraz dah tak boleh pakai saiz “S” sebab bila aku pakaikan macam dah ketat je.. so kena servey harga berpatutan untuk saiz “M” pulak..
Masuk-masuk je dah jumpa satu longgok pampers dari Jenama BabyLove
Jurujual sempat buat demo kelebihan jenama BabyLove dengan jenama X… masa dia tuang air dekat pampers tu jenama X dan bocor dah.. tapi jenama BabyLove cepat meresap.. tulah kelebihan BabyLove katanya.. mula-mula macam kami dah tertarik.. tapi aku cakap dengan wife Kita servey jenama lain-lain dulu.
Sekali toleh dekat belakang nampak pulak jenama Huggies ni yang macam Si Sumijelly cerita pasal kebaikkan Huggies tu.
Sekali tengok harga dia.. alamak boleh tahan juga murahnya… hehehe.. aku cakap lagi dengan cik malarang.. tengok jenama lain lagi ye.. hehehe
Macam biasa aku pusing-pusing lagi cari mana pampers yang murah lagi.. tup-tup terjumpa pulak MamyPoko.. dengan cerita ramai juga yang pakai dari jenama ni.. katanya selesai dipakai untuk waktu malam.. entahlah tak pernah cuba lagi jenama ni.
Bersebelahan dengan MamyPoko kelihatan kelibat PetPet pulak… boleh tahan juga murahnya untuk Saiz “M”… hehehe
Sampailah kami di satu sudut rak yang penuh dengan pampers pelbagai jenama.. antaranya jenama Pureen yang sebelum ni memang pernah dipakai oleh Harraz masa baru-baru lahir.
Tapi sekarang aku pakaikan Harraz ni dari jenama Drypers untuk saiz “S”
Ni apa hal pulak ni anak beranak ni.. kalau korang nak tahu ni aku baru je lepas bagi si comel ni susu.. so setiap kali lepas menyusu baby kena di “burgggkan” (bahasa lain kasi baby sendawa).. kasi tepuk-tepuk secara perlahan dekat belakang baby tu… kalau tak buat macam tu takut baby nanti tersedak susu.
Dan akhirnya dari banyak-banyak jenama yang kami servey tadi.. ni je yang kami beli untuk testimoni.. MamyPoko Saiz “M” dan Drypers Saiz “M”.. nak uji jenama mana yang serasi dengan si comel kami ni.. jenama lain takda packing saiz kecil macam ni.. kalau ada dah confirm kita orang beli juga.. hehehe
Bukan apa.. kalau tersilap pilih pakai jenama pampers untuk baby ni.. akan timbul masalah ruam pada punggung baby nanti.. jadinya beli sikit dulu untuk percubaan.. andai kata kedua-duanya nanti ok.. barulah kita orang buat pilihan nak beli yang mana satu.
Pada pandangan korang yang dah ada pengalaman ni.. Jenama apa yang korang pakaikan untuk si comel korang.. samada pada waktu siang atau waktu malam?
Salam semua,
Gelagat anak ni memang mencuit hati.. bangun pagi tengok macam-macam gaya digayakan… tak tahulah Harraz ni mewarisi siapalah tidur buas diatas katil.. hehehe.
Nilah gaya si comel tergelak-gelak selepas bangun tidur.. dan macam ni juga gaya aku letak dia atas katil sebelum tidur tu… tetapi selepas lebih kurang 8 jam tidur hasilnya dekat bawah ni.. hehehe
Tu dia.. kepala dah tak berbantal dah senget benget dah baring.. bantal semua dah berterabur… selimut yang asalnya dekat atas dah jadi alas… hehehe.. nilah gaya buasnya si comel kami ni..
Bangun pagi-pagi je dah tergelak2 suka.. kalau time datang mood gelaknya memang tak hentilah dia gelak.. rasanya dia dah mula tengok sebab kalau bibir digerak-gerakkan mesti dia seolah-olah macam nak ajak sembang juga..
Tapi kalau datang laparnya.. emmm hanya kami berdua jelah yang tahu macam mana gaya nangisnya minta susu.. hehehe.
Cabaran membesarkan anak memang banyak cabarannya.. kita sebagai ibu bapa nilah yang mencorakkan anak tu samada kearah kebaikkan atau sebaliknya..
Semoga kami terus tabah dah sabar dalam membesarkan si comel ni dengan penuh kasih sayang dan didikan agama.. insyaallah