Mother & Baby Expo 2 - 4 Nov 2012 - PWTC

11/01/2012 09:51:00 PG 2 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Bila sebut pasal  Mother & Baby Expo je, orang pertama yang teruja nak pergi awal adalah cik malarang… hehehe.. dari sebelum mengandung, tengah mengandung, dah nak bersalin, lepas bersalin, sampailah sekarang memang kalau ada baby carnival expo je.. insyaallah kami mesti pergi.. kekadang tu tak shopping mana pun just suka gi tengok & compare harga dekat luar.. kekadang tu ada yang murah dan ada yang mahal sedikit.. so kena pandailah pilih barang yang murahkan.. paling tidak pun mesti beli pampers.. sebab biasanya time expo nilah ada offer pampers yang murah-murah.

Mother Baby Kids Expo 2012

sumber image : eggroups

Kepada yang bakal bergelar ayah & ibu tu atau dah bergelar ayah & ibu.. peluang untuk korang shopping barang-barang baby akan datang pada hujung minggu ni.. jadi kalau korang berkelapangan apa kata jom habiskan cuti hujung minggu korang dengan berkunjung di  Mother & Baby Expo pada 2hb hingga 4hb November di PWTC..

Kalau terserempak dengan kami nanti di expo tu nanti tegur-tegurlah ye.. :-)

*** Sapa yang dah plan nak gi expo tu hujung minggu ni.. angkat tangan.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. Tentu banyak jualan harga runtuh. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya memang byk jualan murah.. Cuma kena pandai pilih je...

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..