Beza Harraz Dulu Dan Sekarang

7/05/2012 12:14:00 PTG 5 Comments

 

Salam semua,

Pejam celik dah nak masuk 7 bulan si budak tembam ni.. 3 hari lagi genaplah usia Harraz ni 7 bulan dengan beratnya juga mungkin dah lebih 7kg.

Aku masih ada simpan lagi gambar dekat bawah ni masa Harraz berusia 4 hari.. sangat berbeza dah dengan sekarang.. kalau dulu kurus je.. sekarang badan dah mula ada ketul-ketul.. hehehe.. alhamdulillah ni semua adalah penangan susu ibu dari mama dia.

Harraz 4 hari

Gambar dekat atas ni masa usia harraz 4 hari dengan berat 2.8kg dan masa ni dia kena kuning.. kalau korang perasan sebenarnya aku tengah jemur dia dekat ruangan anjung rumah mertua aku.. kira tengah salailah ni… hehehe.. cian dia.. tu yang mengeliat ke panasan kot..

Harraz Bersama Drypers Baru

Gambar yang dekat atas ni pulak baru je aku ambil beberapa hari yang lalu sewaktu percubaan pertama kali Harraz menukar pampers baru dari saiz M kepada saiz L.. sekarang nak pakai pampers saiz M dah ketat.. so kena pakai saiz L dah dari jenama Drypers. Bila drypers nak buat jualan murah lagi ye.. nak gi memborong lagi ni.. stok pampers dah tinggal sikit.

Perkembangan terbaru si comel ni.. kalau sebelum ni dah pandai meniarap.. sekarang dah start macam nak merangkak pulak.. habislah lepas ni dia sapu semua debu dengan sampah atas lantai umah.. hehehe.

Tahun ni pulak mama dia paling excited mana tidaknya tahun pertama beraya dengan anak di rumah ibu sendiri dekat penang.. rasanya mama dia dah tak sabar nak shopping baju-baju raya untuk si tembam tu.. :-)  rasa-rasa kalau aku tukar plan nak raya dekat Johor cik malarang setuju tak? hahaha.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. Suka betul gua tengok gambar anak bro nie... menyengih aje la kejenya.... SENYUM SOKMO

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau tak tengok dia lagi bro kalau nangis.. suara besar melalak.. hehehe

      Padam
  2. wah..dah tembam dah dia..hehehe

    BalasPadam
  3. makin comel pulak bila tgk Harraz ni. mmg suka senyum ye?

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..