Beza Sebelum Ada Anak dengan Bila Dah Ada Anak

8/06/2012 03:17:00 PTG , 13 Comments

 

Salam ramadhan semua,

Bila orang tanya mana seronok sebelum ada anak atau selepas ada anak? jawabnya kedua-dua situasi seronok.. macam aku sebelum ni sebelum Harraz lahir kalau nak gi mana-mana je takdalah nak kelam kabut siapkan kelengkapan anak.. walaupun selalunya cik malaranglah yang buat.. tapi bila dah ada anak ni.. kena siap-siapkan anak dulu baru siapkan diri sendiri.. hehehe.

Senang cerita memang anak akan diberi keutamaan.

Beza ada anak dengan takda anak

Sumber : JOHNSON'S® baby

Macam situasi aku, Kami berdua memang dah bahagi-bahagikan tugas kalau dekat rumah.. cik malarang siapkan bekalan susu badan.. aku pulak bagi anak minum susu.. habis minum susu basuh semua botol-botol dengan kelengkapan alat pump sekali.

Bab bagi anak makan pulak.. cik malarang akan masak apa masakan yang sesuai untuk si Harraz.. lepas makanan siap je.. tugas aku tolong bagi harraz makan.. habis je makan.. basuh semua bekas-bekas makanan tu..

Bab mandi.. macam biasa aku tak pernah lagi mandikan Harraz ni.. tak pandai-pandai lagi.. so tugas mandikan tu serah pada yang pakar.. lepas wife mandikan je harraz,  giliran aku  memakaikan pampers dengan pakaikan sekali..

Urusan siapkan barang-barang dan kelengkapan dekat pengasuh macam biasa tu semua cik malarang yang buat.. sebab dia memang pakar dalam sediakan barang-barang baby ni.. aku cuma tolong angkat Harraz gi depan pintu rumah pengasuh je.. hehehe

Macam tulah rutin harian lepas ada anak ni.. kecuali waktu aku kerja dan cik malarang cuti.. time tu 100% dia akan buat semua.. macam hari ini.. cik malarang tak kerja so dia apa lagi bergustilah berdua dengan si harraz dekat rumah.. hehehe.

Harraz belajar berdiri

Sampai-sampai opis je wife dah mesej kata anak buat perangai asik merengek je.. selamat wife boleh handle kalau tak anak dengan mama confirm sama-sama nangis dekat rumah.. hehehe.

Apa yang penting dengan kehadiran anak dalam keluarga ni membuatkan keluarga kami bertambah ceria.. kalau nak kira tension tu memang tension kalau dah pujuk-pujuk anak supaya jangan nangis.. tapi nangis juga.. tapi bila fikir balik.. memang macam tulah namanya budak.. sentiasa nak dimanja dan dibelai… so kena sabarlah layan kerenah anak ni.. kalau si suami tension pujuk.. kasi pulak siisteri pujuk.. insyallah mesti boleh punya..

Kepada yang bakal dapat cahaya mata tu.. bersedialah dengan situasi-situasi tension ni.. apa pun itu semua hanya dugaan sementara.. yang penting anak adalah pengikat kasih sayang antara si suami dan si isteri.

Sebagai penutup sedikit pesanan dari pihak penaja…..

“Sayangilah keluarga anda semua.. paling penting awasi kalau-kalau anak anda bermain mercun diluar sana.. banyak sangat berita budak-budak putus jari aku dengar.. huhu”

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

13 ulasan:

  1. memang berbeza sikit kan situasi sebelum dan semasa ada anak.

    tapi okey lah, kamu dan cik malarang boleh bertolak ansur buat kerja rumah. tak ada lah cik malarang sorang2 jer penat buat semua tue..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang dalam hidup berumahtangga ni.. tolak ansur tu kunci utama kebahagiaan.. :-)

      Padam
  2. yupppp bezaaaaaa sangat2 lg2 kalau setahun dapat 1.. mcm akak..5 thn dpt 3 org..meletop kpala. . grrrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. mesti gugur rambut satu persatukan kak.. apa pun anak ni satu anugerah.. bila kita meninggal nanti harapkan dialah yang solatkan kita.. :-)

      Padam
  3. best lagi bila ada anak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul bro.. memang best.. balik penat2 je mesti nak gomo anak dulu..

      Padam
    2. aii.. takkan gomo anak je? heheehehe

      Padam
    3. mula-mula gomo anak dah tu gomo dot..dot...hehehe

      Padam
  4. betul betul betul..mmg beze... memang kelam kabut... tapi bahagia gileee... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiap-tiap hari main kejar2 dalam rumah je ye..

      Padam
  5. betul tu.. zaman xde anak ni kena enjoy puas2 dulu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan enjoy lama sangat.. rugi siasakan masa.. hehhe

      Padam
  6. Hheheeee, okla tu suami isteri berkongsi tugas membesarkan anak ;)

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..