Pembentangan Bajet 2013 Apa Yang Diharapkan?

9/28/2012 02:51:00 PTG , 8 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Kurang dari 30 minit dari sekarang Perdana Menteri Malaysia akan membentangkan Bajet 2013 yang mana rata-rata sangat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat malaysia terutama bagi kakitangan awam.

Untuk kakitangan awam pastinya bonus dan kenaikkan elaun perumahan seperti yang diminta oleh pihak cuepacs sangat dinanti-nantikan.

Malaysia bajet 2013

sumber image : google.com

Bagi kakitangan swasta seperti aku apa yang diharapkan adalah pengurangan kadar cukai tahunan individu.. walaupun sebenarnya dengan kadar gaji yang tak seberapa besar ni memang aku tak pernah lagi dikenakan cukai..

Jadi apa yang aku harapkan untuk pembentangan bajet 2013 ni?

Apa yang diharapkan untuk Bajet kali ini adalah pihak kerajaan memperbanyakkan lagi pembinaan rumah mampu milik yang mana selari dengan kadar gaji semasa.. kalau dilihat sekarang ni harga rumah yang melampau yang mana memang tidak mampu dimiliki.. hanya mampu dilihat sahaja.

Di harapkan bajet kali ini ada yang terkena tempiasnya untuk golongan pertengahan seperti aku ni.. mungkinkah Budget 2013 idea Blogger untuk PM @NajibRazak akan dimasukkan dalam bajet 2013 kali ini?

Bagaimana pulak dengan harapan korang untuk bajet kali ini, apa yang korang harapkan?

** Adik-adik aku yang koje gomen semua dok sebuk tanya ada bonus ke? bonus berapa bulan? macamlah aku yang bentangkan bajet petang ni.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. Kalau pekerja swasta.... harapan tinggal harapan je... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau macam tu sama jelah kita ni bro.. hope adalah sikit kejutan tahun ni..

      Padam
  2. harap ada kejutan untuk pekerja swasta juga. terima kasih backlinkya bro.

    BalasPadam
    Balasan
    1. harapnya begitulah bro.. kata org tu daptlah juga merasa bajet tu kalau ada kejutan

      Padam
  3. setuju..kalau dilihat sekarang, pembinaan rumah2 hanya untuk golongan2 yang tertentu je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hope dgn adanya pembinaan rumah mampu milik yg bakal dibina nanti seperti yg diumum dlm bajet kali ini dpt membantu golongan yg betul2 perlukan rumah

      Padam
  4. mmg aku takde nafsu sgt nk lyn bajet thunan ni, cuma mmpu berdoa dr jauh je..hrp2 ada tahun yg PM taklupakan adanya pekerja swasta..

    BalasPadam
    Balasan
    1. takda nafsu? ko biar benar ni.. hehehe

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..