Risiko Memiliki Kereta Baik Naik Motor Je

12/24/2012 03:21:00 PTG 12 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Ikutkan mood malas nak tulis dalam blog hari ni.. tapi disebabkan dekat opis ni dah macam keje hujung minggu so banyak masa terluang baik di manfaatkan.. betul tak?

Ini kisah hujung minggu semasa nak gerak gi bawa cik isteri shopping tudung dekat seksyen 7 Shah Alam.. masuk kereta macam biasa.. start engine dan tu onkan air-cond.. tetiba kami semua anak beranak dalam kereta rasa macam lemas tak bernafas.. panas pulak tu padahal air-cond dan onkan..

Sekali check rupa-rupanya hanya angin yang keluar pada lubang-lubang aircond tu.. sejuk langsung takda.. terus check-check part yang aku tahulah.. dan penyudahnya offkan air-cond buka tingkap terus bawa gi bengkel..

Repair aircond myvi 2

Cik isteri dah menjeling.. awal2 aku dah sound kalau betul air-cond rosak mau 2 ke 3 ratus melayang ni sayang.. terus muncung.. lepas tu senyum.. :-) dalam hati aku siaplah isteri aku kali ni tak dapat beli tudung.. kena ganti dengan air-condlah jawabnya.. hehehe..

Repair aircond myvi 3

Repair aircond myvi 4

Repair aircond myvi 5

Macam biasanya mekanik dekat bengkel tu pun mulakan operasi memeriksa apa masalah sebenarnya.. mula-mula dia cakap compressor tak jalan.. aku dah garu kepala yang tak gatal.. sekali dia tengok betul-betul macam ada satu bocor pada hose air-cond kereta aku ni.. dia tunjuklah dekat aku yang tak berapa nak pandai pasal aircond ni.. memang betul ada nampak satu cecair yang keluar dekat getah hose yang disambung pada air-cond tu..

Repair aircond myvi 6

Mungkin juga ni adalah kesan dari kemalangan Myvi aku 3 tahun lalu.. mungkin juga bengkel yang repair kereta aku masa excident tu tak ganti hose tu.. atau mereka tak perasan benda tu dah rosak..

Setelah sebut harga diberikan dah dipersetujui oleh menteri kewangan.. maka aku pun cakaplah dengan tokey tu.. oklah bos kasi tukarlah.. lagi pun next week i mau balik kampung.. susah kalau air-cond problem..

Adalah dalam sejam lebih aku tunggu dekat bengkel tu untuk ganti hose yang rosak tu.. kos untuk hose tu RM125 sahaja.. tapi ada benda-benda lain yang dibuat termasuk upah.. maka melayanglah RM260 pada tengahari hari sabtu tu.. terkorban sehelai tudung Fareeda.. hehehe.

Jadi nak ambil hati semula cik isteri.. lepas habis je repair kereta tu terus bawa gi shopping tudung dekat seksyen 7 Shah Alam.. sekali pergi.. bukan sehelai dibelinya.. tapi…. ceteka berapa helai tudung yang cik malarang shopping hari sabtu lepas?

tudung alyasarah dan Qish Boutique

Dengar cerita ada blogger pergi juga dekat Syeksyen 7 tu nak belikan isteri tudung.. tapi malangnya beliau tidak dilayan untuk masuk dalam kedai tu.. sapa ye.. nak tahu baca sini

Takpelah sayang isteri turut-turutkan.. sesekali gembirakan dan puaskan hati si isteri tak salahkan.. yang penting balik rumah hati ada banyak senyum.. lupa sekejab dia yang tengahari tu dah melayang RM260 dekat bengkel.. hehehe. 

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

12 ulasan:

  1. Itulah azab kalau naik kereta...
    Tp xpe bro.. Bukan selalu.. Tukar keta baru je laa... Ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. memang betul tu bro.. ni cabaran kalau naik keretakan.. kereta baru tak mampu lagi.. hehehe.. insyaallah ada rezeki leh beli kereta baru.. yang lama tetap sayang

      Padam
  2. mak aih.daripada rm125 jadi rm260?? banyaknya..ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah bro.. ada tambah benda2 lain lagi tu yg up sikit lagi tu

      Padam
  3. memang begitulah asam garam ada kereta kan

    BalasPadam
  4. ahhhaaaaaa.... terbang melayang tapi shopping lagi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak ambil hati cik pn.. kena bawa shopping juga hehehe

      Padam
  5. rezeki untuk wife dan kereta sekali...
    biasalah masalah tak disangka2, macam rezeki juga.

    BalasPadam
  6. okaylah nasib baik sedar awal sebelum balik kampung

    BalasPadam
  7. minggu ni nak kena bawak kereta servis, melayang jugak la nampaknya. baru nak belanja bonus :p nasib saya pakai tudung murah2 ajer.hr raya baru beli tudung mahal sket :p

    BalasPadam
  8. best lagi naik kereta wooo....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..