3 Malam Berturut Turut Muntah

9/09/2012 10:58:00 PTG 16 Comments

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

Apa pulak masalah anak aku ni.. bila malam je lepas minum susu.. mesti muntah terpancut macam air paip.. huhu.. baru je kejab tadi muntah lagi sebelum susu minum habis.. risau pulak aku sebab dah 3 malam berturut si Harraz ni muntah macam tu.. takkan berpunca dari dia demam atau ada yang tidak kena.. aku check perut tak kembung.. tapi aku bubuh juga minyak yuyi tu.. cuma 2 ke 3 hari ini asik cirit je..

Gaya Tidur Baru

Lepas penat muntah terus tertidur tadi.. macam nilah gaya tidur dia.. aku nak kejut alih tempat pun tak berani.. biarlah dia tidur dulu.. sat lagi aku gerak mengamuk susah pulak aku..

Korang ada pengalaman tak pasal anak muntah memancut-mancut lepas minum susu?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

16 ulasan:

  1. Harraz breastfeeding ke? Biasanya kalau bf jarang jadi mcm tu. Apa2pun kenalah bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan sebab doktor lebih arif.

    Moga cepat sembuh ye Harraz ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang full breastfeeding.. cuma tak direct.. mama dia pump masuk botol.. hari sabtu dah bawa gi klinik.. doktor kata kalau dia masih nak minum ok lagi.. lagi satu kalau dia muntah sehari lebih 5 kali terus bawa gi hospital.. tapi sekarang ni dia akan muntah sebelah malam je.. malam ni nak monitor lagi kalau muntah lagi.. nak hantar gi hospital terus rasanya

      Padam
  2. ilham muntah2 dan cirit birit ada laaaa.. teruk sangat sampai doc suruh inject.

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak aku muntah sekali je bro.. tapi setiap malam.. malam tadi dah start cirit-cirit malam tadi je dah 3 kali aku salin pampers dia.. aduh kesian pulak kalau sampai kena cucuk ni

      Padam
  3. Pernah terjatuh ke sebelum nie?
    Kalau dah kerap, better p check kat doktor dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang kes jatuh dari buai dekat umah pengasuh jelah.. huhu.. tulah rasanya nak gi bawa jumpa doktor sekali lagi ni..

      Padam
  4. ada makanan yang tak sesuai dengan harraz kot itu yg muntah macam tue.. anak sedara eyza penah jadi macam tue, muntah macam air paip.. tak tahu sebab apa tapi lepas 2 ke 3 hari tue baru okey.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hope lepas ni dia oklah.. risaulah..

      Padam
  5. mudahan takde yg serius n mudahan cepat sihat harraz

    BalasPadam
  6. klu ikut dr apa yg sy bc, klu dia slsma & batuk, eloklah dia muntah utk buang lendir tu.. sama jg klu dia berak2 nk buang lendir tu.. aisyah sy pun msh xsht lg.. byk kahak doc ckp.. get well soon harraz..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yeke.. memang masa dia buang najis tu banyak lendir yang keluar.. mama dengan daddy dia yang risau lebih

      Padam
  7. bawa gi cek docter.. bb nih susah sikit sebab dia tak tahu nak bagi tau dia sakit ape..kesian~

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah tengok malam tadi dah tak muntah.. badan pun macam dah kuat semula.. tapi masih monitor lagi.. klau tak ok nanti bawa gi jumpa doktor

      Padam
  8. adus.. kecian baby..
    anak sop ada juga berlaku muntah2 sampai guna petua ikat tali kasut pada leher (dan makan ubat muntah)

    BalasPadam
    Balasan
    1. petua ikat tali kasut? first time dengar ni.. apa pun kita kena usahakan.. :-)

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..