Harraz Akan Beraya Di Johor pulak

10/24/2012 12:11:00 PTG 5 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Rasanya hari ini semua orang dalam mood dah nak balik bercuti raya untuk Hari Raya Korban.. dekat opis aku sendiri dah mula ada yang ambil cuti awal balik kampung.. Macam aku insyaallah esok tengahari lepas selesai urusan baru akan bergerak terus balik ke kampung di Johor.. Harraz dah tak sabar nak balik kampung ni.. dah rindu dengan fuang” (istilah panggilan orang Bugis untuk atuk & nenek) dia dekat kampung.

Ni kira first time Harraz nak berhari raya dekat kampung aku di Johor.. Masa tahun lepas Harraz masih dalam perut mama dia so tak sempat nak kutip duit raya… Kali ni nak balik kampung kutip duit raya katanya.. (ada ke orang bagi duit raya hari raya korban ni?).. hehehe

Harraz Hari Raya Korban

“Saya dah ada gigilah.. nak balik rumah fuang nak makan burasak..”

Semoga perjalanan kami sekeluarga untuk pulang ke kampung dipermudahkan dan diberi keselamatan di sepanjang perjalanan… amin

Kepada yang pulang pada hari ini dan esok berhati-hatilah ye dijalan raya.. ingat ye sekarang lebuhraya dah ada banyak dipasang kamera AES ni.. (senarai lokasi pemasangan kamera AES).. jadi kalau tak nak kena saman tu.. korang pandulah ikut had laju yang dibenarkan (peringatan untuk diri sendiri.. kekadang aku pun laju juga.. hehehe).

Raya korban tahun ni korang balik mana?

** ramai juga adik-adik aku yang tak balik raya tahun ni.. bila adik beradik ramai ni memang susah nak kumpul dalam satu masa.. percaya atau tidak ada 2 adik lelaki aku yang tak pernah jumpa langsung Harraz sejak dilahirkan.. hope raya tahun ni.. dapatlah jumpa pakcik-pakcik dia..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. aku pun tak jumpa harraz lagi nih... :)

    BalasPadam
  2. berhati2 di jalan raya bro.. kalau penat n mengantuk, mohon rehat sebentar..

    BalasPadam
  3. Slmt hari raya korban..klu terkena aes nasib lah

    BalasPadam
  4. selamat hari raya. hati-hati balik kampung. :)

    BalasPadam
  5. very healthy and crazy child ! Awesome your things getting some advantage after studying your things.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..