Berminat Untuk Berniaga? Usahawan.com Boleh Membantu Anda

7/09/2012 02:14:00 PTG , 5 Comments

 

Salam semua,

Bulan ramadhan tidak lama lagi akan tiba.. pastinya ramai yang bercita-cita atau berminat untuk berniaga secara kecil-kecilan di bazar ramadhan nanti.. betul tak? antara lubuk-lubuk rezeki buat peniaga makanan ni adalah pada musin bulan ramadhan.. kalau tak percaya tengok jelah dekat mana-mana ada bazar ramadhan pastinya ramai pengunjung akan datang.

usahawan dot com

USAHAWAN.COM

Pernah mendengar nama usahawan.com? kalau belum pernah apa kata aku perkenalkan sedikit mengenai usahawan.com ni.

--------

Usahawan.com diuruskan sepenuhnya oleh syarikat 100% milik Bumiputera iaitu Evora Marketing (No Pendaftaran: NS0004305-P) yang ditubuhkan pada tahun 2005. Ia merupakan projek keusahawanan rakyat Malaysia yang  sesuai dengan standard dan citarasa pasaran tempatan.

Evora Marketing telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai pembekal produk & perkhidmatan yang berkaitan. Sebarang tawaran sebut harga dan pertanyaan produk oleh pihak kerajaan Malaysia amat dialu-alukan.

“Mencipta Peluang Perniagaan Baru untuk Peniaga Kecil dan Sederhana” merupakan motto kami. Ini mendorong kami supaya sering berinovasi bagi mencipta peluang perniagaan baru disamping membantu mengembangkan perniagaan anda. Info lanjut klik SINI

---------

Secara ringkasnya usahawan.com ni sebagai syarikat yang memberi peluang perniagaan baru buat peniaga kecil dah sederhana.

Sebagai contoh sekiranya anda berminat untuk berniaga Waffle, usahawan.com ada menyediakan pakej-pakej untuk memulakan perniagaan baru tersebut.

Panduan perniagaan Waffle Sedap

Klik sini untuk info lanjut perniagaan Waffle

Kenapa perlu memilih usahawan.com sebagai langkah pertama perniagaan anda?

Sebab 1: Bukan Sistem Francais

Tawaran pakej perniagaan kami adalah bukan francais. Oleh itu, jimatkan sebahagian besar dari wang anda daripada membayar yuran untuk francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Anda tidak akan terikat dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk anda sendiri.

Kami tidak mempunyai halangan untuk anda menggabungkan perniagaan yang lain dengan produk kami, bahkan menggalakkan anda untuk berbuat demikian untuk memaksimumkan keuntungan perniagaan anda.

Sebab 2: Harga yang Berpatutan

Pakej perniagaan yang ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan dan boleh dimulakan serta-merta. Kami bukan orang tengah dan semua produk diperolehi secara langsung daripada kilang, pengeluar dan pengimport

Sebab 3: Latihan Percuma

Kami memberi demo / latihan secara PERCUMA berdasarkan permintaan yang akan diadakan di pejabat urusan kami di Senawang, Negeri Sembilan.

Sebab 4: Sokongan Selepas Jualan

Kami tidak membiarkan anda berlalu begitu sahaja selepas membuat pembelian. Selagi mana yang anda diperlukan, kami menawarkan khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat secara berterusan.

Jadi jika anda berminat untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan silalah layari usahawan.com untuk mendapatkan infomasi yang lebih lanjut.. Semoga apa-apa sahaja bentuk pernigaan yang ingin anda mulakan akan memperolehi kejayaan.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. memang bagus kepada bakal2 usahawan

    BalasPadam
  2. bukan sistem francais tu agak menarik.. yelah. kalau sistem francais ni, kita kena tanam duit yang boleh tahan banyaknya..kalau tak salah

    BalasPadam
  3. Aku rasa nak cuba buat bisnes name/bisnes card laa... target market - bloggers... okey tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok tu bro.. memang ada potensi untuk maju.. modal pun baru 499

      Padam
    2. hm menarik ni...tapi memandangkan kerja aku dah terlalu banyak susah jugak hehe

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..