Doktor Cakap Bukan Demam Campak

8/13/2012 10:20:00 PTG 8 Comments

 

Salam ramadhan semua,

Hari ni terpaksa aku balik awal tadi dek gara-gara anak aku tak berapa sihat dari balik kampung di Johor. Semalam dah bawa gi klinik sebab suhu badan dia naik.. bila check-check macam biasalah doktor kata demam.. tapi bila aku bawa balik rumah baru aku perasan dekat badan si comel ni macam ada naik bintik-bintik merah dah tu ada sebiji dua yang saiznya besar dan seakan-akan berair.. so dalam kepala aku ni, macam anak aku nak kena demam campak.

Harraz Demam 1

Ni bintik-bintik sebiji dua yang naik dekat kaki harraz semalam.. ada yang saiz besar ada yang kecik.. dan confirm mesti si comel ni rasa gatal.. tu yang meragam sampai tengah malam.

Harraz Demam 2

Kalau korang leh nampak dekat tangan pun ada bintik merah sebiji dua.. tempat-tempat lain dekat dada.. belakang.. dan muka baru je hari ni kelihatan bintik merah tu.

Jadi nak confirmkan kena demam campak atau bukan bawa sekali lagi gi klinik.. tapi doktor cakap macam bukan demam campak sebab kalau demam campak biasanya lepas habis demam baru naik lagi satu bintik merah tu dekat tapak tangan dengan kepala takda.. so doktor suspek anak aku ada alahan samada makanan atau air.. kalau ikutkan mama dia memang ada alahan air masa kecik.. sensetif dengan air yang kotor terus naik ruam & gatal-gatal satu badan..

So doktor cuma bagi ubat antibiotik dan kata tengok esok macam mana keadaan si comel tu kalau makin teruk dia minta terus reffer dengan Hospital.

Harraz Demam 3

Risau keadaan demam dia yang kejab turun kejab naik.. petang tadi terus belikan cool fever.. persediaan untuk malam nanti nak tampal dekat dahi time tidur.. sebab suhu badan asik naik bila dah lewat malam..

Kalau datang angin baik dia memang dah boleh senyum si comel ni.. tapi kalau mungkin gatal dengan sakit-sakit satu badan tu memang akan teriak sepuas-puasnya.

Harraz Demam 4

Ni gambar terbaru aku ambil tadi.. nampak tak ruam merah tu dah mula banyak dekat kaki.. hope si comel ni cepat sembuh.. sebab kurang lagi seminggu nak raya ni.. kalau dibuatnya kena tahan dekat wad nampak gaya tahun ni beraya dekat hospitallah kami sekeluarga.. huhu

Doa-doakan semoga si comel ni cepat sembuh ye..

** Bila si anak tak ceria.. daddy dengan mama pun turut tak ceria.. huhu (selamat cek nuffnang dah sampai tadi.. so bolehlah ceria sikit.. hehehe)

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. owh...nasib baik bukan campak.. apa2pun, semoga dia cepat sembuh ye.amin..

    BalasPadam
  2. Anak demam ni better pantau suhu bro, kalau suhu lebih 38.5, memang kena makan antibiotik sudah. Sabar dan pamper anak kalau dia nangis. Haha bila uncle matjoe nk jmok harraz yg chumel ni

    BalasPadam
  3. semoga harraz cepat sembuh yer...

    BalasPadam
  4. gatal2 ni eh.. kalo ilham kena dulu, kitorang taruk calamine losyen atau hazeline snow..

    BalasPadam
  5. cam alergi je tu kan..get well soon harraz!

    BalasPadam
  6. moga anak ko cepat sembuh ye.

    BalasPadam
  7. kak...dah baik ker sekarang?akak letak ubat apa yer?anak saya juga ada macam ni.now nak cari punca dia kena macam ni pun susah kak....akak kongsi dgn saya k kalau anak akak dah baik

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..