Rezeki Murah Di Bulan Puasa Bersama Kurma Yusuf Taiyoob

7/24/2012 08:52:00 PG , , 5 Comments

 

Salam ramadhan semua,

Alhamdulillah hari ni boleh dikatakan aku datang paling awal dekat opis.. konon-konon nak balik awal katanya.. almaklum jelah dekat KL ni bila lewat sikit confirm akan jem, lagi-lagi bulan puasa ni.

Sampai-sampai je dekat opis aku tengok atas meja aku ada sekotak kurma bertangkai dari Yusof Taiyoob.. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga.. semoga orang bersedekah ni terus dimurahkan rezekinya.. amin

Kurma bertangkai Yusof Taiyoob

Bila bulan puasa ni kurma antara makanan yang penting juga untuk berbuka selain dari mengikut sunnah nabi.. kurma juga banyak khasiatnya.

Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air”.

(Hadis riwayat Ahmad)

dates kurma yusof taiyoob

credit image: Yuta

Antara khasiat buat kurma pula adalah :

1) Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah serta sumsum tulang.

2) Kurma antara makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Info lanjut tentang khasiat buah kurma rujuk sini

** Kalau semalam aku tak sempat berbuka dekat rumah dek gara-gara jalan jem.. hope hari ni dapatlah aku berbuka dekat rumah bersama keluarga.. tapi takpelah kalau tak sempat juga stok kurma dah ada ni.. bolehlah berbuka dalam kereta nanti..

Semalam korang semua berbuka dimana? berbuka dirumah atau dikedai?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. hubby pun dapat sekotak hr tu, rezeki :) Alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. kurma yuta dni suka yang nama amina dengan golden fruit :)

    BalasPadam
  3. kat umah eyza pun dpt banyak kurma yuta nie... setiap hari ayah eyza tlg bubuh kanji pasti dapat kurma nie..tp yg best tue tiap2 hari kurma jenis lain akn dpt.


    eyza mmg berbuka di rumah jer...sbb di bulan puasa dpt balik awal.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah, rezeki diawal ramadhan. sunat dan khasiat kurma yg terbaik

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..