Aku Hampir-Hampir Nak Saman TNB

11/20/2012 11:14:00 PG , 16 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Kepada semua pembaca setia blog ni.. maaflah ye kalau sepanjang 5 hari yang lalu takda apa-apa update yang aku buat dalam blog ni.. semua kerana terpaksa menyelesaikan beberapa urusan yang penting dahulu.. harapnya lepas ni dapat kekalkan semula update entri setiap hari.. insyaallah.

Kembali kepada cerita semalam.. memang betul-betul pihak TNB buat aku dengan cik malarang gelabah sehari mana tidaknya.. semalam TNB buat maintenance  dekat kawasan rumah aku dah tu dia buat cut off elektrik dari jam 9 pagi sampai 7 malam.

Stock SUSU Ibu

Paling aku risau stok susu EBM si harraz akan cair kalau terlalu lama eletrik takda.. so awal-awal aku dah buat persediaan dengan aku bahagikan stok EBM yang lama dengan baru.. stok EBM yang baru aku simpan dalam kotak ikan dengan aku masukkan ais dalam tu.. sebab ikut pengalaman aku bawa balik stok susu dari Penang.. lebih kurang 6 jam perjalanan stok susu EBM tak cair lagi..

Stok susu EBM 1

Stok susu EBM yang lama aku biar je dalam deep freezer, yang  tu kira aku tawakal jelah… sebab andai kata dalam deep freezer tu cair masih ada backup lagi dalam kotak ikan tu.. kalau nak ikutkan semua stok susu EBM tu cukup untuk bekalan harraz selama 6 bulan lagi.

Stok susu EBM

Menurut cik isteri.. katanya kalau susu yang dah beku tu cair lebih dari 50% maka susu dah tak boleh nak simpan lagi.. kena habiskan dalam tempoh 24 jam.. andai katalah semua cair memang sedihlah.. sebab mana boleh harraz nak habiskan semua tukan..

Stok susu EBM 3

Alhamdulillah tepat jam 7 malam eletrik dekat rumah kembali pulih.. tempat pertama yang kami tengok adalah susu dalam deep freezer.. sekali buka.. alhamdulillah walaupun 10 jam bekalan elektrik terputus sikit pun susu dalam deep freezer tu tak cair.. syukur.. tapi masih belum selamat lagi sebab bagaimana pulak nasib dalam kotak ikan tu?  terus bergegas check susu dalam kotak ikan pulak.. alhamdulillah syukur juga.. sebab dalam kotak ikan tu hanya 3 pack susu sahaja yang cair lebih 50% so yang cair tu memang terus bagi si Harraz minum untuk sebelah malam yang tak cair cepat-cepat kami masukkan dalam deep freezer semula..

Stok susu EBM 2

Jadi lepas ni kalau bekalan elektrik terputus dalam 10 jam kami boleh bergantung harap dekat deep freezer tulah tanpa ubah stok susu EBM tu ke kotak ikan.. jadi kepada yang ada deep freezer untuk simpan stok susu korang jangan risau.. sebab aku dah cuba untuk tempoh 10 jam susu masih tidak cair dengan syarat jangan di buka deep freezer tu.

Nampak gayanya tak jadilah aku nak saman TNB macam ni.. hehehe..

Belajar Makan Epal

Usia si Harraz dah mencecah 11 bulan 12 hari masih belum ada tanda-tanda nak  berjalan.. tapi dah pandai nak makan buah epal sebiji.. hehehe.. pendek kata bagi apa je.. mesti dia akan gigi sekuat-kuatnya.. kalau berani hulurlah jari.. hehehe. semoga anak daddy dengan mama ni terus sihat dan bijaksana seterusnya jadi anak yang soleh.. amin.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

16 ulasan:

  1. gigi Harraz dah berapa batang? nmpk syok je dia makan epal tu..

    jgn risau ttg belum berjalan tu. belum masuk setahun lg kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. gigi atas 4 batang bawah 2 batang.. 8/12 baru cukup setahun

      Padam
  2. EBM tu kalau cair and sayang nak buang...boleh jadikan susu or buat mandi macam tu je pon ok. kulit lagi smooth =P

    Uols memang hebatlah...stok EBM banyak...kagum, harap2 saya boleh follow uols ut BF my future baby. Amin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tolong bagi semangat je dekat wife.. dia yang rajin pump.. tak kira dekat mana2 dalam kereta dekat opis.. dalam umah cukup time mesti pump.. lagi pun Harraz kuat menyusu

      Padam
  3. btoi tu sygnyer la kalo nk kne buang cmtu je.. ada org susa nk kua susu lg la nk kumpul2 cmtu..

    bruntung bby harraz dpt mak pak yg best cmni..sgt2 btnggungjwb.. alhamdulillah sumenye xde apa2 n bby harraz dpt susu yg berkualiti..^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah.. kami dah plan nak bagi cukup 2 tahun full bresfeeding .. hope mamanya kuatlah

      Padam
  4. Balasan
    1. hehehe.. saja gurau.. tak mampu nak saman..

      Padam
  5. alhamdulilah. tabik spring bro n wife punya usaha untuk maintain susu ibu utk haraz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq bro... Sbg suami hanya mampu bg semangat dkt isteri je...

      Padam
  6. lama gila.. sampai 10 jam??? pergh.. seksa menahan kalau macam tu..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah bro memang risau gila... Takut susu rosak je masa tu...

      Padam
  7. waaaahh. lama gak tu.. freezer bagus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah tak sia2 beli freezer tu.. Sgt membantu

      Padam
  8. lama betul tak ada elektrik, sampai 10 jam

    BalasPadam
  9. Terbaik! Siap ada deep freezer utk stok ebm...tahniah bro dan isteri =)

    TNB mmg kadang2 terpaksa buat servis camni. Kdang2 sbb ada kabel hilang kena curi.

    p.s-nasib baik tnb tak kena saman..hehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..