Trafik Blog Turun Mendadak Apa Puncanya?

7/13/2012 10:51:00 PTG 12 Comments

 

Salam semua,

Pastinya korang semua tengah berehat dirumah bersama keluarga tercinta.. dan yang masih bujang pastinya tengah layan internet atau movie.. betul tak?

Sebelum meneruskan bicara malam ni.. aku nak ambil kesempatan mengucapkan takziah buat rakan blogger Denaihati yang mana rumahnya telah dipecah masuk oleh pencuri malam semalam (rujuk entri terbaru beliau disini).. bersyukur kerana keluarga beliau tidak dicederakan walaupun kerugian mungkin dianggarkan berpuluh ribu telah disamun oleh pencuri yang tidak berperi kemanusiaan.. semoga Allah akan membalas perbuatan penceroboh itu.

Berbalik kepada tajuk diatas.. Trafik blog turun mendadak apa puncanya?.. ia merujuk kepada tajuk diatas memang betul dalam minggu ni prestasi trafik blog ni agak sedikit mengecewakan kerana telah jatuh sehingga 50% dari minggu-minggu sebelumnya.

Nuffnang Trafik blog

Apa puncanya? sampai sekarang aku masih tak tahu lagi.. mungkin juga blog aku ada masalah pada SEO yang mana semua keywords - keywords sebelum ni yang menyumbang trafik tidak lagi berfungsi.

Ada juga aku dengan cerita pasal google slap ni.. tapi aku tak berapa faham apa yang dimaksudkan dengan google slap ni.. sebab dari apa yang aku baca melalui google.. mana-mana web atau blog yang kena penangan google slap ni akan menghadapi masalah penurunan trafik yang mendadak.

Memang sedih sebenarnya bila trafik merundum teruk dikala ada buffered earning yang sedang berlegar-legar… sebab antara penyumbang earning dalam blog adalah jumlah trafik..

Apa pun aku masih mengkaji masalah yang aku hadapi sekarang.. dan aku akan menjangkakan trafik blog ni akan jatuh lebih teruk pada hujung minggu ni.

Kepada rakan-rakan blogger yang ada pengalaman trafik jatuh merundum tak tentu pasal ni boleh kongsi dengan aku apa langkah-langkah pemulihan yang korang buat.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

12 ulasan:

  1. memang pelik juga penurunan, apa-apa pun share ya nanti bro. satu lagi kesian kat blogger denaihati atas apa yang dihadapi

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah permasalahan ini akan dishare nanti bila dah dapat jawapan.. memang kesian dekat denaihati.. hope time dia susah ni.. ramailah teman yang sanggup bersama beliau.. insyaallah rakan blogger sentiasa bersama Denaihati

      Padam
  2. Aku tak plak pasal google slap...
    Ingt mmg drop...
    Aduh.. Time be plak jadi camni...
    Keciwa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hang memang menurun juga ke bro.. ke statistik nuffnang yang tak betul ni.. huhu

      Padam
  3. rasa statistik nuffnang agak biul sikit minggu ni.. saya jatuh terduduk gak.. check kat counter lain takdelah teruk sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkinlah bro.. Ada juga berperasangka mcm tu

      Padam
  4. wah.. walaupun turun, tapi tu dah dikira banyak tu.. saya ni traffic 100 lebih je sehari.. sedih pulak rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai boni yg glamour merendah diri nampak..he3

      Padam
  5. Assalamualaikum wbth...

    Salam perkenalan dari
    TiranaAduka...
    Selaku blogger baru ...memohon maaf atas kehadiran di blog ini.....tanpa diundang...maaf dari Tirana..

    From TiranaAduka.....: Sakit Itu penghapus Dosa..

    Jemput singgah blog saya.....jika ada kelapangan dari anda.....

    Wasalam..
    Ikhlas,
    TiranaAduka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas kunjungan anda

      Padam
  6. Tirana Aduka dah mcm nama serang putrajaya je hahaha sori lawak je

    BalasPadam
  7. Traffic blog saya www.lamanpetuasukma.com pn turun mendadak...terperanjatlah jgk, sampai skang ni xtahu sbb apa jdi mcm tu...huhu sedih ni...kalau dah ade solution jgn lupa share ya.....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..