Jalan-Jalan Cari Makan Di Pak Hailam Kopitiam

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Ni bukan segmen Jalan-jalan cari makan yang dekat TV3 tu ye.. ni jalan-jalan cari makan sebab perut dah lapar.. kebetulan semalam aku gi Plaza Lowyat sebab nak beli sikit barang-barang IT.. so kebetulan kena tunggu satu jam baru siap barang yang aku beli tu.. jadi apa lagi ronda-rondalah dulu dari satu floor ke satu floor.. tetiba terpandang pulak satu kedai yang tertera Pak Hailam Kopitiam..

Pak Hailam Kopitiam 1

Aku tanya cik malarang.. lapor tak? dia kata belum lagi.. aku kata “abg macam laporlah” ni semua gara-gara aku semalam puasa sebab nak gi buat blood test.. tapi penyudahnya tak buat juga.. sebab terlalu ramai pulak orang nak buat blood test hari tu.. so balik dengan hampalah..

Pak Hailam Kopitiam 2

Aku ni kalau nak makan kedai-kedai restoran ni cerewet sikit.. mesti nak check dulu ada logo HALAL tak? almaklum jelah sekarang nikan banyak sangat kedai yang takda logo Halal.. so makan tu kena hati-hatilah.. so bila aku tengok dekat menu tu ada logo Halal Malaysia.. so legalah sikit.. lagi pun Duta untuk restoran Pak Hailan Kopitiam ni bekas jaguh Badminton negara Datuk Misbun Sidek.. so confirmlah makanan dekat sini Halal (boleh rujuk entri ni)..

Pak Hailam Kopitiam 3 Pak Hailam Kopitiam 4

Tengok tu yang bersemangat nak order adalah Harraz.. siap belek-belek menu lagi.. last-last menu tu yang dia gigitnya.. hehehe.. macam nilah bila ada anak.. kena layan kerenah anak dulu sebelum makan.. bagi dia tenang-tenang dulu.. kalau tak memang tak tenanglah kita nak makan.. dari lapor terus jadi kenyang.. hehehe..

Pak Hailam Kopitiam 5

Macam biasalah bila siap order yang sampai dulu mestilah air.. korang cuba teka mana satu air aku?

Pak Hailam Kopitiam 7

Aik takkan makan roti bakar je? roti bakar ni untuk Harraz.. selain dari tu daddy dengan mama dia punya sekali.. serius roti bakar dekat kedai ni memang sedap.. sampaikan kami dah habis makan.. siap add-on sekali lagi roti bakar 1 set.. hehehe.. cik malarang sampai menjilat jari lagi.. hehehe.

Pak Hailam Kopitiam 8

Dah kawin dengan orang Penang.. kalau jumpa laksa akan jadi satu kekurangan kalau tak mencuba… so antara menu yang ada dekat Pak Hailam Kopitiam ni adalah Asam Laksa.. pergggg memang terangkat beb aku rasa.. apa pun laksa air tangan ibu mertuaku tiada yang boleh lawan lagi… hehehe… (bodek mak mertua sikit… hehehe.. kot.. kot dapat laksa lagi balik Penang nanti)

Pak Hailam Kopitiam 6

Yang ni pulak Nasi Goreng Special.. sudah tentu cik malarang yang punya.. pun boleh tahan rasanya.. mula-mula aku tengok macam sikit je nasinya.. sekali dia makan..lambat pulak nasi tu habis.. hehehe.. senang cerita semua menu yang kami order boleh diberikan markah 8/10…

Jadi lepas ni kalau korang datang ke Plaza Lowyat tu.. tetiba rasa lapar jangan risau.. naik je ke tingkat 4 dekat situlah letaknya Restoran Pak Hailam Kopitiam..

** Siapa yang pernah makan dekat Pak Hailam Kopitiam ni? macam mana komen korang tentang menu dekat situ?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. roti tu nampak sedap aja, kalau my son tengok mesti dia nak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap bro... Harraz pun suka

      Padam
  2. pergh! tidak pernah makan di kedai Hailam Kopitiam ni.. nampak semuanya sedap-sedap belaka.

    BalasPadam
  3. den teka air oren tu air bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan oren bro... Tapi ais lemon tea...

      Padam
  4. memang sedap asam laksa tu.. sya bukn pggemar laksa pun jdi suka.. lps ni nk makan asam laksa kt pak hailam je.. mmee goreng kampung dia pun sedap sangat..

    BalasPadam
  5. sya pun makan kt plaza lowyat.. hehehe..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..