P1 MiFi - Sesi Pengenalan P1 4G Portable WiFi Router (MF-230)

9/06/2012 05:44:00 PTG , , 18 Comments


Salam semua,

Beberapa minggu yang lepas pihak P1 ada menawarkan dekat aku untuk menyertai program projek ala-ala review produk terbaru mereka yang diberi nama P1 MiFi. Jadi kebetulan aku memang berminat menyertai program mereka aku cubalah apply kot-kot ada rezeki..

MiFi_SeedingProgram_250x50

Alhamdulillah aku salah seorang dari beberapa peserta yang dapat join program review ni.. jadi semalam aku dah pergi ambil device yang dimaksudkan untuk memulakan projek review tu selama 3 minggu.

Sebagai pengenalan aku nak kongsilah sedikit apa itu P1 MiFi ni.. secara ringkas P1 MiFi merupakan device @ peralatan yang dikeluarkan oleh pihak P1 untuk memboleh pengguna menggunakan internet dimana sahaja dengan berkongsi talian internet yang sama.

Ianya dilengkapkan dengan Modem Router yang membolehkan device dihubungan kepada maximum 5 peranti yang mempunyai isyarat WiFi dalam satu masa dan 1 peranti dengan menggunakan sambungan cable USB.

P1 MiFi MF230 Device

P1 MiFi boleh dihubungkan dengan apa sahaja peralatan yang mempunyai sambungan WiFi seperti smartphone, tablet, laptop, pc dan sebagainya.

Hanya dengan menekan butang On pada P1 MiFi talian internet dan WiFi sudah bersedia untuk digunakan jika berada didalam kawasan liputan P1 WiMax (rujuk sini untuk check coverage) dan peralatan yang mempunyai perkhidmatan WiFi sudah boleh disambung ke MiFi.

Bagi pengguna yang selalu online dimana-mana sahaja P1 MiFi adalah pilihan tepat untuk dimiliki.
Jom kita layan sedikit video unboxing yang telah aku sediakan dibawah ni..


Sambungan review akan dibuat pada entri selanjutnya… untuk mengetahui lebih lanjut tentang P1 MiFi ni.. teruskan setia membaca di blog ni.. :-).. review berperingkat akan dibuat berdasarkan pengalaman penulis sepanjang menggunakan P1 MiFi ni.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

18 ulasan:

  1. wah.. nampak macam menarik je tu..

    BalasPadam
  2. sayangnye dekat kampung saya masih tak ada lagi coverage

    BalasPadam
  3. P1 nye coverage msh krg, kot x dh sbscribe dh.. Pkai mifi celcom buat msa ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang masih kurang.... Kebetulan dkt kawasan umh saya dah ada coverage.. Tu yg cuba apply tu

      Padam
  4. wahh, best nye, kna test ni.. tp kena tgk tmpt aku dah ade coverage ke blum.

    BalasPadam
  5. whoaaa.. dah jadi duta P1 yea.... cayalah bro... anyway ada gak offer sumer amik nie....tak coverage tempat umah sewa tak bagus so macam tak sesuai la kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebetulan ada org offer aku ambil jelahkan.. boleh tambah pengalaman.. kebetulan dekat umah pun ada coverage tu yang boleh test tu.. walaupun coverage tak kuat sebab duduk apartmentkan.. tapi oklah..

      Padam
  6. wahh,bro blh tlg ajar cmne nk hyperlink kan banner dgn code yg p1 bagi tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dpt juga ye buat review bro... Aku mula2 upload banner yg p1 bg tu dlm post entri blogspot.. Dah tu aku ambil link gambar yg dh upload tu... Dah tu aku tukar link gambar tu dengan link kod yg P1 bg...

      Padam
    2. dapat bro,ok terima kasih..

      Padam
    3. ok sama2 bro.. ok tak coverage dekat rumah hang tu

      Padam
    4. baru nak bgtau kat hang, rumah aku dalam coverage,tp lampu signal kt modem tu dari aku amik smpi skrng merah je, check signal kt 10.1.1 tu, weak lak. tp boleh la utk surf internet. baru nak try download movie.. hehehe

      Padam
    5. samalah aku dekat rumah mulah2 merah juga kalau letak modem tu.. apa yag aku cuba buat aku gantung modem P1 tu.. terus dapat signal warna oren.. status dekat 10.1.1.x tu aku dapat good.. cubalah bro gantung tengok signal tu mesti kuat sikit.. hehehe

      Padam
  7. owh member eyza penah buat yg ini..

    tp bayaran dia camner yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klik dkt banner P1 dkt atas tu.. Dlm tu ada senarai plan yg ditawarkn bermula dr serendah rm39..

      Padam
  8. Laju x pakai mifi p1 ni? Youtube ade sekat2 x

    BalasPadam
  9. nk tnya..nk tkaq nma awt xboleh ??nama dh btul..pazword dh btul..tpi tak boleh nk msuk nk tkar nma..??

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..