Harraz Kena Jangkitan Penyakit HFMD a.k.a Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

8/14/2012 11:20:00 PTG , 8 Comments

 

Salam ramadhan semua,

Dikala semua orang sedang bergembira untuk menyambut hari raya, kami sekeluarga terpaksa berduka buat seketika.. Siang tadi aku dah hantar Harraz untuk rawatan susulan di Hospital KPJ Damansara..

Dua hari yang lepas Harraz tetiba demam panas masa ontheway balik dari kampung.. hari yang sama aku terus bawa dia gi jumpa doktor untuk dapatkan rawatan.

Tapi lepas aku balik rumah baru aku perasan ada beberapa ruam berair naik dibeberapa badan baby kami.. jadi semalam aku terus bawa gi klinik sekali lagi.. sebab aku risau kalau-kalau kena demam campak.. tapi lepas buat pemeriksaan doktor kata Harraz bukan kena demam campak.. mungkin ada alahan minum atau air..

Malam semalam adalah malam paling teruk sekali bila si comel kami menangis tak berenti sampai jam 2 pagi.. aku dengan cik malarang terpaksa bergilir jaga.. dan penyudahnya kami berdua terpaksa ambil cuti kecemasan.. dek kerana terlalu letih dan tak cukup tidur..

Masuk je siang.. aku terus cakap dengan cik malarang.. jom siap2 kita bawa harraz di Hospital KPJ.. Sebelum pegi tu aku singgah dulu dekat klinik minta surat refer ke Hospital untuk buat claim insurans..

Sampai je hospital terus aku uruskan pendaftaran GL dah tu terus bawa gi jumpa Doktor pakar kulit.. nak dapat GL pun punyalah lama dekat sejam baru dapat surat GL tu.. anak pulak dah asik meragam.. sabor jelah..

Hospital KPJ Damansara 41

Sementara tunggu giliran doktor panggil layan dulu anak main-main dekat luar..

Hospital KPJ Damansara 42

Alhamdulillah jumpa doktor baik je dia tak meragam pulak.. mula-mula doktor check tangan dah tu kaki, badan dan last tekak.. bila doktor check tekak si Harraz terus doktor cakap anak awak ni kena penyakit HFMD a.k.a penyakit tangan, kaki dan mulut sebab tekak dia ada ulser… huhu terus terfikir dekat kepala.. dekat mana anak aku kena jangkitan ni.

Hospital KPJ Damansara 43

Sempat pulak dia jeling-jeling masa dady dia ambil gambar.. aku rasa anak aku kena jangkitan dari anak saudara aku dekat kampung.. sebab kebetulan anak saudara aku tu pun baru je pulih dari penyakit HFMD tu.. doktor pun ada cakap kalau budak dah baik pun boleh juga dia jangkitkan pada orang lain..

@-------------------------------------------@

Apa itu Penyakit HFMD?

@-------------------------------------------@

Nampak gaya doktor dah pesan jangan bawa si harraz buat sementara waktu bercampur dengan kanak-kanak lain dah tu jangan bawa gi rumah pengasuh dulu.. sebab takut dia jangkitkan pada baby yang lain.

Nak tak nak aku terpaksa ambil cuti bergilir dengan cik malarang untuk jaga Harraz sekarang.. kenalah korbankan cuti yang tinggal berapa kerat ni sekarang.. esok aku yang akan jaga harraz dulu cik malarang gi koje.

Hospital KPJ Damansara 44

Korang cuba tengok dan teka apa yang tak kena dengan gambar dekat atas ni.. ni semua gara-gara mama si harraz kelam kabut tadi.. hahaha.. kesian Harraz tak pasal-pasal tak boleh nak bergerak bebas.. hahaha.. dan ontheway balik dari hospital baru perasan.. mesti orang dekat hospital tadi tengok semacam je.. pasal apa anak aku pakai macam ni.. hahaha.

Alhamdulillah aku tengok malam ni Harraz ok sikit.. minum pun ok.. cuma sikit-sikit je merengeknya.. tekarang ni dia tengah tidur nyenyak dengan mama dia.. hope tak meragam lagilah malam ni..

Doakan ye semoga anak aku cepat sembuh.. kalau tidak beraya dekat hospitallah aku tahun ni.. sebab doktor dah pesan tadi.. andai kata esok Harraz tak nak minum doktor minta bawa semula dekat hospital untuk ditahan di Wad sebab nak masukkan air.. tapi kalau dia nak minum macam biasa doktor cakap tak perlu nak tahan dekat wad.

Sapa yang ada pengalaman jaga anak yang kena penyakit tangan, kaki dan mulut ni.. jom kongsi macam mana korang jaga anak korang tu dan berapa lama baru pulih dari sakit ni?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. bro, ulser kat bibir ke tekak? dulu kitorang taruk marjerin.. ilham susah nak minum time tu. tapi sebab dahaga kena kasi minum air masa gak. bintik ada kat kaki dengan tangan.. kasi ubat antibiotik aje dgn ubat yang lain kalo ada doc bagi. kecik, okay lagi. ilham dah besar sikit susah nak makan ubat.

    anak akan merengek nangis sikit2.. sebab tak selesa. kalo time satu dua pagi yang tak tahan tu..

    BalasPadam
  2. Ala..risaunye la bile anak sakit...smoge Harraz cepat sembuh... :)

    BalasPadam
  3. uish... semoga dia cepat sembuh ye bro... ni pertama kali saya dengar pasal penyakit ni yang melibatkan manusia. jadi saya tak berapa arif tentang penyakit ni

    BalasPadam
  4. tak per bro. korbankan cuti demi kesihatan anak. yang penting harraz segera sembuh yer.

    BalasPadam
  5. sian Harraz..moga cepat sembuh ya..

    hehehe sian hero tecit tu mama kasi pakai seluar sebelah kaki..terjerut gitu hihihihi..

    BalasPadam
  6. hoho..takpe. dah besar nanti, bagi si harraz tu baca blog nih..

    BalasPadam
  7. last month ade opismate yg anaknya kena hfmd ..1 family kne kuarantin..kena dok uma je... Dpt jangkitan dr taska rasanya..semoga harraz cpt smbuh..nak rya ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu.. satu family kena kuarrantin? teruklah kalau macam tu.. jawabnya duduk rumah jelah.. alhamdulillah anak dah semakin pulih.. tapi berita sedih pula baru terima tadi.. 2 orang anak saudara dekat kampung pun kena juga.. huhu

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..