Sesi Terjah 4th Maternity Children Expo Mid Valley 2012

12/04/2012 10:37:00 PG , 4 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Kerap sangat pergi expo baby ni pun boleh muak juga tau.. macam korang kalau hari-hari makan KFC je.. tentunya muakkan.. aku sempat bergurau dengan cik malarang.. aku cakap apa kata tahun depan setahun kita pergi 2 kali je expo baby ni.. sebab kalau kerap sangat dah macam tak tahu nak beli apalah sebab semua dah beli.. hehehe..

Tahun ni je rasanya dah lebih 5 kali kita orang gi expo baby.. bergilir-gilir je.. tak PWTC dekat KLCC tak pun dekat Mid Valley tu belum lagi yang jualan gudang tu.. hehehe.

4th Maternity Children Expo 1

Minggu lepas tunaikan hasrat si dia untuk ke 4th Maternity & Children Expo di Mid Valley… pendek kata.. setiap kali ada expo baby memang pengunjung yang datang memang terlalu ramai.. sampaikan nak bergerak dari satu gerai ke satu gerai tu pun tak boleh..

Kali ni.. kami tak banyaklah beli barang sebab kebanyakkan barang-barang Harraz semua dah beli.. so kira gi windows shopping jelah.. jo layan gambar yang aku ambil masa aku gi expo tu..

4th Maternity Children Expo 2 4th Maternity Children Expo 3

Seawal jam 10.30 semua pengunjung dah berpusu-pusu masuk ke ruangan gerai.. dari hall 1-3 semua penuh dengan pengunjung… ramai juga orang yang minat dengan expo ni ye..

4th Maternity Children Expo 4

Tak kurangnya juga yang beratur nak ambil goodies bag.. asalnya cik malarang nak beratur juga.. tapi bila tengok padat macam dekat atas terus dia batalkan niat.. tapi nak balik tu dia sempat jugalah beratur ambil goodies bag juga.. hehehe

4th Maternity Children Expo 5

antara gerai yang boleh dikatakan besar juga adalah gerai Medela.. ni antara jenama breast pump yang digunakan oleh cik isteri.. penggunaannya lembut dan tidak menyakitkan.. kata cik isterilah..

 4th Maternity Children Expo 6

kenapa entah tetiba lancer camera aku nak tangkap mainan ni.. mungkin sebab nak hadiahkan dekat harraz kot masa hari jadi dia nanti.. hehehe.. harga boleh tahan juga.. hehehe

4th Maternity Children Expo 7

Gerai MamyPoko juga menjadi tumpuan pengunjung sebab masa tu ada jualan murah.. aku kebetulan nak cari juga pampers tadi dari jenama Whoopee.. tak nampak pulak gerai dia dekat expo ni…

4th Maternity Children Expo 8

Dan akhirnya Harraz dapat hadiah dari mama dia.. mainan itik kuning… hehehe… aku dah cakap dengan cik isteri.. setiap kali gi expo hanya boleh beli 1 je mainan untuk harraz.. hehehe

4th Maternity Children Expo 9

Ingatkan mama dengan daddy letih berjalan rupanya si dia pun letih juga.. akhirnya tertidur dengan kepala lentok..

Rasanya untuk tahun 2012 ni.. ni expo terakhir yang kami terjah kot.. tunggu tahun 2013 pulak.. pasti lagi banyak expo yang akan datang.. papan iklan expo baby untuk bulan mac 2013 pun dah keluar dekat lebuhraya persekutuan.. hehehe.. jadi sapa yang dapat bonus hujung tahun ni boleh simpan duit dalam tabung ye.. untuk shooping barang-barang baby tahun depan..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. kitorang rasanya sekali jer jejak expo dengan baby, lepas tu tak pergi2. x kuasa rasanya nak bersesak2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ramai sgt org..kalau tak sabar mau mengamuk dekat situ kot.. hehehe

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..