Edy Murtabak Special Uniten Bangi | Menu Wajib Di Bazar Ramadhan

7/17/2012 10:47:00 PG 18 Comments

 

Salam semua,

Selalunya kalau nak jumpa murtabak ni, time bazar ramadhan je.. memang banyak gila orang akan jual.. so kalau korang dah tak sabar nak makan murtabak ni.. aku boleh cadangkan satu tempat yang kalau-kalau korang lalu ke kawasan UNITEN Bangi tu boleh singgah di gerai Edy Murtabak Special berhampiran pintu utama masuk ke UNITEN.

Murtabak Special Uniten Bangi

Kebetulan minggu ni cik malarang ada kursus dekat UNITEN.. so aku berpeluanglah nak rasa kesedapan murtabak speacial ni..

Jomlah kita layan gambar dulu..

Murtabak Special Uniten Bangi 1

Dari gambar yang diambil oleh cik malarang ni.. aku pun tak sure mana satu tokey kedai yang nama Edy tu.. hehehe mungkin juga yang pakai topi merah tu atau yang pakai baju putih tu.

Murtabak Special Uniten Bangi 2

Agak- agak korang nak buat tempahan awal untuk jamuan makan ke.. korang boleh call dulu supaya korang taklah beratur lama nanti.. rasa-rasanya kalau program jalan-jalan cari makan TV3 buat review dekat kedai ni.. confirm kena serbu lagi ni.. lagi-lagi nak bulan puasa ni.. mau berebut pengunjung datang ke gerai ni.

Murtabak Special Uniten Bangi 3

Nilah dia murtabak special yang isteriku tercinta belikan semalam.. tq sayang belikan abang..

Murtabak Special Uniten Bangi 4

Apa macam tebal tak? rasanya macam hampir 1 inci tebal murtabak ni..

Murtabak Special Uniten Bangi 5

Murtabak special ni dirasmikan oleh cik malarang.. diikuti oleh akulah.. sekali masuk dalam mulut.. perggggg rempah ratus semua terasa.. terus jatuh cinta untuk dibelikan lagi hari ini.. hahaha

Murtabak Special Uniten Bangi 6

Murtabak special yang cik malarang belikan ni adalah dari murtabak Ayam.. hari ini nak order murtabak Daging pulak.. esok murtabak campur ayam + daging.. hahaha.. tamak tak aku.. Murtabak ayam ni berharga RM4.00 & untuk Murtabak daging RM5.00.. bagi aku harga tak kisah.. janji makan memang puas hati..

Blogger Raja Makan tu wajib terjah kedai ni.. rasanya kalau dia yang order confirm dia akan order murtabak ayam satu & daging satu.. hehehe.

Rakan-rakan blogger ada yang pernah rasa murtabak ni tak?.. ada baiknya korang jangan rasa.. sebab sekali rasa mesti nak lagi.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

18 ulasan:

  1. eh.. gemuknya murtabak tu.. hadoi. nampak mcam sedap je tu bro..

    p/s : Hahaha. blog lagi satu tu hanya utk belajar SEO je..hehehe.. nak buat macam mana.. tak ada orang sudi ajarkan SEO.. terpaksa lah belajar sendiri sambil tgk2 kat google..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita bro.. cari sendiri dekat google je.. try & error.. huhu

      Padam
  2. Perghh.....tebal macam murtabak raja nie.... tapi betul kalau gua memang akan order daging SATU... ayam SATU.... baru kenyang makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku dah agak dah hang sekeping tak cukup.. hehehe

      Padam
  3. Balasan
    1. memang puas bean.. kalau buka makan sekeping dah kenyang sampai sahur ni.. hehehe

      Padam
  4. kalau murtabak yg tak banyak bawang baru puas makan hehe...

    betul tue nak dekat bulan posa nie, mutrabak lah antara menu wajib ada dalam makanan berbuka tue,

    BalasPadam
    Balasan
    1. wife tak berapa suka makan murtabak banyak bawang.. tapi dari respone dia lepas makan murtabak ni.. dia kata bawang tak banyak.. tu yang dia pun suka..

      Padam
  5. fuhhh..teringat plak murtabak kt kg baru yg org beratur pnjang..
    ramadhan lps du kkg baru leyh la g..skrang xleyh dh..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik pasal apa pulak dah tak boleh gi..

      Padam
  6. perghh, nampak lazat sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. serius bro memang lazat kalau tak mana mungkin petang ni aku order satu lagi.. hahaha

      Padam
  7. Sedapnyer.. bulan puasa nanti kuih muih yg payah cari mesti akan dapat makan kan.. :)

    BalasPadam
  8. wah mantap....nanti boleh mencuba...

    BalasPadam
  9. Gile tebal.... tak brpe jauh dr putrajaya...boleh la pergi kalau ade kesempatan.. :)

    BalasPadam
  10. febrest di musim puasa tu,
    kecur air liur nengoknye ;D

    p/s; salam ramadan^^

    BalasPadam
  11. cuba la rojak mamak kat situ.. pon sodap!

    BalasPadam
  12. saya selalu juga membeli area situ..tp murtabak ni x pernah beli sbb telur x basuh.main longgok je dlm sarangnye

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..