Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul

7/31/2012 12:59:00 PG 12 Comments

Salam semua rakan-rakan,

Maaflah rakan-rakan andai korang masuk blog ni sejak semalam masih tidak terupdate-update sampailah keluar entri ini.. sebenarnya aku masih lagi dalam mood sedih, rungsing dan binggung mengenakan apa yang terjadi pada minggu ini.

Pasti korang dah terbaca, terdengar juga terlihat berita yang menggemparkan negara pada hari sabtu lepas yang mana seorang Eksekutif TV9 telah meninggal dunia dirumahnya lebih kurang jam 7.30 petang sebelum berbuka puasa.

Kes kematian ini telah menjadi perhatian media seluruh negara yang mana pelbagai versi berita telah dikeluarkan. tidak perlu aku nak ulas bagaimana keadaan dan cara kematian sebab korang boleh baca sendiri di surat khabar dan internet.

Dan apa yang menyedihkan aku sekeluarga mangsa adalah rakan kami sekeluarga begitu juga dengan suami mangsa adalah rakan baik aku lebih 7 tahun.. sangat tidak disangka-sangka berita mengejutkan tersebut telah berlaku kepada rakan aku sendiri.

Apabila suatu kes kematian yang meragukan berlaku maka suspek utama adalah orang yang paling dekat dengan si mangsa iaitu suami mangsa.. dan buat masa sekarang ni suami kepada mangsa telah ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi membantu kes kejadian dan di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati..

Sangat-sangat sedih dah bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga rakan aku ni.. Dari perwatakkan secara luaran kedua-dua pasangan suami isteri ni adalah seorang yang sangat baik begitu juga dengan arwah isterinya seorang yang sangat lemah lembut..

Sangat-sangat tidak pernah terfikir dikotak pemikiran aku perkara begini boleh berlaku pada keluarga rakan aku.. pasangan suami isteri ni mempunyai seorang anak yang masih kecil berusia hampir 3 tahun dan sewaktu kejadian anak yang tidak tahu apa-apa ni berada bersama dirumah tersebut.

Tidak boleh dibayangkan anak yang comel dan masih kecil tu telah kehilangan ibu buat selama-lamanya dan juga nasib ayahnya juga masih samar-samar setelah disiasat dibawah seksyen 302.

Mengalir air mata mengenangkan sahabat baik menerima nasib sebegini dibulan puasa ini.. Apa pun hanya doa yang mampu diberikan kepada rakan aku yang masih dalam siasatan dan keadilan yang sebaiknya diberikan kepada keluarga si arwah..

Al-Fatihah buat arwah Syaleza Jaffar.. semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman..
Secara peribadi aku tidak berpihak kepada mana-mana kerana kedua-duanya adalah rakan baik aku..

** Kepada yang masih membuat andaian dan tomahan terhadapi suami dan arwah hentikanlah andai korang yang tidak tahu punca sebenar kejadian.. biarkan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan mereka.. sedih kerana terlalu banyak fitnah yang aku baca dimedia internet.. doakan yang terbaik untuk keadilan semua pihak termasuk keluarga arwah

*** Andai ianya benar aku mungkin akan kehilangan seorang rakan baik buat selama-lamanya.. :-(

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

12 ulasan:

  1. saya yakin yang amat2 suami dia tak bersalah.. percayalah..

    BalasPadam
  2. Aku bab paper nie tak berapa percaya sgt..
    Tapi sebab paper kadang2 jadi cerita lain..
    Mmg sedih bila tgk apa yg ada dlm paper org kita kenal..
    Lagi sedih kalau dia mmbr rapat atau family sendiri..

    BalasPadam
  3. al fatihah dan salam takziah..
    semuga semuanya akan di selesaikan dengan baik.

    BalasPadam
  4. al-fatihah dan salam takziah.... :(

    BalasPadam
  5. Kebenaran akan diketahui kelak

    BalasPadam
  6. salam takziah buat keluarga mangsa...

    betul tue, sekarang nie tak boleh nak tuduh sapa lagi sebab masih bawah siasatan polis. sayu tengok dalam berita semalam keadaan mak ayah arwah yang masih terkejut dengan kejadian itu.

    BalasPadam
  7. al fatihah dan salam takziah

    BalasPadam
  8. SIS pun sedih baca kisah mereka ni --- tp apa22 pun biar pihak berkuasa siasat punca sebenar

    BalasPadam
  9. Al-Fatihah & takziah juge... Harap sangaaaat suami dia tak bersalah.. Siyess..mmg berharap sangaatt... huhuhu

    BalasPadam
  10. salam takziah & Al Fatihah utk Syaleza.

    sy pun pernah mghadapi saat gini..mmg terkejut bila terjadi dikalangan sahabat baik sndiri. moga pintu kebenaran dipermudahkan-Nya..

    BalasPadam
  11. Berita yang mengejutkan dan menyedihkan. Harap pihak polis dapat membongkar perkara yang sebenarnya berlaku.

    BalasPadam
  12. aku pun kenai dia ni, budak BBA UUM, sama melapor diri kat UUM tahun 2001 kat kolej kediaman MISC.. ALfatihah

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..