Pengasuh Harraz Merajuk Gara-Gara……

9/04/2012 05:06:00 PTG 16 Comments

 

Salam semua,

Siapa sangka bermula dengan bercerita tentang kisah rakan cik malarang yang terpaksa mengambil cuti kecemasan dek kerana pengasuh tak nak jaga lagi anak beliau atau alasan rakan cik malarang terlalu cerewet katanya.. akhirnya terkena dekat kami juga pada hari yang sama.. huhu.

Harraz Manja-manja

Ini kisah kawan cik malarang aku ceritakan dulu..

kawan cik malarang ni sahaja nak gi tengok anak dia dekat rumah pengasuh kira ala-ala macam buat spotchecklah ni, sambil hantar susu dengan makanan dekat anak dia.. sekali dia sampai rumah pengasuh dia tengok si pengasuh ni takda.. yang ada jaga anak dia adalah anak lelaki kepada pengasuh tu.. katanya ibunya ke kedai.. nak dijadikan cerita kawan cik malarang ni nampaklah anak dia tengah dibagi minum susu dengan dilapik satu tuala dibawah dagu anak dia sebagai pemegang kepada botol susu tu.. kira budak tu minum tanpa dipegang botol susunya.. (kalau ikutkan doktor tu adalah cara yang merbahaya sebab boleh menyebabkan budak tersedak susu)..

Jadi bila sampai dirumah lepas kawan cik malarang ni ambil anak dia.. dia SMSlah dekat pengasuh tu kata tadi dia nampak anak dia dibagi minum susu tanpa dipegang hanya dilapik dengan tuala sahaja.. terus pengasuh tu balas SMS kawan cik malarang tu dengan nada yang marah.. katanya “awak ni jenis yang cerewetlah.. esok tak payah hantar anak awak lagi.. susah nak jaga anak orang yang cerewet ni.. awak boleh cari pengasuh yang lain ” lebih kurang macam tulah balasan SMS yang dikirim oleh pengasuh tu.. Salah ke kita tegur cara anak kita disusukan lagi pun tu adalah cara sebagai langkah awal pencegahan dari berlaku perkara yang tidak diingini berlaku..

** Korang nilailah sendiri…

Esoknya terus kawan cik malarang ni cari tempat pengasuh yang lain..

Harraz naik motor

Lain ceritanya dengan pengasuh si Harraz ni..

Masa malam Jumaat lepas masa aku tengah main-main dengan si Harraz akau ada perasan macam ada sesuatu perkara berlaku dekat telinga anak aku ni.. aku tanya cik malarang kenapa dengan telinga Harraz macam ada kesan lebam yang panjang.. cik malarang kata dia dah perasan masa dia ambil harraz dekat rumah pengasuh.. dia dah inform aku katanya tapi mungkin aku tak perasan kot masa dia cakap tu.. sampailah masa aku main-main dengan dia baru aku perasan.

Sebagai seorang daddy sudah pastinya aku nak tahu kenapa dengan telinga anak aku.. so nakkan penjelasan aku mintalah cik malarang SMS dekat pengasuh si comel ni..

bukan aku marah cuma aku bertanyakan kenapa telinga Harraz bengkak andai kata jatuh aku nak bawa dia gi klinik untuk check.. lagi pun aku tak marah sebab aku tahu anak aku memang tengah membesar dan ada sedikit lasak sekarang ni..

Pengasuh tu terus SMS katanya “semakin hari Harraz semakin lasak, akak dah tak larat nak jaga dia.. awak boleh pelan-pelan cari pengasuh yang lain” dalam hati aku aik.. takkan aku tanya je terus pengasuh tu kecik hati.. emmmm susah juga macam ni..

dalam pada masa cik malarang berbalas SMS dengan pengasuh tu.. baru dia cakap yang harraz petang tadi jatuh dari buaian.. huhu.. aku cakap dengan cik malarang kalau dia cakap terus terangkan tadi senang masa kita ambil si comel tu.. tak lah timbul rasa kecik hati si pengasuh dek gara-gara mungkin dia rasa macam aku tuduh dia sakitkan anak aku.. walhal aku cuma bertanya je..

