Penangan Biskut HEINZ Si Comel Terus Tumbuh Gigi

8/25/2012 07:19:00 PG 5 Comments

 

Salam lebaran semua,

Alhamdulillah si comel Harraz dah kembali pulih sepenuhnya dari HFMD.. parut-parut yang ada di badan pun dah mula hilang.. cuma ada sikit selesema je mungkin asik bawa berjalan makan kuih raya kot.. hehehe.

Bekalan Susu Badan

Sejak pulih dari sakit ni.. si comel ni dah mula kuat minum susu.. sampaikan tak sempat kilang susu proses susu lagi dah teriak nak minum lagi.. sebelum ni 4-5 jam sekali baru cik malarang akan pump susu.. tapi sejak 3-4 hari ni.. nak dikatakan 2 jam sekali mesti kena pump sebab si comel ni dah menjerit-jerit nak susu.

BIskut HEINZ

Selamat masa ontheway balik ke rumah mertua hari tu sempat singgah beli biskut HEINZ yang di cadangkan oleh sumijelly.. adalah juga backup makanan nak bagi kalau dia dah kelaparan.

Tidur Lena

#Tidur keletihan macam dia je yang bangun pump susu tengah malam

Perkembangan terkini si comel ni selepas raya ni dah mula tumbuh gigi dekat gusi bawah.. lepas ni dah kena hati-hatilah kalau nak hulur jari dia hisap.. mau putus jari aku nanti.. hehehe.. ada orang cakap kalau anak nak tumbuh gigi dia akan demam.. so far 2-3 hari ni ok lagi.. hope Harraz kuatlahkan.. jangan nanti balik KL demam pulak.. huhu.

Insyallah kalau takda apa-apa masalah pagi ni.. kami sekeluarga akan bergerak pulang ke KL semula.. harap-harapnya mimpi ngeri drive 10 jam balik minggu lepas tak berulanglah lagi.. almaklum jelah takut semua orang nak balik ke ibu kota pulak hari ni..

Doakan perjalanan kami selamat pergi & selamat sampai nanti ye.. Ada umur yang panjang jemputlah mai rumah nanti ye.. insyaallah biskut kering & cookies Kak Ina ada lagi kot.. hehehe.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. semoga selamat di sepanjang perjalanan

    BalasPadam
  2. cam sedap biskut tu. nyum nyum nyum

    BalasPadam
  3. semoga haraz semakin sihat..amin

    BalasPadam
  4. insha allah dry biscuits & cookies Kak Ina exist anymore anyway .. hehehe.

    BalasPadam
  5. drive elok2....selamat kembali ke kl cik malarang n famili

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..