Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

8/19/2012 08:14:00 PG , , 4 Comments

 

Salam lebaran buat semua pembaca blog ini,

Di kesempatan pagi lebaran ini, kami sekeluarga dari Myvitrd.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Kek Selamat Hari Raya

Andai kata ada keterlanjuran kata-kata dan tulisan di blog ini yang menyentuh perasaan pembaca harap dimaafkan.. yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari penulis sendiri..

Kepada keluarga & adik beradik di kampung di Johor, jangan sedih-sedih sebab tak dapat beraya disana tahun ini.. insyaallah tahun hadapan andai kata masih dipanjangkan umur akan beraya di Johor pulak ye..

Makan Burasak dengan Ikan Bawal,

Sambil menyembang dengan anak menakan

Salam lebaran di pagi Syawal

Andai ada silap harap dimaafkan

Kepada yang berkunjung ke rumah sanak saudara.. berhati-hatilah dijalan raya.. semoga hari raya ini disambut dengan kecerian.. jangan dilupakan rakan-rakan yang sedang berduka.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..