Susah Juga Nak Bagi Anak Makan

7/01/2012 10:18:00 PTG , 9 Comments

 

Salam semua,

Bila anak dah berusia 6 bulan maka masa nilah yang paling sesuai nak bagi si comel untuk makan makanan pejal.

Begitulah juga dengan si comel Harraz.. permulaannya aku bagi makan puri buah dan sekarang dah mula makan dari bentuk bijirin pulak dan makanan yang aku bagi dari keluaran Nestle iaitu Cerelac Bijirin Bayi.

Cerelac Bijirin Bayi

Makanan bijirin untuk bayi berusia 6 bulan bijirin dari beras

Stock SUSU Ibu

Stok susu ibu yang dicampurkan bersama Bijirin Bayi

Harraz Makan 1

Nak bagi makan anak ni bukan mudah sebenarnya.. kekadang tu tention.. kecewa semua ada.. mana tidaknya.. dah penat-penat buat makanan dia tak nak makan pulak.. masuk dalam mulut je.. terus dia sembur keluar.. hehehe.. situasi macam tu aku dengan cik malarang dah lali kena sembur makanan dengan si Harraz ni..

Harraz Makan 2

Kalau makan tu semua mulut comot.. hehehe.. selalunya kalau nak bagi dia makan kena baringkan dia dulu.. aku pegang cik malarang yang suap atau sebaliknya.. kalau bagi dia makan dalam keadaan duduk memang tak mau punya.

Harraz Makan 3

Tapi kalau mood dia baik je.. makan senang je suap dalam mulut.. tengok mood dia jugalah.. so kalau anak tengah meragam tu janganlah cuba-cuba nak bagi makan.. memang tak jalanlah punya.

Harraz Makan 4

Macam mana dengan korang yang ada anak kecik ni.. senang tak nak bagi anak-anak makan? kalau ada tips nak bagi mudah anak makan jom kongsi dalam komen dibawah ni..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. saya xpernh bg nestum kt anak.saya dl 1st makanan saya bg puree buah2. mcm pisang, betik, epal.saya lenyek atau stim utk buh yg keras skt mcm epal.campur kan ebm.minggu ke 2,3 br saya buat bubur nasi.tak perlu letak garam.mmmg penat skt tp puas hati sbb saya tahu apa yg anak saya makan.take care

    BalasPadam
    Balasan
    1. yap mmg first makanan bagi puree buah2 + EBM..ni percubaan pertama bagi nestum..insyallah lagi smgg baru akan mula bagi bubur nasi lak..

      Padam
  2. bagi makan spaghetti je bro.. =)

    BalasPadam
  3. teringat masa dulu2 bagi anak makan

    BalasPadam
  4. wpun xde anak, tp sy ada pengalaman kasi adik2 mkn, sembang la dgn dy time kasi tu, tarik perhatian baby tu, provok sehabis mungkin, cakap je apa pun plus cari la idea u jd lucu..haha.. plg penting, jgn lupa senyum selebar mungkin :D

    BalasPadam
  5. yup kena banyakkan bersabar..hehehe

    kak sha ada satu entry..

    http://www.sharidawati.blogspot.com/2012/01/feeding-your-one-year-old-baby-8-great.html

    BalasPadam
  6. anak saya pun makan cerelac tp yg saya perasan, dia tak suka terlalu cair.dia sembur keluar.jadi, saya cuba kentalkan sikit tp sebelum suap, saya celup dulu dlm air.

    BalasPadam
  7. Anak saye pub susah mkn...tp kat umh baby sittet elok je die nk mkn...kalau mommy die suap die xmau bkk mulut..nk dukung aje

    BalasPadam
  8. blh sy tahu..peti ais cmne yg awk guna utk simpan susu tu??nmpk petak..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..