Monday, September 10, 2012

Apa Yang Menarik Di JPO a.k.a Johor Premium Outlets

 

Assalamualaikum & salah sejahtera semua,

Cerita ni sebenarnya dah basi.. basi-basi pun aku nak tayang juga gambar yang aku ambil masa aku gi Johor Premium Outlets seminggu sebelum raya yang lepas..

Sebenarnya dah banyak kali cik malarang ajak aku gi tengok apa yang menarik sangat dekat JPO ni.. jadi kebetulan aku gi bawa dia dengan adik aku shopping dekat Plaza Angsana.. ontheway balik tu aku singgahlah sekali dekat JPO untuk tunaikan hasrat si dia.. hehehe.

JPO ni merupakan syurga shopping untuk orang-orang berada yang berminat dengan barang-barang berjenama.. pendek kata kalau korang minat sesuatu jenama pakaian atau beg tangan tu.. datang sini je.. tak yah nak susah gi oversea beli.. sebab semua outlet barang-barang berjenama ada di JPO ni.. tinggal korang penuhkan dompet duit je.. hehehe.

Johor Premium Outlets 1

Jangan risau kalau datang ke JPO ni.. kawasan untuk parking memang banyak

Johor Premium Outlets 2

Macam-macam jenama terkenal ada dalam ni…

Johor Premium Outlets 3

Jangan risau lupa keluarkan duit.. dekat sini memang ada disediakan Maybank.. hehehe.. dan kalau ada apa-apa masalah boleh terus buat aduan dekat balai polis tu

Johor Premium Outlets 4

dari jauh dah nampak butik Armani..

Johor Premium Outlets 5

Antara butik yang terawal aku masuk apa lagi kalau bukan kedai  beg tangan COACH.. tunaikan hasrat di hati sidia.. datang untuk cuci mata je..

Johor Premium Outlets 6

Johor Premium Outlets 7

Johor Premium Outlets 8

Cik malarang punya seronok masuk dekat sini.. hehehe.. kami tak beli apa-apa pun just tengok-tengok je.. dengan compare harga kalau beli secara online.. cik malarang cakap harganya boleh tahan murah.. :-)

Johor Premium Outlets 9

dalam ni pulak macam-macam jual alat solek orang pompuan. layankan jelah sidia.. hehehe

Johor Premium Outlets 10

Kedai Bonia.. antara jenama kesukaan aku.. hehehe.. masa kawin dulu banyak barang-barang hantaran aku beli dari kedai ni.. :-)

Johor Premium Outlets 11

Dekat Padini Outlet Store ni aku ada beli sehelai baju.. si dia yang belanja.. hehehe.. kata orang rugi rezeki di tolakkan.. hehehe

Johor Premium Outlets 12

Kedai kasut Vincci.. yang ni pun tempat kesukaan cik malarang..

Johor Premium Outlets 13

memang jenuh korang nak pusing dan ronda-ronda untuk habiskan semua melawat kedai.. aku pun pilih-pilih je mana kedai yang cik malarang suka masuk.. nak masuk semua memang tak larat.. kedai ni ada 2 tingkat semuanya

Johor Premium Outlets 14

kedai kasut lagi.. kali ni terjah kedai kasut Clark pulak.. cuci mata juga tak beli pun..

Johor Premium Outlets 15

Antara jenama kegemaran cik malarang.. Carlo Rino.. hai masuk dalam macam nak beli beg je lagi tu.. hehehe

Johor Premium Outlets 16

Johor Premium Outlets 17

Walaupun harga boleh tahan.. tapi pengunjung pun sama boleh tahan juga ramainya.. kebanyakkan pengunjung yang datang adalah dari negara jiran Singgapura & Indonesia..

Johor Premium Outlets 18

Kalau datang ke JPO ni.. dan tak nak sesat boleh tengok dulu papan Directory yang disediakan dekat tengah-tengah bangunan tu.. pilih mana kedai yang korang suka dah tu terus gi terjah..

Alhamdulillah berjaya juga tunaikan hasrat si dia untuk jalan-jalan di JPO ni.. Kalau korang berkunjung ke Johor Bahru janganlah lupa singgah beli buat tangan dan cenderhati di JPO ni..

** ada sapa-sapa yang dah pernah pergi dekat JPO ni?

12 comments:

  1. bila lagi ntah nk gi johor. tapi perempuan la kot yg paling best bila smpi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 bro.. kalau bini tengah merajuk bawa je gi sini.. confirm terus senyum2.. hehehe

      Delete
  2. hari tu ada jugak terperasan sorang blogger review tempat ni, memang nampak sempoi lah tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap blogger ciklillyputih.com yang dah pernah pegi n review tempat ni.. :-)

      Delete
  3. teringin jugak nak pergi kalau pi area sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi jgn tak pergi.. syurga beli belah untuk wanita.. hehehe

      Delete
  4. Bila laa aku nak p Johor pun tak tau lagi...
    Kalau masuk JPO nie, jenuh bayar plak nanti...

    ReplyDelete
  5. bila aku nak pi johor ni? pastu leh makan BURASAK! :)

    ReplyDelete
  6. belom penah sampai johor....hehe...thanks bg info..nanti nak kesna jugaklah!

    http://jaakechik-e-niaga.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. mcm menarik gk JPO ni, pernah lalu tp taknah singgah..mungkin nak kena singgah gk kalo hrga btol2 bbaloi..

    ReplyDelete
  8. nak kena g usha handbeg coach gak neh, kalau murah sket dr online...kahkahkahkah..dah lama dok termimpi-mimpi

    ReplyDelete
  9. Admin... pohon share kat fb boleh ?

    Also visit my web site Tips Menjahit Baju Kurung

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini