Harraz Kini 8 Bulan

8/08/2012 09:34:00 PG 8 Comments

 

Salam ramadhan semua,

Hari ini 8-8-2012 genap usia si Harraz 8 bulan.. rasa macam baru je semalam dia lahir tahu-tahu dah besar sekarang ni.. Alhamdulillah sepanjang 8 bulan ni kesihatan dia pun ok.. cuma masa baru-baru hantar ke rumah pengasuh je ada demam sehari itu pun sebab terjangkit dari anak pengasuh.

Untuk perkembangan si comel ni.. sekarang dah pandai merangkak satu rumah.. kira kalau lantai tu dialah yang tolong mop.. hehehe.. tengok gaya dah macam nak cuba-cuba berdiri kalau ada benda yang dia boleh pegang dekat tepi..

Bab makanan masih di kekalkan lagi 100% susu ibu.. dan dah start makan bubur + buah @ sayur mama dia buatkan.. lambat sikit bagi makan dah pandai merajuk… hehehe.

Harraz Myvitrd 1 Harraz Myvitrd 2

Harraz Myvitrd 3 Harraz Myvitrd 4

Ceria di pagi hari.. lepas bagi minum dengan tukar pampers.. baru leh senyum..

Harraz Myvitrd 5 Harraz Myvitrd 6

Harraz Myvitrd 7 Harraz Myvitrd 8

Belajar duduk sat.. time nak kasi duduk ni.. nak capture gambar punya susah.. hehehe

Harraz Myvitrd 9

Tengok tu.. siap jeling mama dia lagi.. tak boleh tinggal sorang-sorang atas katil confirm dia akan terjun ke bawah punya.. hehehe.

Tak sabar ni nak balik kampung hujung minggu ni.. emak dah rindu sangat dengan cucu.. ibu mertua dekat penang pun dah rindu juga.. insyaallah Johor & Penang akan singgahi.. Doakan kesihatan kami sekeluarga baik-baik sahaja.. amin

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. nanti harraz leh kutip duit raya :D

    BalasPadam
  2. sekejap jer dh 8 bulan kan :) lagi 4 bulan dah nak setahun :) lepas ni boleh kaki, siap la nak mengejarnya :)

    BalasPadam
  3. kejap je kan. aisyah pun smlm 8 bulan :-) harraz iras mak dia ..

    BalasPadam
  4. dak kecik tembam harraz.. gigi dah berapa? heheehee

    BalasPadam
  5. waa.. bam bam.. utara selatan harraz ronda.. he he.
    nampaknya mggu nie tak p KLCC laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana boleh tak pegi.. cik malarang kata.. pegi KLCC dulu baru balik johor.. huhhu

      Padam
    2. terbaik laa cik malarang.. sama gak cam bini aku..

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..