Syok Beraksi Atas Tilam Angin

10/09/2012 09:54:00 PTG , , 7 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Minggu yang agak sibuk membuatkan nak update blog pun asik tertunda je.. Minggu ni aku tak masuk opis lagi sebab sebuk dengan projek baru dekat cyberjaya.. so nak tengok internet pun memang tak sempat.. balik rumah je layan anak bini dulu.. gusti-gusti dengan anak sampai anak nangis dah tu terus tidur.. hehehe.

Bila otak dah penat sangat memang mood nak online pun malas je.. malam ni gagahkan diri update juga sikit-sikit entri mengarut aku ni.. :-)

Tilam Angin 1

Sebelum tu ni bukan iklan nak jual barang ye.. just nak sembang pasal cerita hujung minggu time aku bawa anak bini gi window shopping dekat Tesco Mutiara Damansara.. kebetulan tesco dekat situ baru di renovate dan telah berwajah baru.. maka terujalah cik malarang nak pegi tengok apa yang menarik..

Pada asalnya nak gi beli makanan untuk Harraz je.. tetapi entah tetiba  cik malarang terpandang dengan satu barang yang disusun dirack secara teratur.. terus dia panggil aku kata “abg, sayang nak beli yang ni ye.. dah lama cari nak beli.. senang nanti nak balik kampung nak guna..”

Sayang isteri turut-turutkan selagi mampu.. hehehe.. terus aku capai kotak yang ada gambar dua model tengah posing dalam kotak tu.. mula-mula nak ambil yang gambar satu model je.. tapi fikir-fikir baik ambil yang gambar dua model tu..

Korang tahu ke apa yang aku maksudkan tu.. sebenarnya isteri aku bekenan nak beli tilam angin.. katanya syok untuk baring sambil tengok tv.. hehehe

Tilam Angin 2

Nilah tilam angin yang aku beli tu.. tilam angin ni boleh muat untuk 2 orang beraksi atas tu.. hehehe.. beli sekali dengan pump angin.. kalau tak takkan nak pump guna mulutkan.. hehehe..

Kebetulan dekat Tesco tu tilam angin ni ada offer tu yang isteri excited sangat nak beli.. harga asal RM99.90.. tapi lepas diskaun dapat dengan harga RM49.90.. kira dah jimat RM50.. yang saiz single pun offer juga.. harga asal RM59.90 tapi dekat situ dijual dengan harga RM29.90 .. dia punya pump harga asal RM15.90 tapi lepas diskaun dapat RM9.90.

Tips nak shopping dekat Tesco ni beli time harga Offer.. :-)

Tilam Angin 3

Sampai rumah terus aku pulak yang ter excited nak test dulu macam mana rupanya tilam angin ni.. best ke?

Tilam Angin 4

Terus bentang dekat ruang tamu.. si kecik tu sebuk juga nak beraksi atas tilam tu..

Tilam Angin 5

Operasi memasukkan angin kedalam lubang yang disediakan.. pump punya pump macam nak mati dah.. asal angin tak masuk2 ni.. huhu..

Tilam Angin 6

Dari mula berdiri pump sampailah bercangkung pula tak berjaya juga nak masukkan angin dalam tilam tu.. yang keluar angin aku je.. hahaha.

Tilam Angin 7

Jampi kejab apa yang tidak kena dengan lubang dekat tilam tu.. sekali check-chek lubang yang aku guna untuk masukkan angin tu silap.. tu bukan lubang untuk masukkan angin.. tapi tu lubang untuk buang angin.. sengal betul aku ni.. hehehe.. isteri gelak je gelagat aku..hehehe

Tilam Angin 8

Yang ni baru lubang untuk masukkan angin.. pump sekejab je angin dah masuk.. tilam dah mula kembung.. macam-macam gaya pump ada.. kejab berdiri.. kejab duduk.. bergilir-gilirlah dengan isteri pump.. hehehe

Tilam Angin 9

yang si comel ni dah seronok tengok tilam tu dah mula berkelembung.. sukalah tu.. tersengeh-sengeh..

Tilam Angin 10

adalah 10 minit kot aku pump baru rasa tilam tu betul-betul angin dah penuh.. huhu.. berpeluh-peluh semua celah-celah ketiak.. hehehe

Tilam Angin 11

Siap dah.. dah boleh beraksi dengan bergusti dengan harraz atas tilam ni.. antara yang bagusnya tilam ni..boleh buang angin dia dah tu.. lipat semula macam dekat atas tadi.. so kalau balik kampung risau tilam tak cukup apa lagi bawa tilam angin nilah.. :-).

Sapa yang pernah guna tilam angin ni.. korang rasa ok tak?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. seronoknya baring atas tilam ni

    BalasPadam
  2. aku ada jugak beli tilam angin kat tesco.. beli yang single dgn yg 2 org.. yg single tu dah bocor dah. taktau camne bleh bocor plak.. yg besar ok lagi.. syok jugak baring2 dgn wife atas tilam angin..

    kalau tilam air mesti lagi best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. uik! boleh bocor ye bro.. rasanya tercucuk benda tajam kot.. hehehe

      Padam
  3. selesa ke bro.....kalau wat tido malam berpeluh tak....

    BalasPadam
  4. dh beli tilam.. tpi pam dye x jmpe.. dh hbis ke.. adesss..

    BalasPadam
  5. macam menarik jer tilam angin tu..... leh gak la beli.. yerla..

    nak balik kg tak cukup tilam......

    http://sumijelly.com

    BalasPadam
  6. assalamualaikum saya nak tanya offer ni sampai bila ek?saya macam berminat laa :)

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..