[Video] Blogger Popular Ben Ashaari Memilih Menjadi Suri Rumah

6/10/2012 07:25:00 PTG 5 Comments

 

Salam semua,

Rasanya kebanyakkan pembaca blog atau blogger diluar sana kenal dan tidak asing lagi dengan nama BEN ASHAARI betul tak? Kalau korang tak kenal lagi.. pandai-pandailah korang gi baca blog dia ye.. hehehe..

Apa yang aku nak cerita dekat sini siapa sangka.. dengan badan yang boleh dikatakan sasa dan berketak memilih jalan hidup dengan menjadi seorang suri rumah.. mesti ada yang kata WHAT jadi suri rumah? pelik je.. sebenarnya bagi aku secara peribadi tidak ada peliknya.. tidak salah lelaki mengambil tanggungjawab seperti perempuan dengan menguruskan rumah dengan menjaga anak selagi kita mampu dan masih lagi mengekalkan status sebagai ketua keluarga.

Sebagai seorang suami tentu sejuk mata isteri tengok si suami membantu isteri memasak didapur.. membasuh pinggan… membasuh baju… dan menguruskan anak-anak.. dan kalau korang nak tahu semua tugas-tugas tu kini dilakukan oleh BEN ASHAARI..

Aku nak cerita panjang pun tak pandai.. apa kata sesiapa yang tak sempat tengok NONA siang tadi korang boleh tengok semula rakaman video dekat bawah ni.. yang sempat aku record tadi..

**Nota : Abaikan suara baby yang merengek dalam video tu.. sebab tu suara anak aku..

Syabas & tahniah buat bro BEN ASHAARI.. kerana mungkin dengan cara ini beliau boleh dijadikan sebagai panduan kepada suami-suami diluar sana yang ingin turut sama membantu isteri menguruskan hal-hal rumahtangga.

Tidak semestinya korang kena berhenti kerja seperti beliau.. cukup sekadar membantu tugas-tugas yang isteri buat selama ni.. mengikut kemampuan masing-masing…

Mungkin dengan cara saling bantu-membantu dalam kehidupan berumahtangga ni dapat mengeratkan lagi kasih sayang diantara pasangan suami isteri.. insyaallah.

*** Siapa antara korang sanggup berhenti kerja dan menjadi suri rumah seperti BEN ASHAARI.. angkat tangan cepat..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. Dah tengok kat Nona...Baguslah Ben tue...Walaupun dia tak kerja incoming masuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2.. tu yang murah rezeki dia

      Padam
  2. ala xsempat tgk semalam...tgh kerja time tue...huhu

    BalasPadam
  3. steady lah abang ketak..! =)

    BalasPadam
  4. Saya .. hh dah tak kerja sejak 2 tahun lalu ... sejak dapat baby girl ... kini dah 2 tahn dah. Perangai pun ikut bapak...hari2 layan komputer ... adeh.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..