Di sebabkan aku nak balik kampung ke esok harinya sedikit mengganggulah emosi dan mood aku nak balik kampung.. baru nak balik kampung enjoy-enjoy dah kena fikir kena cari pengasuh lain pulak tu..

Aku cakap dengan cik malarang takpelah kalau akak pengasuh tu dah taknak jaga takpelah.. cuma minta tempoh dulu supaya kita cari pengasuh yang lain.. lagi pun bukan aku yang taknak hantar si Harraz dekat dia.. dia yang macam dah tak nak jaga.. nak cari pengasuh onthespot ni bukan perkara yang mudah.

Dalam keadaan emosi masih terganggu.. aku teruskan balik kampung juga.. sampai dekat kampung pengasuh tu ada SMS dekat cik malarang katanya.. “anak-anak akak merayu supaya jangan tukar harraz dekat tempat pengasuh lain”.. pulak dah.. tadi dia yang macam dah tak sanggup nak jaga.. pengasuh tu adalah SMS minta maaf dekat kami katanya lepas ni dia dia cuba tidak cuai menjaga anak-anak yang diasuhnya..

Aku dengan cik malarang jenis berlapang dada.. kalau dia sudi terima semula. alhamdulillah lagi pun memang sejak harraz berusia 2 bulan memang akak tu yang start jaga sampailah umur dah dekat 9 bulan.. so terasa berat juga nak pisahkan harraz dengan anak-anak pengasuh tu..

Aku cakap dengan cik malarang takpelah kita hantarlah dulu Harraz semula.. kita tengok macam mana keadaannya nanti.. kalau akak tu kata lagi yang dia dah tak sanggup nak jaga barulah kita cari pengasuh yang lain.. so tadi pagi aku dah hantar semula harraz dekat umah pengasuhnya.. harapnya kekeruhan yang berlaku ni dapat dijernihkan semula..

Dalam pada masa yang sama.. cik malarang masih risau Harraz diapa-apakan ekoran apa yang dah berlaku.. aku pujuk cik malarang.. aku cakap..insyaallah harraz ok dekat sana.. dalam masa yang sama dia pun masih kesian nak pisahkan harraz dengan pengasuhnya.

Mungkin juga ni pengalaman pertama kami dalam situasi macam ni.. hope lepas ni takda lagi berlaku perkara-perkara yang tidak diingini..

Pada pandangan korang.. PATUTKAH AKU MENUKARKAN ANAK AKU KEPADA PENGASUH YANG LAIN.. kalau korang di tempat aku apa yang harus korang buat?

Di harapkan adalah komen yang boleh membantu kami untuk membuat keputusan yang terbaik untuk semua pihak….

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

16 ulasan:

  1. Lebam belakang telinga??? dah bawak jumpa doktor belum?
    http://drsaiful.blogspot.com/2009/11/si-manja-jatuh-katil.html

    harap link ni dapat membantu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kesan lebam sikit.. tak bawa jumpa doktor.. sebab tengok macam tak serius.. tapi kalau tengok ada simtom yang pelik mungkin kena bawa juga ni.. tq bagi link tu

      Padam
  2. Pendapat aku.. tak payah tukar..
    Benda dah nak jadi.. kadang2 dalam jagaan kita pun anak akan jadi camtu...

    Maybe pengasuh tue terasa kot... sbb tue dia sms camtu.. Dia ingat kita marah.. Sapa yang suka kena marah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun berat nak pisahkan anak aku dengan pengasuh dia.. sebab dari kecik dia dah jaga.. takkan hal kecik aku nak tukarkan.. tq bagi pandangan bro

      Padam
  3. aku setuju dengan fazrol.. kalau jadi macam kawan cik malarang tu.. kena tukar. bahaya

    tapi kalau kes harraz ni tadi, boleh lagi bro.. sedangkan anak aku depan mata pun dia leh tersembam terhantuk terkepit jari, inikan pula pengasuh yang jaga. my ilham yang bawah jagaan mak ayah aku pun, dia lasak sikit.

    budak2 nak membesar bro.. ilham dah calar pipi, lutut dan kaki.. ni lagi lasak bila dah boleh berjalan dan berlari. orang dah jaga budak dari kecik, sayangnya lain..

