Checklist Shopping Tesco Di Bulan Ramadhan

7/20/2012 11:51:00 PTG 4 Comments

 

Salam Ramadhan semua,

Bila sebut pasal shopping je.. orang perempuan memang tidak boleh dipisahkan dengan perkataan shopping ni.. kalau boleh rasanya hari-hari mau shopping.. tapi takpelah.. janji ada duit bila-bila pun boleh shoppingkan.

Belum masuk bulan puasa lagi checklist shopping cik malarang dah keluar.. hehehe.. bukan pendek.. tapi punyalah panjang senarai shoppingnya.. mula-mula aku rasa dia buat separuh kertas je.. last-last penuh satu kertas sampul surat tu dengan senarai shopping dia hujung minggu ni.

shopping tesco

Orang pompuan ni memang jenis detail.. aku suka sebenarnya cara wife aku ni..sebelum keluar shopping dah siap senarai barang nak beli tu.. so kalau gi pasaraya takdalah baru nak terfikir-fikir nak beli apa.. tinggal ambil troli dah tu isi je barang yang nak dibeli.

Esok kebetulan aku tak kerja.. so bolehlah bawa si isteri & anak untuk ronda-ronda TESCO.. ingat nak beli barang-barang dapur untuk bulan puasa ni..

Harraz dan Payung

Iklan Sebentar : makin hari makin bijak si Harraz ni.. dah pandai pegang payung.

Hari-hari aku tengok dia belek-belek buku 1 hari 1 resepi yang dibeli.. rasanya macam dia nak masak special untuk aku ni bulan puasa ni.. takpe-takpe kita tunggu je.. apa menu istimewa cik malarang bulan puasa ni..

Oklah aku nak rehat dulu.. esok pepagi jangan lupa ye korang semua bangun makan sahur.. sebelum tu yang belum berniat puasa lagi.. cepat-cepat berniat puasa satu bulan.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. ermm aku pun cam tu gak, sebelum pi shopping kena buat listing dulu kalau tak lain nak tapi lain yang dibeli tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. lain yg nak lain yg dibeli tu yg bahaya.. tu yg troli penuh je.. ha2

      Padam
  2. penting buat senarai agar tidak tersasar

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu bro.. ikutkan rasa semua nak je angkut dekat pasaraya tu.. hehehe

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..