P1 MiFi - Testimoni #1 | Seminggu Bersama P1 4G - MF230

9/12/2012 04:40:00 PTG , , 8 Comments


Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Dalam syok-syok guna rupanya dah seminggu P1 MiFi ni dekat tangan aku.. sepanjang aku guna device P1 MiFi ni oklah memang aku berpuashati dengan speed yang diberikan.. yang belum baca sesi pengenalan P1 4G MiFi tu boleh baca di link yang diberikan tu.

P1 MiFi MF230 1

Tiada masalah untuk aku melayari internet, update blog, menonton di youtube dan yang paling menarik aku boleh membuat download dengan begitu pantas sekali.

MiFi_SeedingProgram_250x50

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak guna device P1 MiFi ni? nak tahu macam mana caranya jom tengok dekat bawah ni.

P1 MiFi MF230 2

Di atas adalah device P1 MiFi MF-230 yang mana jika anda perhatikan terdapat beberapa bahagian yang perlu anda ketahui fungsinya.. Dibahagian sebelah kanan tepi terdapat Power Button.. dibahaggian bawah adalah USB / charging connector…. dibahagian penjuru terdapat satu lubang kecil untuk reset button dan dibahagian permukaan P1 MiFi ni terdapat 3 Lampu LED (WiMax LED, WiFi LED & Power/Charging LED).

P1 4G MF230 User Guide 1

P1 4G MF230 User Guide 2

Di atas adalah panduan untuk mengetahui status setiap lampu LED pada P1 MiFi diatas

P1 MiFi MF230 3

Langkah pertama adalah menghidupkan P1 MiFi dengan menekan butang power selama 5 saat dan sekiranya ketiga-tiga lampu LED menyala serentak ini bermakna device P1 MiFi anda telah hidup.

P1 MiFi MF230 4

Tunggu sehingga lampu LED sebelah kanan menyala dengan warna biru yang statik tanpa berkelip.. sekiranya masih berkelip dalam tempoh yang lama untuk LED warna biru ini menandakan bateri untuk device anda telah kurang dari 25% (perlu dicharge dengan menyambungkan cable USB ke laptop atau soket plug)

P1 MiFi MF230 5

Tunggu sehingga lampu LED Wifi yang berada ditengah juga berwarna hijau dengan statik.. sekiranya ada device Wifi seperti smartphone yang disambungkan ke P1 MiFi ni lampu LED hijau tersebut akan berkelip-kelip menandakan ada aktiviti.

P1 MiFi MF230 6

Dan yang terakhirnya untuk mengetahui samada kawasan tempat tinggal anda ada liputan P1 WiMax 3 singgal berwarna akan dipaparkan.. yang pertama sekiranya warna LED merah statik dipaparkan ini menunjukkan signal WiMax dikawasan anda lemah.. sekiranya signal LED berwarna Oren ini menunjukkan signal untuk kawasan anda bagus dan terakhir sekiranya signal yang dipaparkan berwarna hijau statik ini menunjukkan signal untuk kawasan anda sangat kuat.

Sekiranya semua LED yang dinyatakan telah menyala proses untuk menyambungkan device anda menggunakan P1 MiFi ni telah boleh dimulakan..

Nak tahu macam mana cara nak sambungkan Device wireless dengan P1 MiFi? nantikan testimoni seterusnya..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MiFi_SeedingProgram_250x250

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. saya pengguna p1 tapi kat kawasan saya punya lah payah nak bagi connection ada.. berjanggut menunggu ada la naik 1 bar.

    BalasPadam
  2. Wow... Rm39. Signal ok tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaru RM69 bro.. signal dekat umah aku ok.. dekat opis low sebab mungkin bangunan dekat aku dia block P1 punya coverage

      Padam
  3. ape bezanya dgn p1 mf-230 yg jenis lame yg ade line putih tu? sbb dlm pix kt ats mcm jenis baru?

    BalasPadam
  4. macam mana kita nak tau cas mifi ni penuh

    BalasPadam
  5. macam mana kita nak tau cas mifi ni penuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok dari LED tu kalau dah biru.. dah penuh biasanya.. biasanya charge untuk penuh tak lama.. kurang 1 jam je..

      Padam
  6. modem ini selalu rosak lah, dah dua kali aku tukarnya, pertama kali sebab wifi nya tak berfungsi,kali kedua,semasa kegunaan biasa ,tiba tiba padam sendiri dan tak boleh nyala lagi....dan modem ketiga ini sekarang wifi down juga, kena pakai cable usb untuk naik internet,saya berasa malu sekali kerana asyik kena pergi tukar modem ini....isykkk~~~

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..