#SaveJejai | Semoga Blogger Teratakarmo.com Di Beri Kesihatan Berpanjangan

8/17/2012 04:28:00 PG , 10 Comments

 

Salam ramadhan semua,

Pastinya korang semua kenal dengan rakan blogger yang aku maksudkan diatas bukan.. ya yang aku maksudkan adalah Jejai atau pemilik blog Teratakarmo.com. Aku juga seperti korang semua yang baru membaca entri ni pasti terkejut dan tidak menyangka bukan ,seorang yang sangat periang, ceria dan suka menyakat antara sesama blogger kini telah disahkan mengidap penyakit Kanser paru-paru peringkat akhir (stage 4)…Astagfirullahalazim…

Jejai Teratakarmo

Pertama kali bersua muka dengan Jejai di salah satu event anjuran Nuffnang & Digi tahun 2009

Terkejut dan tergamam bila mendapat mesej dari rakan blogger Eyriqazz minggu lepas yang menyatakan Jejai sedang menderita mengidap penyakit Kanser paru-paru peringkat akhir (stage 4)..huhu.. Masa dapat berita tu.. dalam hati aku terus cakap kenapa aku lambat tahu.. huhu.. dan kali terakhir aku berjumpa dengan Jejai adalah semasa pelancaran samsung Galaxy S3 di One World Hotel, Bandar Utama bulan Mei yang lalu.. masa tu aku tengok dia ceria je.. tiada apa yang berubah pada perwatakan beliau.. rupa-rupanya dalam diam dia menyembunyikan derita yang sedang ditanggung.. huhu

Pada mulanya berita ini masih dirahsiakan dan hanya beberapa individu sahaja yang rapat yang mengetahui berita mengejut ini dengan dimaklumkan melalui satu pakatan group rahsia di facebook.. ..Tetapi disebabkan ramai yang berpandangan bahawa tidak perlu lagi berahsia untuk pertarungan nyawa seperti ini..maka enty ini aku wujudkan.. “Maafkan aku Jejai, apa yang aku buat ni sekadar untuk membantu dan meringan beban yang kau sedang tanggung sahabatku”

“ Boleh rujuk entri ini & ini  untuk kisah lanjut tentang #SaveJejai “

Jejai Teratakarmo 1

Setiap kali event kalau kelibat jejai tiada rasanya majlis tu kurang ceria… sebab selalu sahaja menyakat rakan-rakan yang ada..

Memandangkan keadaan kesihatan Jejai semakin kurang memuaskan sejak kebelakangan ini dan beberapa kos perubatan yang tinggi terpaksa ditanggung oleh beliau…. dengan penuh perihatin dan seikhlas hati aku menjemput rakan-rakan semua untuk membantu beliau sekadar yang mampu..

Sebarang sumbangan kewangan boleh dihulurkan terus ke akaun peribadi beliau atau isteri beliau seperti dibawah ni.

@----------------------------------------------------------------------------------------------------@

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)

Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )

@----------------------------------------------------------------------------------------------------@

 

Andai kata tiada kewangan yang mampu dihulurkan .. cukup sekadar menyebarkan berita ini kepada umum.. dan mungkin dapat membantu meringankan beban keluarga beliau buat masa kini.. #SaveJejai

 

“Semoga sahabatku Jejai terus diberi kekuatan dan ketabahan menhadapi dugaan dan ujian ini.. ku doakan dirimu semoga terus diberikan kesihatan dan kesejahteraan sekeluarga disana….. Amin..”

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. Semuga beliau cepat sembuh...marilah kita bantu orang sedang dalam kesusahan

    BalasPadam
  2. semoga semua kembali ok. InsyaAllah..

    BalasPadam
  3. rindu kat bro jejai.. rindu kat gelak tawa beliau dan juga perangai suka menyakat beliau.. sedih bila dapat tau pasal ni..

    BalasPadam
  4. semoga Allah berikan yang terbaik kepada beliau.. amin

    BalasPadam
  5. mudah2an diberi kesembuhan dan ketabahan

    BalasPadam
  6. semoga beliau lebih kuat dan berjaya mengharunginya.

    BalasPadam
  7. semoga jejai akan selamat...

    BalasPadam
  8. #savejejai. Bantuan yang dihulurkan dapat mengurangkan bebanan kewangan untuk rawatan pemulihan beliau.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..