Harraz Belajar Nak Dapat Adik Baru

12/11/2012 12:30:00 PTG , 6 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Genap sudah 14 hari anak saudara aku yang baru dilahirkan.. dilahirkan pada 27hb November 2012 dengan berat 3.4kg.. alhamdulillah semuanya selamat dilahirkan secara normal walaupun jangkaan kelahiran awal 2 minggu.. kata pak mertua adik aku.. wife dia bersalin awal sebab baby dalam tu kepanasan kot sebab ibu dia gi belasah durian banyak sangat.. hehehe.

Aku pulak sempat gi tegok anak saudara aku ni lepas 5 hari dilahirkan.. disebabkan adik ipar aku ni dah 4 kali lahirkan baby so pengalaman dah banyak & kali ni berpantang sendiri je dekat rumah mereka.. mungkin lepas habis pantang baru bawa balik baby jupa atuk dengan nenek dekat kampung..

anak saudara myvitrd 1

Afiq Hazim Bin Abdul Hadi nama diberi yang memberi maksud Afiq (yang mulia), Hazim (tegas/cermat/bijak/teliti) semoga jadi anak yang soleh ye sayang..

anak saudara myvitrd 2

muka sebiji tak tumpah ikut muka ibu dia… kulit cerah dengan bulu mata yang panjang.. sangat comel baby ni.. cium sikit..

anak saudara myvitrd 3

Bila tengok muka baby ni.. macam nak jugalah baby baru.. hehehe..

anak saudara myvitrd 4

Harraz nak cium sepupu dia.. hehehe.. badan sikit punya keras.. cian baby terjaga terus lepas kena cium..

anak saudara myvitrd 5

Macam mana harraz nak baby baru dengan adik baru tak? cer tanya mama.. hehehe..

Insyallah dalam masa terdekat ni.. seorang lagi anak saudara aku akan bakal lahir lagi tapi kali ini sebelah cik isteri.. tak lama lagi adik cik isteri pulak akan sambut baby baru.. memang hujung tahun ni..musim orang bersalin dengan kenduri kawin je.. macam dia orang janji je.. hehehe.

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai.. jadi jagalah anugerah yang dikurniakan ini supaya dapat menjadi anak yang soleh & solehah.. amin..

Bila ada baby baru ni.. confirm-confirm time tidur mak dengan ayah baby ni tak menentu… tak caya cubalah ada baby.. hehehe..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. tahniah diatas kelahiran anak saudara bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq2.. doakan baby ni sentiasa sihat..

      Padam
  2. hehe ingatkan harraz yg jd baby tue.. apapun tahniah dengan kelahiran anggota baru dalam family.

    BalasPadam
  3. rasanya sebab baby boy kot bro.... kalau baby girl mungkin dia okey kot....hehehehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..