    bukan pengasuh tu pi campak harraz ke ape.. (mintak dijauhkan)

    personally, aku rasa tak payah tukar dulu. but beri jugak pemantauan macam biasa. c.c: cik malarang.. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq atas pandangan bro.. insyallah memang masih dipantau si harraz ni.. memang sayang nak pisahkan dengan family pengasuh tu

      Padam
  4. kalau anak dah serasi dan suka ajer bila hantar ke situ baik tak payah hantar kat tempat lain..nanti jadi kacau bilau..
    lagipun anak-anak pengasuh dah sayang dengan anak kamu. kalau hantar ke pusat asuhan lagi leceh..anak pun senang dapat penyakit

    anak-anak sekarang memang lasak..setakat lebam insyallah tak apa-apa..tapi nak puaskan hati bawa ajer jumpa doc..

    memang ada pengasuh yang sensitif..mungkin masa sms tu dia mood tak baik.. cubalah buat baik dengan pengasuh dan jangan berkira sangat dia dia..bukan senang nak cari pengasuh yang baik sekarang ni.

    nak tya camner ek nak buat link reffer dari denaihati tu..jelez pulak kamu dpt income 3 angka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq kak bagi pandangan.. tulah ada terfikir juga takut2 bila pindah tempat baru takut harraz tak serasi pulak.. sebab dari kecik lagi dengan pengasuh yangs ekarang..

      ** jgnlah jelez kak pasal link reffer tu.. saya pun tak tahu macam mana boleh jadi macam tu.. alhamdulillah setiap bulan saya dapat.. pernah juga saya tanya denaihati.. mungkin statistik dia tersilap kot.. dia kata tak silap sebab dia check guna google analistic.. apa yang saya buat saya cuma pasang banner dengan plugin waktu solat.. sapa yang klik dengan berapa ramai yang klik banner tu saya tak tahu.. skript dekat banner tu pun saya takda edit.. sampai sekarang saya pun masih tercari2 macam mana boleh dapat link yang banyak macam tu... huhu

      Padam
  5. biasa la kot budak2 tengah melasak terhantuk ke terjatuh.as long bukan dia dera ker apa. nuha dulu bukan setakat terhantuk dekat meja,lantai, kerusi, pipi lebam biru tu kena geget anak buah pengasuh :p semoga harraz baik2 saja dlm jagaan pengasuh dia. mungkin dia tengah PMS masa reply SMS tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin juga masa dia balas sms tu bulan tengah mengambang kot.. tu yang emo sikit.. heheeh

      Padam
  6. Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.

    Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    1. Anak pengsan selepas terjatuh
    2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
    3. Muntah2 memancut
    4. Anak tidak aktif seperti biasa
    5. Tarik atau sawan (fit)
    6. Lebam pada bahagian belakang telinga <----Bahaya jugak ek.
    7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
    8. Tidak stabil semasa berjalan

    Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.

    * http://drsaiful.blogspot.com/2009/11/si-manja-jatuh-katil.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq sudi datang memberi pandangan.. insyallah akan dipantau keadaan anak jika jatuh lagi nanti..

      Padam
  7. owh sebab sms itu jer pengasuh merajuk? agaknya dia kecik ati kot bila dpt sms dari cik malarang...

    raanya tak payah tukar lagi lah..cuba perati dulu camner keadaan harraz.. kalau rasa tak ada masalah apa-apa, teruskan lah dengan pengasuh tue sebab la nie kan nak mencari pengasuh agak payah.

    cuma terkilan lah kan dengan tindakan pengasuh tue yg tak cerita hal sebenar amsa cik malarang pergi ambil harraz. tunggu kita check dulu baru nak maklumkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah memang kami tengah pantau perkembangan si harraz ni.. hope takda masalah lepas ni..

      Padam
  8. saya lebih selesa jika bertanyakan perkembangan anak secara face-to-face dengan pengasuh. tak pernah langsung sms. call cuma nak maklumkan saya ambil anak lewat atauu cepat je..

    * ada tak ahli keluarga atau saudara mara pengasuh Harraz yg baca blog myvitrd ni? harap2 tidaklah. kalau tidak lagi dia kecik hati. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pastilah ada yg baca atau tidak... Rasanya takda kot... Sebab blog ni bukan glamour pun... He3

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..