Samurai Burger Single Dan Double Terbaik!

10/12/2012 11:06:00 PTG 6 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Setelah hampir 2 minggu mengidam untuk menjamah sekali lagi Samurai Burger dari McDonald, malam ni sambil menonton perlawan separuh akhir Piala Malaysia Kelantan Vs Selangor tertunai hasrat dihati nak makan Samurai Burger.

“TAHNIAH KELANTAN BERJAYA KE FINAL PIALA MALAYSIA” 

MC Donald Samurai Burger 1

Hari ni memang terlewat aku sampai dekat rumah, ambil anak pun dah hampir jam 8.00 malam gara-gara jalan yang jem teruk di semua kawasan sekitar Petaling Jaya.. lepas je ambil Harraz terus gi solat dulu.. dah tu terus cakap dengan cik malarangJom pekena Samurai Burger”.. apalagi si dia pun dah berhari-hari asik sebut teringin dengan samurai tu.. terus je aku gerakkan kereta menuju ke McDonald dekat area umah aku tu.

MC Donald Samurai Burger 2

Dalam kepala dah terus set malam ni aku nak rasa yang Samurai Double pulak.. hehehe

MC Donald Samurai Burger 4

Order…. bayar…. dan tunggu…. paling best McDonald dekat umah aku ni.. 24 jam.. bila-bila nak makan burger pun boleh.

MC Donald Samurai Burger 5

Tudia… nilah menu kami malam ni…. 1 set large Single Samurai Burger & 1 set large Double Samurai Burger..

MC Donald Samurai Burger 6

McSHAKER…. Goncang & Nikmati… kentang goreng yang di shake dengan rempah kari memang memenuhi citarasa tekak aku.. hehehe..

MC Donald Samurai Burger Single

Single Samurai Burger  khas untuk isteri tercinta… kalau korang nak tahu cik malarang kalau nak makan burger tak boleh letak sos.. tapi dengan samurai burger ni.. dia suka pulak makan sos burger tu.. hehehe

MC Donald Samurai Burger Double

Double Samurai Burger  terbaik sehingga menjilat pembungkus… hehehe.. kalau 2 minggu lepas dapat rasa yang single.. malam ni dapat yang double.. memang TERBAIK!..

Kepada peminat burger ni.. rasanya rugi kalau korang tak test Samurai Burger ni.. apa yang pasti sekali rasa mesti nak ulang lagi.. hehehe

Sapa yang dah rasa Samurai burger ni.. apa komen korang?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. sos samurai burger memang sodap n ada kelainan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul bro.. aku pun heran sos tu punya sedap sampai wife aku yg tak mkn sos pun suka

      Padam
  2. tak pernah cuba samurai ni... tapi mcshaker memang superb...

    BalasPadam
  3. Memang sedap.daging dan sos nye mabeles. Tapi tu lah,kami anak beranak 4 org-hanya si adik lum pndi makan.haha. Pokai poket.hehe
    -pj mmg jam.tobat la mgu lepas ke pj,dr klia. Jam je memanjang.

    BalasPadam
  4. macam daging masak kicap.. hehehee

    BalasPadam
  5. teriyaki sos...ada gula melaka, soya. lada sedap le...tapi hati2 ada gak yg campur sherry habis haram the whole burger

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..