Menjolok Mata Dibazar Ramadhan

7/23/2012 01:49:00 PTG 7 Comments

 

Salam ramadhan  semua,

Hari ini dah memasuki hari ke-3 kita semua berpuasa di Malaysia.. dah ada yang tinggal puasa tak? kalau kaum wanita mungkin ada alasan untuk tidak berpuasa.. tapi kalau kaum adam ni.. tiada alasan untuk anda mengelak dari tidak berpuasa ye.

2 hari juga aku dengan cik malarang serta si comel dah ronda-ronda di bazar ramadhan, pertama di bazar ramadhan Sri Meranti Bandar Sri Damansara dekat dengan umah aku.. kedua di bazar ramadhan TTDI… seperti biasalah kalau dah sebut bazar.. macam-macam juadah dijual disitu.. korang pilih je nak beli apa.. cuma jangan sampai membazir sudahlahkan.

Kuih Muih Bazar Ramadhan

Kredit : Papankekunciku

Tapi yang sedihnya semalam dekat bazar ramadhan TTDI punyalah ramai kaum hawa yang berpakaian seksa @ seksi gi beli juadah (tak perlulah nak aku jelaskan seksi macam manakan.. bila sebut seksi je korang dah boleh terbayang punya..).. mungkin mereka ni tak faham atau pura-pura tak fahamkan kot.. sepatutnya mereka ni hormatilah orang lain yang ada dibazar tu.. memang kalau tertengok sekali takpe.. tapi kalau dah berkali-kali tengok kan dah dosa namanya.. tak pasal-pasal aku tambah dosa kering aku.

Rasanya bukan dekat bazar yang pegi semalam je kot ada yang berpakaian macam tu.. mesti dekat bazar-bazar yang lain pun ada… harapnya lepas ni kalau aku gi bazar aku tak jumpa lagilah dengan kaum hawa yang berpakaian seksi ni.

Kedang aku terfikir juga.. teman lelaki dia tu takda apa-apa perasaan ke tengok kawan pompuan dia berpakaian hampir separuh B*G*L tu.. tak terlintas nak tegur ke?.. atau memang dia bangga tengok pasangan dia seksi dikhalayak umum..

Entahlah.. susah nak jawab sebenarnya.. masing-masinglahkan.. apa yang boleh aku nasihatkan tu.. kalau nak seksi tu takpe.. seksilah dalam bilik air atau bilik tidur.. janganlah seksi dikhalayak ramai.. lagi-lagi time bulan puasa ni..

Sama-samalah kita selalu berpesan-pesan kearah kebaikkan kepada keluarga kita semua.. insyaallah

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. Memang itu antara yang kita akan lihat kalau pergi time bazar nie....

    BalasPadam
  2. Together is we always recommend one another to benefit the families we all .. inshallah

    BalasPadam
  3. Baru pergi juge Pasar Ramadhan Kat Flat Meranti Bdr Sri Damansara tu semalam (ahad).. dekat dgn rumah parents kat Menjalara :)

    BalasPadam
  4. jolok mata?? hahahaha.. hang pi lempang sikit.. hik3

    BalasPadam
  5. agaknya dia kepanasan di bulan posa hehe...

    BalasPadam
  6. tengok kuih muih jelah. mana2 tempat pun lebih kurang sama kot.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..