Tak Pernah Jemu Dengan Sizzling Yee Mee

6/16/2012 08:29:00 PTG , 3 Comments

 

Salam semua,

Setiap kali kalau aku gi pasaraya dengan cik malarang.. soalan pertama yang aku akan tanya dengan dia.. dekat sini ada food court tak? ada jual Sizzling tak?

Kalau dia kata ada food court aku terus ajak dia gi tengok kalau-kalau ada jual sizzling.. so macam tu jugalah siang tadi.. kebetulan hujung minggu tak koje so aku ajaklah wife gi jalan-jalan dekat One Utama Old Wing.. sampai-sampai je terus gi terjah food court baru yang terletak dengan JUSCO.

Ais kacang special

Ais Kacang Special yang di belikan oleh cik malarang… berharga RM3.90

Sizzling Yee Mee

Aku dengan cik malarang oder menu yang sama Sizzling Yee Mee + Telur.. memang terbaik.. RM6.90 + 6% tax… Total RM7.30 x 2 (agak mahal juga rasanya sebab sayur pun takda).. kekadang tu aku terfikir juga pasal apa kita yang makan kita yang kena bayar cukai.. patutnya kedai yang jual makanan tulah yang bayar tax..

Macam mana dengan korang.. apa makanan korang kalau korang gi makan dekat food court?

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. Tak tahan tengok ais kacang tue...Emmm

    BalasPadam
  2. waaahhhhh... sedap nampak ais kacang!

    BalasPadam
  3. samalah. memang tak pernah muak dengan benda ni.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..