Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 | Khas Buat Isteri Tercinta

8/01/2012 11:46:00 PG , 6 Comments

 

Salam ramadhan semua,

Pertamanya aku nak ucapkan selamat menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 pada hari ini sehingga 7 Ogos 2012 untuk isteri tercinta yang sekarang ni dah hampir 8 bulan memberikan 100% susu ibu sepenuhnya kepada si comel kami.. ucapan ini juga ditujukan buat para ibu-ibu seluruh dunia yang memberi penyusuan susu ibu kepada baby mereka.

 

world breastfeeding week 2012

Kredit : worldbreastfeedingweek

 

Bulan lepas kami sekeluarga sempat join karnival minggu penyusuan susu ibu sedunia 2012 peringkat wilayah persekutuan Kuala Lumpur di Perpusakaan negara.

Bukan suatu perkara mudah sebenarnya untuk memberikan komitmen menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya.. lagi-lagi bagi wanita yang berkerjaya.. walaubagaimanapun  bukan alasan kerjaya yang boleh menghalang ibu-ibu memberikan susu ibu kepada bayi mereka. Banyak kaedah yang boleh digunakan.

-----------------------------------------------------------

SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2012 PERINGKAT KEBANGSAAN

----------------------------------------------------------

Seperti yang dilakukan oleh isteri aku sendiri.. setiap hari di pejabat, beliau terpaksa meluangkan masa hampir setengah jam untuk 3 atau 4 kali bagi memerah susu untuk simpanan stok si comel kami..

Stock SUSU Ibu

Semoga beliau terus diberi semangat dan kekuatan untuk meneruskan penyusuan ini sehingga usia si comel 2 tahun seperti yang telah beliau niatkan sejak mengandung lagi.

Sebagai seorang suami dan daddy kepada si comel kami inyaallah aku akan terus memberi sokongan kepada usaha penyusuan susu ibu yang dibuat oleh isteri tercinta..

** Terima kasih sayang sebab ingatkan abang minggu ni minggu penyusuan susu ibu sedunia.. :-) selamat tak merajuk.. kalau tak kenalah belikan hadiah besar sikit untuk pujuk.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. tahniah untuk mummy Harraz yg berjaya bf selama 8 bulan & moga diteruskan hingga ke 2 tahun. tahniah juga buat daddy Harraz sebab tak putus2 beri sokongan kepada mummy..

    Susu ibu - tiada yang lebih baik darinya..

    BalasPadam
  2. Rindunyee nak mengepam-ngepam lagi... dpt 10 mths je... Takpe, next baby sy cube sehabis baik..hehe

    Happy breastfeeding Week!! Smoge dapat suskan tanpe campur FM sehingga 2 tahun..Amiinn :)

    BalasPadam
  3. wahhh ada minggu penyusuan rupanya. dni baru tahu :D

    BalasPadam
  4. Nice blog i like it so much thanks for sharinig.

    BalasPadam
  5. wow banyaaknya ila tak penag dapat sebanyak nie dulu

    BalasPadam
  6. selamat menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 bagi ibu2. baru tau ada minggu penyusuan sedunia.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..