Bercuti Di Cameron Highlands | Ladang Teh Bharat – Part 4

7/04/2012 12:36:00 PG , , 4 Comments

 

Salam semua,

Minggu ni mood macam ada malas sikit nak update entri.. mungkin sebab penat sikit kot dengan kerja-kerja dekat opis.. kekadang cik malarang saja perli aku.. katanya “baru sehari banyak kerja dah penat.. lain-lain hari tu mana ada kerja.. duduk depan pc je..” hehehe.. sebenarnya memang betul pun apa yang wife aku cakap tu.

Ok sambung semula cerita percutian aku dekat Cameron Highlands, sekarang ni dah masuk Part 4.. Part 1, Part 2 dan Part 3 korang boleh baca dekat link tu ye kalau dah tertinggal.

Teh Bharat Cameron Highlands 4

Ok part kali ni aku nak sembang pasal lokasi yang kami kunjungi iaitu Ladang Teh Bharat. Cameron Highlands ni selain terkenal dengan buah strawberry ianya juga terkenal dengan ladang teh.. setahu aku dekat cameron ni ada 2 ladang teh yang besar iaitu ladang teh bharat dengan ladang teh boh.. dua-dua  ladang aku pergi.

---------------------------- Sedikit Info Tentang Ladang Teh Bharat----------------------

ladang teh yang terletak betul-betul di tepi jalan utama antara Pekan Ringlet dan Tanah Rata. Ladang tersebut ialah  Ladang Teh Bharat yang terletak kira-kira 12 km dari Ringlet dan 3 km dari Tanah Rata. Ladang ini mula beroperasi pada tahun1933 dengan keluasan penanaman pokok teh seluas 1,600 ekar. Ianya diusahakan oleh Bharat Tea Plantations iaitu syarikat ladang teh kedua terbesar di Cameron Highlands. Ladang ini ditanam dengan teh jenis Camellia Sinensis yang berasal dari Uttar Pradesh, India. Teh ini dikenali dengan nama Cameron Valley. Satu lagi lokasi Ladang Teh Bharat terletak berhampiran pekan kecil Kuala Terla iaitu kira-kira 18 km dari Tanah Rata. Ladang teh ini juga terletak di tepi jalan utama

-------------------------- Sumber info dari sini ---------------------------

Oklah tak mau banyak cerita korang layan dulu gambar-gambar dekat bawah ni ye.

Teh Bharat Cameron Highlands 1

Teh Bharat Cameron Highlands 2 Teh Bharat Cameron Highlands 3

Kedai menjual teh dari produk teh Bharat a.k.a Cameron Valley

Teh Bharat Cameron Highlands 7 Teh Bharat Cameron Highlands 6

Mama & Daddy yang nampak lagi excited.. hehehe

Teh Bharat Cameron Highlands 5

Berjimba-jimba diladang Teh.. first time turun ke ladang teh setelah usia hampir 40an.. hehehe

Teh Bharat Cameron Highlands 8

Ibu & ayah mertuaku yang sentiasa sporting.. nampak kegembiraan diwajahnya.. hehehe

Teh Bharat Cameron Highlands 11Teh Bharat Cameron Highlands 10Teh Bharat Cameron Highlands 9

Nilah antara keluarga cik malarang yang datang dari Penang.. semua seronok dekat ladang teh.

Teh Bharat Cameron Highlands 12

Kalau datang ke Cameron Highlands pastikan singgah di ladang ini ye.. untuk ambil gambar kenang-kenangan.. hehehe

Gambar diatas adalah Ladang Teh Bharat di pekan kecil Kuala Terla.. dah dibawah ni adalah Ladang Teh Bharat di Pekan Ringlet..

Jom kita tengok apa bezanya?

Teh Bharat 1

Sampai ke lokasi ladang teh bharat di Pekan Ringlet

Teh Bharat 2

Kedai menjual cenderhati di atas planta ladang teh bharat

Teh Bharat 3

Kalau haus boleh pekena teh secawan.. original dari ladang teh bharat

Ladang Teh Bharat 1

Dua jejaka bujang sedang berposing di atas planta.. Adik & sepupu cik malarang

Teh Bharat 7

Adik ipar merenung masa depannya.. mungkin dia tengah fikir nak buka ladang teh dekat Penang kot.. hahaha

Teh Bharat 6

View yang sangat cantik diladang teh Bharat.. kekadang terfikir juga.. macam mana dia orang petik daun-daun teh ni ye.. macam susah je sebab ada yang betul-betul dekat lereng bukit

Teh Bharat 5

ramai juga pengunjung yang turun untuk mengambil gambar diladang teh ni..

Teh Bharat 4

Dekat sini aku dah tak turun ke ladang teh sebab dah penat.. cuma ambil gambar dari atas planta je..

Oklah cukup setakat ni dulu.. banyak lagi gambar menarik akan menyusul.. sabar & terus bersabar ye.. :-)

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. errr.. rasa macam da komen da.. tapi . konpius pulak.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen yang dekat part lain kot.. sebab ni dah part 4.. hehehe

      Padam
  2. seronoknyaa tengok kehijauan alam...tapi katanya cameron dah tak sejuk macam dulu...

    BalasPadam
  3. hehe..
    kalau roger, boleh kita jumpa (:

    hmm kalau nk beli teh cmron tu elok beli sini,
    kalau beli kat lain mahal sikit kdg2 tu (;

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..