[Bergambar] Sesi Terjah Bazar Ramadhan Di Damansara Damai

7/29/2012 01:08:00 PG 21 Comments

 

Salam ramadhan semua,

Alhamdulillah dah 8 hari kita semua berpuasa.. dan syukur kerana sepanjang bulan puasa ni kesihatan alhamdulillah baik-baik sahaja.. dan kebetulan hujung minggu ni aku tak kerja so dapatlah aku bawa anak bini aku gi terjah satu lagi bazar ramadhan di Damansara Damai.

Jomlah kita layan gambar.. biarkan gambar yang berbicara hari ini.

Bazar Ramadhan Damansara Damai

Sampai ke lokasi jam 6 petang.. fuhhh punya ramai orang dan kebanyakkan kenderaan semua parking dekat tepi jalan je termasuk aku…hehehe…. so kena menapak beberapa ratus meter sebelum sampai ke bazar

Bazar Ramadhan Damansara Damai 1

Cuma sesuatu yang sedih bila setiap kali ada bazar mesti akan ada pengemis yang aku rasa di dalangi oleh beberapa sendiket.. tapi kitakan rakyat yang pemurah.. kekadang hulur juga sebab tak sampai hati tengok ada yang bawa anak kecik & cacat.. kalau nak cerita lanjut pasal pengemis ni korang terjah blog Mazidul

Beriani Gam Maharani

Masuk je kekawasan bazar terus nampak kedai Beriani Gam Maharani.. mula-mula nak beli tapi kenangkan nak beli menu lain dulu so aku cakap dengan cik malarang esok-esok jelah kita beli.. takut membazir tak habis nanti.. :-)

Kerabu 1

kerabu 2

Gerai ni memang jual semua jenis kerabu.. aku tak tahulah kerabu apa yang ada dekat situ

kerabu 3

apa yang jelasnya cik malarang peminat kerabu.. so dia beli jugalah sikit kerabu untuk buat makan sahur katanya.. ;-)

Air mata kucing

Bab jual air ni memang banyak gila gerai yang jual air.. sebab biz jual air ni untung dia berlipat kali ganda tau.. air mata kucing ada.. air katirah ada.. dan macam-macam lagilah

Asam King Damai

Dalam banyak-banyak gerai air.. gerai ni jugalah yang jadi pilihan aku... nak test oren asam boi...

Asam King Damai 2

fuhhhh!.. panas-panas kalau minum air ni mesti lega satu badan beb.. opppsss tak boleh minum masa ni.. nanti batal puasa tau.. :-)

Ayam Percik 1

Ayam percik.. entah kenapa tetiba tekak aku teringin nak rasa ayam percik pakcik ni..

Ayam Percik 3

Tengok tu.. kalau takda niat nak beli pun.. sekali tengok ayam percik ni di longgok terus order.. hehehe.. “kasi saya Dada satu bag”.. hehehe

 

Nasi Goreng Pataya

Dalam banyak-banyak bazar ni pertama kali aku jumpa orang jual Nasi Goreng pataya dekat bazar ramadhan.. persembahan menarik.. tapi aku tak beli sebab semalamnya berbuka dengan nasi goreng pataya dah.. so ari ni menu lainlah pulak.. hehehe

Kepak ayam panggang

Chicken Wing @ kepak ayam .. yang ni cik malarang suka sangat.. tapi bila aku tanya nak beli tak…. dia kata tak mau.. dalam hati aku.. jumat duit hari ni.. hehehe

Murtabak Power Damai

Wah tu dia.. isi murtabak sedang dimasak.. aku tak beli juga sebab tak terasa nak makan murtabak kali ni.. adakah murtabak ni boleh lawan dengan murtabak Edy di Uniten.. hehehe

Agar-agar sedap

Sampai-sampai je dah banyak bekas agar-agar ni yang dah kosong.. dalam hati cakap.. mesti sedap ni.. sebab ramai yang beli.. apa lagi hulur duit terus beli 5 potong dengan pelbagai rasa..

kuey teow kerang

Menu biasa yang ada dekat bazar, kuey Teow Kerang, mee goreng & nasi goreng

Roti Goreng Gerentis Azizul Khamis

Paling best dekat bazar damansara damai ni adalah ada artis lagi yang meniaga sapa lagi kalau bukan Azizul Khamis.. aku mula-mula tak perasan.. tapi lepas cik malarang cakap baru aku toleh tengok.. siapakah Azizul Khamis ni?.. Azizul Khamis dekat gerai ni berniaga roti goreng gerentis.. disebabkan nak test aku belilah 2 satu daging dan satu lagi ayam.. rupa-rupanya bro Zarulumbrella dah terjah dulu kedai ni.. hehehe.

yong tau foo

Yong Tau foo.. wah memang menarik.. aku kalau lepas solat jumaat memang selalu pekena yong tau foo ni dekat food court IJN.. terbaik.. tapi dekat bazar ni.. tekak tak terasa nak makan.. :-)

Menu berbuka hujung minggu

Dan dalam banyak-banyak kedai yang aku terjah.. ini jelah yang kami bawa balik untuk dibuat berbuka.. hehehe.. itu pun dah banyak.. ada ayam percik, agar-agar, roti jone dan roti goreng Azizul Khamis, air soya dan air oren asam boi.

Alhamdulillah nikmat berbuka bersama keluarga dirumah sangat dirasai hari ini.. almaklum jelah bila waktu kerja.. nak terjah bazar pun tak sempat.. kekadang sampai rumah je dah azan.. so hujung minggu ni jelah dapat santai dengan family.

So kalau korang tinggal berhampiran dengan kawasan Damansara Damai tu.. jemputlah datang ke bazar ni ye.. apa yang pastinya kalau korang datang mesti tak balik dengan tangan kosong punya.. hehehe..

“Selamat berpuasa semua”

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

21 ulasan:

  1. Asam King! Pertama kali terbaca nama menu sedemikian. Salam ukhwah dari iAwani.

    -iAwani-

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. memang bro.. makanan yg jarang2 jumpa pun ada..

      Padam
  3. Aku baru mggu lepas p sana..
    Harga kat sana banyak yg murah skit compare dengan yg ada kat cheras..

    BalasPadam
    Balasan
    1. harga oklah.. mampu beli dan tak terlampau mahal.. kalau air tu standard sebungkus RM2

      Padam
  4. berjaya mengawal nafsu beli makan di bazar ramadhan. kadang2 dapat pusing2 tengok makanan pun dah puas hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul bro memang kena tahan nafsu bila datang bazar ni.. kalau tak memang selalu membazirlah

      Padam
  5. Balasan
    1. selamat berpuasa untuk anda semua

      Padam
  6. Balasan
    1. hujung minggu je dapat shopping macam ni.. kalau hari biasa buka dekat dalam kereta

      Padam
  7. wah.. meriah betul bazar ramadhan kat sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sangat meriah bro.. kena kuat iman je kalau datang.. hehehe..

      Padam
  8. kat shah alam x der sgt jual kerabu. so buat lah kerabu kat rumah sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat sendiri rasanya lagi sedap kot.. hehehe.. kalau kaki kerabu mesti beli punya

      Padam
  9. banyaknye gerai yg ade kat situuu... kerabu2 yg byk tu siyes bley menggugat imaann..ishkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesekali ada masa free mailah datang sini.. pasti tak pulang dengan tangan kosong

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..