Juadah Wajib Hari Raya Di Pulau Pinang

8/23/2012 08:07:00 PG , 11 Comments

 

Salam lebaran semua,

Setiap negeri di negara kita pastinya ada makanan tradisi wajib di pagi hari raya.. tahun ni merupakan kali ke-2 berhari raya bersama mertua di Pulau Pinang dan sudah semestinya juadah di pagi raya sangat berbeza dengan keluarga aku di Johor.

Keluarga Saad Penang

Kalau di Johor bagi keturunan Bugis seperti aku juadah wajib dihari raya yang mesti ada adalah BURASAK yang dimakan bersama lauk ikan parang, rendang daging, ayam masak kicap dan lain-lain lagi.

Burasak Raya

Tetapi di Penang sangat berbeza kebanyakkan rumah wajib menyediakan Laksa.. Penang memang tidak dapat di pisahkan dengan laksanya.. bermula dari aku tidak makan laksa sampailah sekarang aku merupakan hantu laksa.. hehehe.

Laksa Penang Terbaik 1

Kuah laksa sentuhan air tangan ibu mertua tercinta…

Laksa Penang Terbaik 2

ni adalah laksa beras..

Laksa Penang Terbaik 3 Laksa Penang Terbaik 4 Laksa Penang Terbaik 5

Selain dari laksa ada juga disediakan ketupat daun palas yang dimakan bersama kuah kacang.. lemang dan ketupat daun kelapa memang tiada dihidang dirumah mertua aku..

Ketupat daun Palas Penang

Kalau di Penang dengan laksanya.. bagaimana pulak dengan rumah korang.. apa juadah wajib yang di hidangkan?

*** Pejam celik dah masuk hari raya ke-5 hari ini.. masa begitu pantas berlalu.. Duit raya si comel semakin hari semakin bertambah.. Alhamdulillah..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

11 ulasan:

  1. sedapnya teringin nak makan laksa le pula

    BalasPadam
  2. selamat hari raya ke-5.. ;)

    BalasPadam
  3. burasak?? mak aih.. first time dengar ni

    BalasPadam
  4. In some countries such practices are in vogue and in India and other developing countries also such training program must be made mandatory.

    BalasPadam
  5. Laksa Penang ada daun pudina eh bro?
    nice gak tu...

    BalasPadam
  6. selamat hari raya aidilfitri ye, maaf zahir dan batin dari teratak siFaqir 'ilmu (^___^)

    BalasPadam
  7. kt kg belah aku, semestinya nasi dagang..hehehe

    BalasPadam
  8. selamat hari raya, kalo kt perak ikot belah fmly mertua (jawa) mknan yg dihidangkn merupakan sambal tahun, pecal, nasi himpit + kuah kcg,aym msk kicap, nsk putih n laok2 paok yg laen.

    rendang n ktupat mmg xbleyh jumpe.. ^^

    BalasPadam
  9. waduh waduhhh... dah laa lama aku tak balik penang, hang pi tunjuk laksa penang pulak.. aduiihh... bestnyaaaa! tahun ni kaler ijau yea baju raya. tahun lepas kaler merah.. hehehee

    BalasPadam
  10. kitorang di rumah mertua, nasi dagang wajib ada ! mak eliss pulak, satay daging wajib ada. kalau tak rasa x meriah raya.hehehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..