Tak Sabar Nak Kira Duit Raya

9/15/2012 01:08:00 PTG , 9 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Maaf dipinta kepada pembaca yang datang berkunjung semalam untuk membaca entri terbaru walaupun tiada entri terbaru yang ditulis semalam.. semalam ada beberapa urusan penting yang diselesaikan dan memang tidak ada kesempatan untuk online dalam masa yang lama.. Kalau online pun sempat tengok status facebook & whatapp je.

Oklah itu cerita semalam, hari ni punya cerita macam biasa hujung minggu aku kenalah duty pagi.. cuma hari ini aku gi kerja tak bawa family sekali.. cik malarang aku tinggalkan dirumah bersama si comel sebab nak buat kuih katanya.. hehehe

Puding roti

tengok-tengok FB si dia memang betul tengah bakar kuih.. kuih apa tu? - credit : FB orang rumah

Kalau korang perasan juga minggu ni adalah minggu terakhir untuk buat rumah terbuka hari raya.. macam aku memang tak buat rumah terbuka.. rumah sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk menerima tertamu.. siapa nak datang di persilakan.. kalau kuih dah habis.. insyaallah biskut kering ada lagi.. :-)

Sebenarnya aku tengah tunggu hari terakhir hari raya ni.. iaitu hari ke 30, sebab aku tak sabar nak kira duit raya yang si Harraz dapat.. mama dia dah pesan hari tu.. raya habis je baru leh kira.. hehehe

Kira duit raya

ada gaya tak? tokey tengah kira duit raya… senang hati nampak..

Tahun pertama beraya bersama anak kecik ni memang seronok.. sebab pergi beraya mana-mana je mesti dapat duit raya.. kalau tahun sebelum ni kita orang yang kena keluar duit raya.. hehehe…  cuma bezanya tahun ni.. orang yang bagi pulak duit raya.. Duit raya Harraz duit raya Daddy jugakan.. hehehe.

Insyaallah duit raya anak tahun ni akan terus dimasukkan dalam akaun tabung hajinya sendiri.. simpanan untuk hari akan datang.. kalau tak dimulakan menyimpan sekarang bila lagikan.. macam daddy dia ni dah terlewat dah.. simpan hari ini esok keluar.. hehehe.. macam mana nak kaya kalau macam tu.. :-)

Korang pulak macam mana yang ada anak dah kira ke duit raya anak?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. Fuhhh..bakal jutawan kira duit..gaya bukan main..:)syg anak mama ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin2 kalau harraz dh jadi jutawan jgn lupa mama dgn daddy tau.. He3

      Padam
  2. Rezeki anak tentulah murah...

    BalasPadam
  3. nak nombor akaun saya sekali tak??hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Hang punya duit raya dah penuh dkt bank.. Hik2

      Padam
  4. bak sini duit, saya tolong kirakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti dah siap kira kita bawa gi bank negara tolong simpankn.. He3

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..