Beraya Dengan Car Seat Sweet Cherry Baru

8/21/2012 09:10:00 PG 11 Comments

 

Salam lebaran semua,

2 hari sebelum balik ke kampung mertua di Penang kami dah mula berkira-kira untuk belikan Harraz car seat baru.. almaklum jelah sejak lahir sampai usia 8 bulan kalau balik kampung selalu baringkan je atas tempat duduk belakang.. kebetulan hari raya tahun ini rezeki murah sikit, so apa salahnya hadiakan buat anak sendiri satu car seat baru untuk keselesaan perjalanan pulang ke kampung..

Car Seat Sweet Cherry 1

Dah alang-alang gi shopping baju raya terus servey sekali kot-kot ada car seat yang sesuai untuk Harraz ni.. mula-mula risau juga.. sebab takut nanti bila dah belikan dia tak nak pulak duduk masak aku.. tak pasal-pasal aku suruh cik malarang yang duduk dalam tu nanti.. hehehe.

Car Seat Sweet Cherry 2

Tengok punya tengok.. last2 mama & daddy pun bersetuju dengan car seat dari jenama Sweet Cherry ni.. dah memang jadi tradisi kebanyakkan keperluan harraz kami beli dari jenama Sweet Cherry ni.

Car Seat Sweet Cherry 3

Untuk bagi keserasian dengan car seat baru ni.. setiap kali kami keluar gi berbuka.. dah start bubuh harraz dalam car seat dia.. bagus juga car seat ni.. selang beberapa minit lena terus.. hehehe.. senang kerja mama & daddy.

Car Seat Sweet Cherry 4

Keluar dari rumah di Bandar Sri Damansara Jam 5.00 pagi hari sabtu.. singgah sahur kedai mamak sat.. dah tu teruskan perjalanan menuju terus ke utara pada jam 6.00 pagi lepas solat subuh.. sampai dekat sungkai jalan dah jem.. huhu

Car Seat Sweet Cherry 5

Dari matahari tak nampak sampai matahari dah nak terbenam masih jem lagi.. bayangkan jam 4 petang baru aku sampai umah mertua aku.. itu pun aku dah potong beberapa lebuhraya dengan ikut jalan lama.. nilah pertama kali aku balik kampung dengan tempoh lebih 10 jam.. macam nak balik Kelantan rasanya..

Car Seat Sweet Cherry 6

Walaupun jalan jem anak kurang meragam dengan car seat yang baru.. alhamdulillah berjaya juga aku bawa balik si comel ni di kampung dengan selamat.. kira berbaloi-baloilah kami beli car seat ni..

Nak pulang ke kampung keselesaan anak adalah keutamaan kalau anak meragam je.. dengan keadaan jem pulak tu.. memang akan jadi stress di buatnya.. hehehe

Macam mana dengan perjalan pulang korang ke kampung untuk berhari raya.. mencabar atau tidak?

*** Hari raya ke tiga meneruskan perjalanan ke rumah saudara mara untuk collect duit raya.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

11 ulasan:

  1. lama betul perjalanan kan, saya punya 9.5 jam....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius bro memang lama gila... Hang balik mana bro

      Padam
  2. Sweet cherry memang terbaekk!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pantang jumpa jenama sweet cherry nak je dibelinya.. hehehe

      Padam
  3. macam2 design car seat sekarang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 tu bro.. yg harga riban2 pun ada..he3

      Padam
  4. Kalau cenggini punya design seat kete.... gua pun lena bro... hehehehe

    BalasPadam
  5. lena harraz tdo.. nasib baik dia mau duduk dlm tue..
    Aku thn nie blk kg tnpa jam.. dari KL ke Png 5jam sbb ikut had laju.. takut kena saman..
    Dari Penang ke KL pun tak jam mlm raya ketiga.. lega rasanya.. he he.

    BalasPadam
  6. bagus la dia mau duduk dalam car seat.anak saya, masa kurang 1 tahun ok, lepas tu tak nak duduk dah..nak duduk atas riba ja..terpaksala drive sambil riba anak..tension ooo...

    BalasPadam
  7. alhamdulillah, perjalanan aku ke besut,trg tahun ni lancar. Almaklumlah, kami berdua je. tahun dpn mungkin bertiga, mungkin dah lain kelancaran pulang berya gamaknya..

    BalasPadam
  8. Salam.
    baru-baru ni ada survey gak.., harga sweet cherry ni antara yang berbaloi. Cuma tak survey lagi kat web yang mana satu lebih baik dari segi keselamatan. Terima kasih untuk berkongsi ilmu.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..