Aksi Harraz Waktu Gunting Rambut

12/13/2012 04:36:00 PTG 5 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Bukan mudah rupanya nak gunting rambut anak kecik ni.. mula-mula ok je.. macam baik je menurut perintah.. sekali pertengahan jalan mulalah dia tunjukkan aksi macam ulat.. hahaha.. macam tulah yang terjadi dekat Harraz hujung minggu lepas..

Kedai Gunting Rambut

Aku dari awal-awal lagi dah niat kalau cukup je umur Harraz setahun aku nak cukur rambut dia sekali lagi.. mula-mula nak kasi botak licin.. tapi mama dia kurang setuju katanya tak berapa handsome dah nanti.. aku pun menurut jelah.. hehehe.

Jom kita tengok aksi-aksi Harraz sepanjang dekat kedai gunting tu..

Aksi Harraz Gunting Rambut 1

Urut-urut dulu sebelum mulakan acara menggunting.. kasi tenang-tenang dulu.. nampak muka macam takut je.. hehehe

Aksi Harraz Gunting Rambut 2

Kaki dah mula tak nak diam.. nak pasang kain dekat belakang pun susah..

Aksi Harraz Gunting Rambut 3

pujuk-pujuk dulu & kasi tenang…mencabar betul masa ni..

Aksi Harraz Gunting Rambut 4

ok selesai proses pakaikan penutup kain.. tinggal nampak kepala je..comel je masa ni..

Aksi Harraz Gunting Rambut 5

muka dah cuak ni.. tukang gunting dah mula nak gunting rambut.. kita tengok apa jadi..

Aksi Harraz Gunting Rambut 6

Berjaya gunting rambut belakang dah botak separuh dah.. time ni macam nak mengamuk dah harraz.. hehehe

Aksi Harraz Gunting Rambut 7

berjaya gunting separuh je.. sebelum mengamuk… takkan nak separuh ada rambut separuh botakkan.. kena habiskan juga..

Aksi Harraz Gunting Rambut 8

terpaksa gunting dengan mengamuk-mengamuk gunting sambil dukung pun jadi.. hehehe.. mungkin dia rasa tak selesa kot dengan mesin tu..

Harraz Selesai Gunting Rambut

alhamdulillah.. selesai sudah gunting rambut si comel ni.. muka sedih je.. sekarang mana handsome yang ada rambut atau takda rambut.. hehehe

Harraz 2013

Inilah wajah baru saya.. Harraz 2013.. doa-doa supaya saya cepat jalan ye.. :-)

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. Kasi licin terus tu..haha Teringat time dulu-dulu kena duduk atas peninggi.

    BalasPadam
  2. haha dah macam kena cekik budak tu.. macam tu la pengalaman kami bila bawak anak potong rambut...

    BalasPadam
  3. Camtu laa, masa Adam mula nak gunting rambut dulu.. tapi aku duduk atas kerusi riba dan pegang dia.. ha ah...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..