Cara Merawat Ruam Lampin Dengan Krim Drapolene

9/25/2012 10:51:00 PTG , 9 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Kebiasaannya bayi akan menangis disebabkan lapar, dahaga, berak, pampers dah penuh atau kembung perut.. so kalau bayi korang tetiba menangis cuba korang check 5 benda dekat atas tu ye.. base on my pengalaman sendiri kalau si Harraz tetiba nangis mesti salah satu dari diatas berlaku..

Muhammad Harraz Fahim Junior

#Bila perut dah kenyang takda lagi meragam.. pasti akan terus nyenyak tidur

Bagi sesetengah bayi yang lambat ditukar lampinnya ia akan menyebabkan bahagian celah peha atau punggung mudah untuk disinggahi dengan ruam lampin.. apabila ruam lampin ni terjadi selalu bayi akan merengek setiap kali membuang air kecil atau pampers penuh ini kerana bahagian ruam tadi akan menjadi gatal & pedih akibat dari ruam lampin tadi.

So bagaimana nak merawat ruam lampin tadi jika dah terkena pada kulit bayi korang?

Krim dropolene ruam lampin 1

#Drapolene Cream

Terdapat pelbagai krim dan ubat ada dijual di farmasi untuk merawat ruam lampin ni.. tapi untuk kali ini aku nak cadangkan korang gunakan Krim Drapolene yang boleh dibeli difarmasi dengan harga belasan ringgit sahaja.

Krim Drapolene ni telah dicadangkan oleh pengasuh anak aku untuk merawat ruam lampin yang baru sahaja menjangkiti si comel kami. untuk makluman korang juga pengasuh anak aku ni pernah bekerja di klinik kesihatan so mungkin dia lagi arif tentang ubat-ubat yang sesuai untuk kanak-kanak dan bayi.. so sebab itu bila dia cadangkan supaya aku beli krim drapolene ni dekat farmasi aku menurut sahaja.. sebab aku tahu dia lagi arif tentang ubat-ubat ni.

Krim dropolene ruam lampin 2

#Sedikit info tentang Krim Drapolene :-

DRAPOLENE ialah krim yang dirumus khas untuk mengubati ruam pada kulit bayi dan kanak-kanak. ianya berkesan untuk rawatan dan pencegahan ruam lampin, selain itu ia juga untuk melegakan lecur yang kecil dan luka-luka.

DRAPOLENE mengandungi dua antiseptik yang melegakan dan berkesan untuk menghapuskan kuman-kuman pemecah kandungan air kencing.

DRAPOLENE merawat serta mencegah jangkitan di samping melegakan dan memberi keredaan kepada kulit bayi yang masih lembut

#Bagaimana ruam lampin boleh terjadi?

Ruam lampin disebabkan oleh kegatalan kulit yang berlaku apabila bahan kimia air kencing mula dipecahkan oleh kuman-kuman. Pada mulanya kulit akan menjadi bintik-bintik merah dan lembap. Kemudian kulit menjadi tebal dan berkedut dan seterusnya mengelupas dibahagian tepi.

#Bagamaina membuat rawatan ruam lampin?

Lampin-lampin yang digunakan hendaklah sentiasa ditukar, bersihkan dan keringkan punggung bayi dan sapukan krim Drapolene setiap kali korang menukar lampin si comel.

**Nota pesanan :

Apabila menggunakan krim Drapolene, sapukan rata-rata dengan menitik beratkan bahagian-bahagian lipatan kulit. Adalah mustahak memastikan bahagian yang berjangkit sentiasa kering dan bebas dari kesan-kesan sabun.

Semoga sedikit perkongsian maklumat ini dapat memberikan sedikit panduan kepada pembaca semua..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. Tak nak cuba pakai cloth diaper (cd) ke?
    Anak ke-2 saya mmg menggunakan cd sejak lahir & alhamdulillah belum pernah kena ruam.

    Selain menjaga alam sekitar (tidak menggunakan lampin pakai buang) saya telah jimat RM untuk beli pampers setiap bulan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah memang macam nak cuba juga pakai CD ni.. kata orang tak cuba tak tahukan.. tq bagi cadangan

      Padam
  2. wah...bagus juga ada krim ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang bagus bro.. kalau hang kena ruam pun boleh test pakai.. hehehe

      Padam
  3. mak saya dari kitorg kecik duk pki kan drapolene ni.. dah lama di pasaran. tapi now saya guna BEPANTHEN pun bagus juga.. cepat baik ruam dia.. betul kata ciklaili tu, tryla pakai CD. insya-Allah ruam lampin tiada.. cuma kena rajin basuh la :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bepanthen tu bedak atau krim? sebab sebelum ni pakai bedak.. ok juga.. jenama tak ingatlah sebab pak mertua yg bagi.. katanya bagus untuk ruam..

      Padam
  4. dah lama tak tengok krim ni.... teringat masa dulu2

    BalasPadam
  5. yup.. kak sumi dulu pakai ni..tp sekarang sudah beralilh ke EZZERA pula... krim tu lagi bagus dr Drapolene ni...

    tp citarasa masing2 kan..hik2.. yg penting anak sihat..hehehe

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  6. Actually ezzera is not for nappy rash.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..