Tiada Lagi Pipi Labuh Dan Tembam

9/13/2012 04:12:00 PTG 6 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Setiap kali masuk bulan baru je pasti si Harraz akan juga menunjukkan perubahan.. kalau bulan sebelumnya rajin dan kerab terjaga malam untuk minum susu kekadang tu jam 2.00 pagi atau 4.00 pagi dia dah terjaga.. lambat sikit bagi susu dia akan berkaraoke dulu… hehehe.

Alhamdulillah masuk je usia  9 bulan ni.. dia dah jarang sangat terjaga tengah malam untuk minum susu.. kekadang last minum susu jam 10.00 malam esok paginya jam 5.30 pagi baru dia minum.. tapi yang masih tak ubah kalau lambat bagi susu.. mesti karok dulu.. hehehe

Harraz Fahim 1

Ada orang cakap muka harraz sekarang dah mula ikut muka daddy dia.. hehehe .. yeke?

Kesian & sedih sebenarnya tengok Harraz ni.. sejak asik kerap sakit beberapa minggu yang lepas badan semua susut dan paling ketara tiada lagi kelihatan pipi labuhnya yang menjadi kegeraman semua orang.. last aku timbang hari tu berat turun sehingga hanya 7.3 kg sahaja..

Harraz Fahim 2

Satu lagi masalah yang kami tengah hadapi sekarang ni adalah harraz dah mula kurang selera nak makan.. macam-macam mama dia buatkan makanan.. dari bubur nasi yang lembik, keras sedikit, bubur oat.. semua tak jalan.. dia akan makan sikit je dah tu dah tak mau dah..

Kalau korang ada petua untuk bagi anak selera makan bolehlah kongsikan dengan aku sebagai panduan ye.. risau juga anak tak nak makan sekarang ni.. kalau berterusan macam ni.. memang lambatlah jawabnya anak aku nak membesar.

Apa petua korang nak bagi anak berselera makan ye?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. alahai.... pipi dah kurang tembam yea...mesti sebab dia dah semakin lasak kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Munkin juga tu salah satu sebabnya bro. Lg pun bulan lps dgn bln ni kerap demam

      Padam
  2. nak tumbuh gigi kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada 2 butang tengah naik.. Mungkinlah sbb gigi tu kot

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..