First Time Jual Botol Untuk Sesuap Nasi

9/29/2012 04:43:00 PTG 10 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Rezeki ada dimana-mana sahaja, nak tak nak je kita carinya.. kalau kita rajin dan sentiasa berusaha insyaallah apa benda je semua boleh jadi duit.. kalau korang tak percaya sampah pun sekarang boleh jadi duit.

Selalu aku balik kerja aku nampak sorang pakcik tolak basikal kutip barang-barang terbuang macam kotak, besi buruk, botol-botol plastik dan tin-tin aluminium.. kekadang aku terfikir juga berapa sangat duit yang dia dapat dengan air peluh yang mencurah-curah keluar demi untuk mencari sesuap nasi untuk anak bini dekat rumah.

barang terpakai

Gambar hiasan, sumber : google

Kebetulan dekat rumah aku pun ada banyak botol-botol air yang dah kosong yang memang tinggal aku nak campak dalam tong sampah dekat belakang rumah.. tapi cik malarang cakap apa kata abg kumpul dah tu jual dekat pembeli barang-barang terbuang tu.

Bila aku kumpul-kumpul adalah satu beg plastik hitam tong sampah tu botol-botol yang aku simpan.. dan kebetulan tadi pembeli barang-barang terbuang tu ada dekat kawasan umah aku terus aku naik umah dan bagi dekat pembeli tu..

Mulanya aku nak bagi je.. tapi dalam hati takpelah kalau dia bagi duit aku ambil jelah kot-kot boleh buat bayar duit tol..hehehe. lepas timbang je botol-botol satu beg plastik hitam tu.. terus dia hulur duit dekat aku.. nak tahu berapa jumlah duit tu.. dia bagi dekat aku RM0.60.. hehehe.. Alhamdulillah rezeki juga.. lepas untuk beli nasi lemak 50 sen.

Rezeki jual botol

Rezeki hasil jual botol

Terus aku terfikir sebenarnya kalau kita rajin semua benda boleh jadi duit betul tak..

Bumi Allah ni memang banyak sumber rezekinya kita je kena pandai gali rezeki.. seperti kata pepatah.. nak dapatkan sagu kenalah pecahkan ruyungnya..

Semalam pun Bajet 2013 telah dibentangkan.. banyak juga insentif yang telah diberikan oleh PM samada itu gula-gula pilihan raya atau sebaliknya.. kita rebut je peluang yang ada.. aku sebenarnya dah download laporan penuh pembentangan bajet 2013 tu cuma tak sempat nak baca habis je.. tapi kalau korang nak tahu secara ringkasnya apa insentif yang telah diberikan korang boleh baca dekat Bajet 2013 yang menarik..

Tiada jalan mudah untuk berjaya.. semua kena usaha.. sebab tu takda rezeki datang bergolek kalau tidak dicari.. Sama macam blogger nak jadi blogger berjaya kena rajin berusaha.. nak jana pendapatan dari berblog kena juga berusaha.. takda benda yang tak perlukan usaha.. sama macam kalau nak kawin.. korang kena berusaha cari jodoh tu.. takdanya bagun pagi-pagi dari tempat tidur terus jodoh ada dekat sebelah.. :-)

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. Aku rasa citer sebegini lagi bagus masuk berita dari citer pasal personal attack orang kenamaan...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Byk news yg ada sekarang cerita personal attact je... Sbnrnya byk lagi news yg berbentuk info yg tak d paparkn.. Byk lagi cerita2 org daif cari rezeki yg tak dipaparkn.. Semua ingat dkt malaysia ni semua org senang2 je..

      Padam
  2. Betul tu bro,aku sokong sangat. Kdang-kdg media massa byk cerita pasal news merepek. Jd yg baca pun asik fikir negatif je. Baik kita majukan diri dan usaha kuat utk kehidupan yg lbh baik. Good entry bro

    BalasPadam
  3. setuju... apa pun jua yang kita lakukan, jika nak berjaya, kena usaha tanpa henti...

    BalasPadam
  4. Betul tu.. Bumi Allah ni sangat luas. Rezeki ada kat mana-mana je. Kalau kurang berjaya secara offline, masih ada alternatif untuk mencuba secara online pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.. :-)

      Padam
  5. abang... suratkhabar kira brapa ringgit sekilo? =)

    BalasPadam
  6. Silap2 duit simpanan diorang lebih banyak dari kita yang keje makan gaji kot. :)

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..