Mood Nak Balik Kampung Cium Baby Baru

12/28/2012 10:33:00 PG 5 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Jasad di Kuala Lumpur tapi roh dah ada dekat kampung mertua di Penang… macam tulah keadaannya sekarang ni.. almaklum jelah nilah rekod paling lama aku tak balik kampung mertua aku.. bukan sebulan atau 2 bulan tapi lebih 4 bulan dah aku tak balik.. kalau tanam jagung dah boleh tuai 2 kali dah.. hehehe.

Start dari musim durian sampai durian tinggal daun je aku tak balik-balik.. hehehe.. tapi insyallah jika diizinkan malam ni atau esok subuh jentera perang aku akan meluncur laju ke utara.. hehehe.

oooo tak boleh bawa laju-laju sekarang ni.. lebuhraya bahagian utara aku dimaklumkan banyak sekali perangkap laju terutama AES ni.. cukuplah cik malarang dah ada satu surat cinta tu.. jangan ditambah lagi surat cinta dari AES tu.. huhu.

Kepulangan ke kampung kali ini lebih ceria sebab tak sabar nak jumpa anak susuan merangkap adik susuan Harraz.. yelah harraz sekarang dah dapat adik tau.. jangan tak percaya ye.. nanti dekat entri lain aku cerita macam mana boleh terjadinya anak susuan ni.. :-)

Irfan

kredit foto dari FB Adik ipar

Comelkan anak susuan kami.. macam nilah harraz masa baby dulu.. eh baju pun sama dengan abg Harrazlah.. tak caya ce tengok ni..

Harraz - Myvitrd

Kan dah cakap tadi sama.. ni gambar masa harraz berusia lebih sebulan.. hehehe.. sekarang dah tak semontok ni dah.. dah kurus banyak.. sbb asik lasak nak main je.. makan kurang.. hehehe.

Kebetulan juga kepulangan ke kampung kali ini untuk majlis Aqiqah Irfan.. so suasa gotong royong ni mesti meriah kali ni.. tak sabar nak balik melapah kambing ni.. hehehe.

Doakanlah semoga perjalanan kami pulang ke kampung selamat pergi dan pulang nanti.. cuaca tak menentu sekarang ni.. dan pastinya hujung minggu ni pun mesti ramai yang nak balik ke kampung untuk minggu terakhir cuti sekolah.. jadi kalau ada yang kebetulan datang bercuti ke Penang jemput-jemputlah ye datang ke rumah kami di Balik Pulau (alamat rujuk sini ye)..

Kemana destinasi korang hujung minggu ni?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. Eh!! nama Irfan tu serupa with my elders son...Irfan also. Hehehe semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Drive carefully =)

    BalasPadam
  2. Comelnya.. lama dah tak pegang baby, semua dulunya baby dah besar-besar sekarang, angkat pun berat. haha

    BalasPadam
  3. Aku pun nak blk penang gak.. he he...
    Kalau tak baca, nak saja sebut muka cam harraz.. h aha...

    BalasPadam
  4. hati2 di dalam perjalanan bro :)

    BalasPadam
  5. bila baby baru adik harraz pula bro?ehem,ehem,ehemm...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..