Kos Rawatan Sehari Semalam Di KPJ Damansara

9/07/2012 11:48:00 PG 7 Comments

 Salam  semua,

Ini merupakan kali ke-2 cik malarang kena tahan dekat wad di KPJ Damansara.. kalau sebelum ni dia kena tahan sebab kena sakit buatan orang.. :-) tapi kali ini bukan sakit buatan orang tapi disebabkan tersilap makan semasa makan dirumah terbuka rakan cik malarang sendiri.

KPJ Damansarara 1

Sakit perut, muntah-muntah dah bermula dari hari ahad lagi.. isnin tu terus hantar gi klinik untuk ambil ubat.. hari selasa dah ok sikit.. tapi masuk je awal pagi rabu sakit start semula.. jadi kesian aku tengok cik malarang derita.. aku terus bawa dia gi bahagian kecemasan di KPJ Damansara jam 6.00 pagi lepas aku hantar Harraz ke rumah pengasuh.

Lepas je buat pemeriksaan.. doktor terus cakap, “awak kena tahan dekat wad untuk di masukkan air dalam badan” lepas proses dokumentasi dan pemilihan bilik selesai aku terus bawa cik malarang ke bilik yang kami pilih tu.. selamat masa tu ada insurans company cik malarang leh cover so bolehlah pilih bilik yang selesa sikit walaupun bilik di kongsi berdua dengan pesakit lain.. waktu nilah insurans sangat berguna..
Di sebabkan keadaan cik malarang semakin stabil dah tak muntah-muntah dengan cirit doktor cakap dah boleh keluar esok pagi..

Kos Rawatan KPJ Damansarara

Seawal jam 10.00 pagi semalam aku dah gi hospital untuk uruskan proses cik malarang keluar dari hospital.. aku ingat sampai2 je dah boleh bawa keluar.. korang tahu jam berapa baru leh keluar jam 1.30 petang baru boleh keluar lepas uruskan semua dokumentasi dan bayaran..

Korang nak tahu berapa kos rawatan untuk sehari semalam dekat KPJ Damansara tu.. jumlah bil yang dia bagi dekat aku adalah RM1,407.96.. emmm macam mana murah ke mahal? rasanya kalau bukan guna insurans memang sure aku tak mampu nak bayar kos rawatan tu..

Apa pun terima kasih kepada semua jururawat & doktor yang menjaga dan merawat isteri aku di KPJ Damansara sepanjang beliau berada dekat situ..

*** Insurans sangat penting waktu-waktu kecemasan,  bagi yang belum ada perlindungan insurans tu, cuba-cubalah usahakan untuk dapat satu perlindungan bagi kegunaan masa kecemasan nanti..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. mcm tu la nak pakai swasta punya servis. kos hospital kerajaan pun mahal jugak tapi takle semahal specialist, tp yg jadi murah sebab kerejaan bagi support hospital kerajaan

    BalasPadam
  2. mak aih...... seribu lebih????? boleh sakit balik tu.hahaha

    BalasPadam
  3. memang mahal bila guna hospital swasta, nasib baik ada coverage

    BalasPadam
  4. Seribu lebih untuk satu malam memang terasa agak mahal untuk orang kebanyakkan. Nasib ada ambik insurans kan.

    BalasPadam
  5. tu diaaaa... boleh tahan harganya tu.. selamat berehat puan farah

    BalasPadam
  6. I continue to take him again the emergency department at 6.00 am KPJ Damansara last Harraz I send home nanny.

    BalasPadam
  7. insuran apa tu, bole gak aku joint?

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..